Pages

Showing posts with label Sultan Johor. Show all posts
Showing posts with label Sultan Johor. Show all posts

Sunday, January 10, 2016

Sultan Johor berkenan sumbang RM50 juta kepada JDT


JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM50 juta kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Menurut laman Facebook rasmi pasukan JDT, JOHOR Southern Tigers, hari ini, Sultan Johor berkenan memberi kurniaan itu kerana baginda berasa gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan penting menyatupadukan Bangsa Johor serta mengharumkan nama Johor di persada dunia.

"Selain keprihatinan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, dalam pembangunan negeri Johor, amal kebajikan, zakat dan waqaf, serta yayasan-yayasan yang dinaungi, baginda berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM50 juta kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim," menurut laman berkenaan.

Thursday, October 15, 2015

Sultan Johor Miliki “Trak Istana” Termahal Di Dunia



AUSTRALIA: Sebuah trak Mack yang termahal di dunia telah diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam lawatan baginda ke Brisbane.

Ditebak tentang harga, trak yang mengambil masa setahun untuk disiapkan tersebut telah memecahkan rekod harga sebelum ini yang berjumlah $ 481,000 dolar Australia.

Sultan Johor cukup berpuas hati dan gembira dengan hasil akhir kenderaan tersebut.

“Saya sentiasa menghargai kemahiran kejuruteraan di Australia dan telah mengumpul beberapa kereta Holden sebelum ini,”

“Saya tidak sabar untuk menunjukkan mutu kerja kepada rakyat Johor sebaik sahaja Super-Liner ini tiba nanti” katanya.

Antara ciri-ciri trak tersebut adalah enam kamera CCT, dua skrin TV, ruang dapur, tempat barbeku, katil dua tingkat dan kerusi yang dijahit dengan 72, 000 jahitan benang emas.

Ia juga mempunyai hud emas harimau perhiasan yang dipasang dihadapan kenderaan tersebut.

Baginda juga berkata, pemanduan pertama baginda adalah di sebuah majlis larian amal yang akan diadakan pada hujung bulan ini.

Sumber: http://www.johortimes.my/2015/10/sultan-johor-miliki-trak-istana-termahal-di-dunia/

Friday, August 28, 2015

Sultan Johor Rasmikan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil


Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli merasmikan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor Bahru, sebentar tadi.

Masjid yang dibina dengan kos RM20.3 juta itu mampu memuatkan seramai 1,500 jemaah dalam satu-satu masa.

Dalam titahnya, Tuanku Sultan Johor meminta warga IPK Johor dapat memanfaatkan dengan mengimarahkan masjid ini dan dalam masa sama menjadikannya sebagai cara melepaskan tekanan kerja.

"Nama masjid ini adalah sebagai tanda kecintaan anakanda saya terhadap PDRM kerana menjadi pegawai polis adalah cita-citanya sejak kecil lagi," titah baginda.

Hadir sama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim,Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta Ketua Polis Johor Datuk Rusli Ahmad.

Thursday, August 27, 2015

Sultan Titah Dirikan Solat Hajat


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan seluruh masjid di ne­geri ini mendirikan solat hajat setiap kali selepas solat Jumaat yang antara lain memohon hujan turun di kawasan tasik dan empa­ngan.

Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan di sini semalam yang diedarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bertitah, tujuan solat hajat itu diadakan adalah untuk mendoakan ke­selamatan, kesejahteraan, keamanan serta kemakmuran negeri dan negara.

“Ia juga bagi menghindari masalah yang di­hadapi negara dalam pelbagai ujian dan cabaran agar dapat ditangani segera.

“Selain itu, solat hajat tersebut untuk memohon hujan di tasik-tasik dan empangan sebagai limpah kurnia dan rahmat ke atas negeri Johor serta Malaysia amnya,” titahnya.

Menurut kenya­taan JAINJ, titah Sultan Ibrahim hendaklah dilaksanakan serta-merta selama tiga bulan berkuat kuasa hari ini.

Monday, August 24, 2015

Petikan Titah Ucapan DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR Sempena Hari Ulangtahun Rejimen Gerak Khas Ke 50


Petikan Titah Ucapan  DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR Sempena Hari Ulangtahun Rejimen Gerak Khas Ke 50

1. Istilah Bangsa Johor bukanlah perkara yang baru. Almarhum nenda saya, Sultan Ibrahim, telah melihat jauh kehadapan yang perpaduan masyarakat di negeri Johor ini perlu dibentuk di bawah satu Bangsa Johor.

Malah sejak dahulu lagi, lagu bagi Negeri Johor telah dinamakan sebagai “Lagu Bangsa Johor”. Oleh itu, kepada orang luar yang tidak tahu sejarah Johor, Saya nasihatkan supaya jangan masuk campur dalam urusan orang Johor.

Friday, November 22, 2013

Cuti Hari Minggu Di Johor Ditukar Kepada Jumaat Dan Sabtu


Cuti hujung minggu negeri Johor ditukar. Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sebentar tadi telah menitahkan supaya cuti mingguan bagi negeri Johor dan seluruh jajahan takluknya ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1Januari 2014.

Kini 4 negeri yg mengamalkan cuti Jumaat Sabtu

  • Kelantan 
  • Terengganu
  • Kedah
  • Johor 


Thursday, November 21, 2013

Hari Keputeraan Sultan Johor Yang ke-55


Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Yang ke-55. Allah berkati Johor, Allah selamatkan Sultan.

Ucap selamat dari Seluruh Rakyat Johor