Pages

Showing posts with label Cesar Ferrando Jimenez. Show all posts
Showing posts with label Cesar Ferrando Jimenez. Show all posts

Tuesday, February 4, 2014

Jurulatih JDT Buat Laporan Polis


Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Cesar Ferrando Jimenez Selasa membuat laporan polis berhubung dakwaan kejadian di dalam terowong masuk ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin Sabtu lepas.

Menurut peguamnya Datuk Baljit Singh Siddhu, dalam laporan itu Ferrando menyatakan bahawa beliau merupakan mangsa dalam kejadian itu.

"Jimenez berkata beliau adalah mangsa dalam kejadian itu tetapi T-Team telah memutar belit fakta," katanya kepada pemberita di Balai Polis Sentral Johor Baharu Selatan di sini Selasa.

Menurut Baljit, Ferrando menyatakan bahawa instruktur kecergasan T-Team telah bertindak menarik kolar bajunya manakala pemain T-Team berjersi nombor 16 menolaknya.

"Kita akan lihat perkara ini secara terperinci dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana fitnah atau tohmahan mengenai perkara tersebut," katanya.

Friday, January 17, 2014

Utamakan Semangat Berpasukan

“Mereka yang akan diturunkan malam ini harus beraksi sebagai satu pasukan dan berusaha memberi kemenangan untuk Johor”.

Kata-kata yang hadir daripada pengendali Johor Darul Ta’zim (DT), Cesar Ferrando Jimenez itu jelas menggambarkan betapa beliau mengutamakan semangat berpasukan apabila berdepan Perak pada aksi Liga Super di Stadium Larkin, malam ini.

Jurulatih dari Sepanyol itu berkata, tanpa semangat berpasukan, kemungkinan apa yang dirancang tidak akan menjadi, sebaliknya ia boleh menyebabkan pasukan lawan mudah mengatasi skuad Harimau Selatan dan harapan meraih tiga mata penuh terlepas dari genggaman.

“Tapi, saya yakin pemain sudah bersedia mengharungi aksi pertama. Begitupun, saya tidak mahu dedahkan siapa akan berada dalam kesebelasan utama kerana bagi saya, semua 29 pemain dalam skuad ini adalah barisan utama yang mampu menggalas tugas.

Monday, January 13, 2014

JDT Laung Amaran Beri Saingan Sengit


JOHOR Darul Ta'zim (JDT) melaungkan keyakinan untuk memberi saingan sengit dalam mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2014 yang akan membuka tirai tidak lama lagi.

Pengurus merangkap Ketua Jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jimenez berkata, anak buahnya kini sudah bersedia mengharungi kempen Liga-M. Menurutnya, keyakinan itu dilaungkan selepas melihat tahap persediaan anak buahnya menerusi beberapa siri perlawanan ujian termasuk menentang kelab ternama.

“Saya gembira dengan persembahan ditunjukkan sepanjang siri perlawanan persahabatan sebagai peluang mengukur dan menilai tahap persediaan di kalangan pemain. Kini saya lebih jelas mengenai kondisi kedudukan pemain.