Showing posts with label Norfarhan Muhammad. Show all posts
Showing posts with label Norfarhan Muhammad. Show all posts
Monday, December 2, 2013
JDT Tuntut RM490,000 Dari Norfarhan Muhammad
Johor Bahru: Norfarhan Muhammad boleh beraksi dengan mana-mana pasukan yang diinginkan kerana Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berminat dengan pemain yang tiada hati untuk menyarung jersi Harimau Selatan tetapi perlu membayar nilai yuran perpindahan dan kontrak untuk semusim berjumlah RM490,000.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata bola sepak bukan saja untuk mencari kemenangan sebaliknya lebih kepada komitmen berpasukan dan disiplin sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga M).
"Kita mahu pemain beraksi dengan penuh dedikasi dan komited kepada pasukan. Malah apa saya lakukan hanya untuk penyokong, dan pemain juga perlu buktikan kepada penyokong. Justeru mana-mana pemain yang tiada hati untuk menyertai JDT boleh meinggalkan pasukan itu.
"Tiada masalah untuk melepaskan Norfarhan beraksi dengan pasukan lain. Tapi dia harus bersikap lebih terhormat dan bersopan, seharusnya dia perlu membayar semula nilai kontrak bersama JDT dan jika semua selesai dia boleh bersama pasukan yang ingin diwakilinya," kata Tunku Ismail.
Subscribe to:
Posts (Atom)
