Showing posts with label TMJ. Show all posts
Showing posts with label TMJ. Show all posts
Wednesday, May 11, 2016
PERGERAKAN TMJ DIPANTAU CAWANGAN KHAS BUKIT AMAN?
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim 'tidak faham' apabila mendakwa pergerakannya telah dipantau oleh Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.
Tunku Ismail mendakwa unit itu turut mempunyai fail berkaitan dirinya dan ayahandanya Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
"Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar. Saya tidak faham mengapa pergerakan saya dipantau oleh SB.
Saturday, September 12, 2015
TMJ TIDAK BERMINAT MENJADI PRESIDEN FAM
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bahawa baginda tidak berminat menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Menurut Tunku Ismail, sebab utama kepada sukarnya untuk menerima tanggungjawab sebagai ketua badan induk bola sepak negara itu adalah kerana semangat cintakan Johor yang tinggi.
"Kepada rakyat Johor dan Malaysia sekalian... bukan seperti sesetengah orang, saya tidak sesuai menjadi Presiden FAM. Ianya adalah kerana satu sebab, dan satu sebab saja. "Saya cintakan Johor, dan saya tentu sekali akan berat sebelah sekiranya terdapat sebarang isu berkaitan Johor. Oleh kerana konflik kepentingan sedemikian, saya bukanlah calon yang sesuai untuk menyandang jawatan itu.
Friday, October 17, 2014
TMJ Tak Peduli Kritikan
Kejayaan dilakar Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan menewaskan Terengganu 3-1, sekali gus melangkah ke peringkat separuh akhir itu terlalu menggembirakan sehingga tidak mampu Tunku Ismail menyimpan perasaan gembiranya dengan menyepak tiang bendera di penjuru padang.
Monday, January 20, 2014
Denda RM100,000 Dan Beraksi Tanpa Penyokong
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berdepan hukuman denda maksimum RM100,000 tetapi angkara 'segelintir penyokong liar mereka' yang mencetus kekecohan ketika perlawanan Liga Super menentang Perak, sabtu lalu mungkin menyebabkan Johor Darul Takzim (JDT) beraksi dalam stadium kosong!
PAFA puji tindakan pantas TMJ
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, tindakan itu harus dicontohi oleh persatuan negeri lain di mana terdapat penyokong tegar yang hadir ke stadium semata-mata untuk membuat onar.
Malah Zainol memuji tindakan pantas pihak polis menahan tiga individu untuk membantu siasatan ekoran tindakan liar segelintir peminat Johor DT selepas perlawanan antara tuan rumah dengan Perak Sabtu lalu.
Dalam insiden selepas perlawanan itu menyaksikan segelintir peminat Johor DT memukul penyokong Perak, membaling suar ke arah bas pasukan serta peminat.
PAFA puji tindakan pantas TMJ
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, tindakan itu harus dicontohi oleh persatuan negeri lain di mana terdapat penyokong tegar yang hadir ke stadium semata-mata untuk membuat onar.
Malah Zainol memuji tindakan pantas pihak polis menahan tiga individu untuk membantu siasatan ekoran tindakan liar segelintir peminat Johor DT selepas perlawanan antara tuan rumah dengan Perak Sabtu lalu.
Dalam insiden selepas perlawanan itu menyaksikan segelintir peminat Johor DT memukul penyokong Perak, membaling suar ke arah bas pasukan serta peminat.
Monday, January 6, 2014
TMJ Beri Amaran!
Tegas letak jawatan sekiranya penyokong JDT terus degil bakar suar
Johor Bahru: Bosan dengan kedegilan segelintir penyokong yang masih membakar suar ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam mengeluarkan amaran keras supaya perkara itu dihentikan segera.
Menerusi kenyataan rasmi daripada JOHOR Southern Tigers, Tunku Ismail menegaskan akan melepaskan jawatannya sekiranya masih ada segelintir penyokong yang tidak mengendahkan larangan membakar suar sama ada dalam perlawanan persahabatan atau saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula 18 Januari ini.
Senarai hitam penyokong..
