Pages

Tuesday, January 7, 2014

Safee Sali jadi penyelamat Johor DT


Penyerang kebangsaan, Safee Sali kembali menunjukkan taring apabila jaringannya pada babak kedua memastikan Johor Darul Tazim (JDT) mengikat kelab Indonesia, Pelita Bandung Raya dengan keputusan seri 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam tadi.

Skuad Harimau Selatan bermula garang seawal minit kelima apabila mencetus gerakan menarik menerusi umpanan Mahali Jasuli yang pantas dikuis Luciano Figueroa kepada Amirul Hadi Zainal, namun rembatan derasnya tatkala berada dalam kotak penalti sekadar sipi dari gawang gol.

Peluang terbaik Harimau Selatan mencipta jaringan hadir pada minit ke-16 selepas bola hantaran lintang Pablo Aimar tepat kepada Figueroa yang melonjak tinggi untuk menanduk bola, tetapi diselamatkan oleh penjaga gol, Denis Ramanov.

Pelita Bandung Raya yang diperkuatkan dengan kelibat Bambang Pamungkas selaku penyerang utama tampak gagal untuk menembusi benteng pertahanan JDT yang dikawal kemas gandingan kapten, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Baihakki Khaizan.

No comments:

Post a Comment