Pages

Sunday, January 19, 2014

Johor DT bukan pasukan bintang


Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menolak tanggapan sesetengah pihak yang melabelkan Johor Darul Takzim (DT) sebagai pasukan bertaraf bintang pada saingan Liga M musim ini.

Tunku Ismail pada sidang media di Istana Bukit Pelangi, semalam menegaskan Johor DT adalah pasukan baru yang dibentuk di bawah kendalian jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez dan memerlukan masa untuk diperkuatkan.

Katanya, apa yang dilakukan pada musim ini adalah perancangan jangka panjang dan bukannya untuk semusim sahaja.


“Tiada pemain bintang dalam skuad ini, saya hanya mempunyai empat pemain import iaitu Pablo Aimar dan Luciano Figueroa yang memiliki pengalaman beraksi di pentas antarabangsa manakala Hariss Harun dan Baihakki Khaizan adalah pemain Asia Tenggara setaraf dengan pemain tempatan lain.

“Jika anda lihat pasukan lain mereka mempunyai tiga pemain import dari luar negara yang berkualiti dan hanya seorang pemain dari Asia. Bagi saya pasukan berstatus bintang adalah Pahang selaku juara Piala Malaysia, Kelantan juara Piala FA dan LionsXII juara Liga Super.

Tunku Ismail juga menegaskan sasaran utama Johor DT adalah memburu slot ke Piala AFC musim 2015 dan hanya sekadar mensasarkan sekurang-kurang satu piala sama ada Piala FA atau Liga Super.

Malah beliau juga menambah apa yang dilakukan musim ini lebih terarah kepada pembangunan bola sepak Johor dalam usaha meningkatkan kualiti permainan berbanding musim lalu walaupun berjaya melangkah ke pentas final Piala FA dan menamatkan saingan liga di tempat ketiga.

“Kita akan berusaha capai apa jua kejuaraan, namun pemain perlu beri sepenuh kerjasama kerana tanpa komitmen pemain tidak mungkin apa dihajati tercapai,” kata Tunku Ismail.

No comments:

Post a Comment