Sunday, January 5, 2014
TEGURAN TMJ KEPADA PENYOKONG YANG MEMBAKAR SUAR DI DALAM STADIUM
Kepada para penyokong yang masih tak faham bahasa, lebih baik duduk sahaja di rumah. Orang yang sayangkan pasukan Johor tidak akan bertindak merugikan duit Persatuan Bolasepak Negeri Johor.
Satu hari nanti sekiranya persatuan menghadapi masalah kewangan oleh kerana terlalu kerap membayar denda, pada masa itu jangan pula merungut pihak persatuan tidak berbelanja untuk membentuk pasukan yang mantap dan hanya jadi pasukan belasahan seperti dahulu.
Berani bakar, berani tanggung. PBNJ telah membuat pelaburan yang besar untuk membina pasukan yang boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Johor, tetapi ada segelintir yang kurang arif dan tak berfikir panjang melakukan tindakan yang boleh membazirkan duit persatuan. Ini kerana saya alah kepada orang yang tidak masuk ajar. Terima kasih.
DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor / Presiden PBNJ
5 Januari 2014
Sunday, December 22, 2013
Titah Ucapan TMJ pada Majlis Pengenalan Pemain dan Pelancaran Jersi NIKE bagi musim 2014
"Saya ingin menyeru kepada semua penyokong bolasepak Johor supaya terus memberi sokongan padu kepada pasukan kita. Saya juga ingin melihat, mulai malam ini para penyokong Johor tidak lagi buat 'silap-silap'.
Jangan beri peluang kepada mana-mana pihak untuk senang-senang sangat saman Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).
Oleh kerana, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) telah memberi banyak sumbangan kepada pembangunan bolasepak di negeri ini, dan wang tersebut boleh kita pergunakan untuk benda yang lebih baik daripada membayar saman-saman."
DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor / Presiden PBNJ
21 Disember 2013
Titah Ucapan pada Majlis Pengenalan Pemain dan Pelancaran Jersi NIKE bagi musim 2014 di Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos, Larkin.
Sunday, November 24, 2013
JDT Umpama Manchester City
Johor Bahru: Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah berkata, sekiranya pasukan Johor Darul Takzim (JDT) gagal membawa pulang sebarang piala sepanjang musim 2014, beliau akan meletak jawatan sebagai presiden PBNJ.
Ia jelas membuktikan kesungguhan beliau mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak selatan tanah air selepas mendapatkan pemain terbaik Harimau Malaya untuk JDT musim 2013.
Antara pemain terbaik Malaysia menyarung jersi JDT tahun ini termasuklah Norshahrul Idlan Talaha; kapten Malaysia, Muhammad Safiq Rahim; Mohd Nurul Azwan Roya dan bekas penyerang terbaik kebangsaan, Safee Sali.
Tuesday, November 12, 2013
Tunku Ismail Sultan Ibrahim Sokong Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin
JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan sokongan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam kritikannya terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Tunku Mahkota Johor itu berkata, Khairy sememangnya layak menyuarakan pendapatnya kerana selaku Menteri bertanggungjawab, beliau diberi mandat oleh kerajaan untuk mentadbir hala tuju sukan negara termasuk bola sepak.
"Selain itu, beliau (Khairy) juga membuat teguran dengan niat yang baik demi kemajuan sukan bola sepak tanah air," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan PBNJ di sini, semalam.
Hubungan Khairy dan FAM sebelum ini menjadi panas apabila secara terbuka mengkritik badan induk bola sepak negara atas keprihatinannya yang mahu melihat sukan tersebut maju ke depan sekali gus sebagai bukti beliau sayangkan sukan itu.
Tuesday, November 5, 2013
Tahniah Kepada Pasukan Pahang
Tahniah diucapkan kepada pasukan Pahang kerana berjaya menjulang Piala Malaysia pada tahun ini. Tahniah juga kepada YAM Tengku Muda Pahang yang selama ini amat prihatin dengan pembangunan bolasepak negeri Pahang.
Kepada pasukan Kelantan, teruskan usaha pada musim hadapan. Syabas juga saya ucapkan kepada para penyokong Pahang dan Kelantan kerana telah memenuhi stadium dan memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.
-DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. —
Subscribe to:
Posts (Atom)








