Showing posts with label Amirulhadi Zainal. Show all posts
Showing posts with label Amirulhadi Zainal. Show all posts
Monday, December 30, 2013
Amirulhadi Zainal Lega
Bekas pemain tengah kebangsaan, Amirulhadi Zainal mengakui lega selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan kontraknya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim depan adalah sah.
Apa pun dia yang ditemui selepas aksi persahabatan JDT menentang kelab dari Liga Singapura (Liga S), Hougang United FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kelmarin terpaksa akur dengan tindakan denda RM25,000 yang dikenakan Jawatankuasa Status FAM yang bersidang Jumaat lalu itu.
"FAM dah ambil tindakan dan saya akui amat lega. Keputusan FAM itu memberi perangsang kepada saya untuk beraksi pada tahap tertinggi bersama JDT.
Aksi persahabatan
"Saya yakin JDT yang dibarisi dengan pemain berkualiti mampu beri saingan sengit pada saingan Liga Super yang bermula 18 Januari ini dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu skuad itu membawa pulang satu piala pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim baru ini," katanya.
Friday, December 27, 2013
Amirulhadi Zainal ( YOL ) Sah Milik Johor Darul Takzim (Johor DT)
KONTROVERSI yang melibatkan bekas pemain tengah kebangsaan, Amirulhadi Zainal selesai apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pemain itu menjadi milik Johor Darul Takzim (Johor DT) pada musim depan.
Pemain berusia 27 tahun yang juga mesra dengan panggilan ‘Yol’ itu sebelum ini dikatakan telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Persatuan Bola sepak Negeri Pahang (PBNP) tetapi baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak apabila diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT untuk musim depan.
Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, penyertaan Amirulhadi ke Harimau Selatan tidak menjadi isu selepas pihaknya mendapati perjanjian Amirulhadi bersama PBNP tidak sah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

