Pages

Showing posts with label PBNJ. Show all posts
Showing posts with label PBNJ. Show all posts

Saturday, September 19, 2015

PBNJ rayu kad merah Figueroa


Johor Bahru: Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) sudah menghantar surat rayuan berhubung kad merah diterima Luciano Figueroa ketika aksi suku akhir kedua Piala AFC.
Penaung Diraja PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, surat rayuan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) itu dihantar sebaik skuad Johor Darul Ta'zim (Johor DT) pulang dari Hong Kong, Rabu lalu.

“Kami berharap AFC akan mempertimbangkan semula layangan kad merah itu dan mengkaji sama ada ia relevan atau tidak.

“Tidak salah untuk merayu dan kini terpulang kepada AFC sama ada mahu menerima rayuan kita atau kekal dengan keputusan kad merah itu,” katanya pada sidang media di Stadium Larkin, semalam.

Thursday, February 6, 2014

MENANG JANGAN ANGKUH, KALAH JANGAN JADI MUSUH



MENANG JANGAN ANGKUH, KALAH JANGAN JADI MUSUH

Kepada penyokong Harimau Selatan, kemenangan telah pun berpihak kepada kita melalui keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM pada 06/02/2014. Dikesempatan ini kami menyeru agar sambutlah kemenangan ini tanpa rasa bongkak dan angkuh terhadap pasukan yang tewas. Pedulikan sahaja kata-kata nista yang dilemparkan, ambil semula jadikan ianya satu semangat yang mana kesabaran kita sepertimana yang digesa oleh DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku Presiden PBNJ kini membuahkan hasil.

Kini kita kuatkan lagi hubungan penyatuan yang terbina antara seluruh penyokong dimana jelas terlihat apabila semua yang berpaanjikan merah biru berdiri teguh menyokong Presiden kita. Perlu diingat bahawa perjalanan kita masih jauh, kemenangan kali ini sebenarnya kecil sahaja namun ianya juga penting. Tahniah dari kami warga TPS untuk semua yang terlibat termasuklah penyokong setia pasukan Johor Darul Ta'zim.

KESABARAN MEMBENTUK JATIDIRI KEIMANAN.

Monday, January 20, 2014

Denda RM100,000 Dan Beraksi Tanpa Penyokong

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berdepan hukuman denda maksimum RM100,000 tetapi angkara 'segelintir penyokong liar mereka' yang mencetus kekecohan ketika perlawanan Liga Super menentang Perak, sabtu lalu mungkin menyebabkan Johor Darul Takzim (JDT) beraksi dalam stadium kosong!

PAFA puji tindakan pantas TMJ

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, tindakan itu harus dicontohi oleh persatuan negeri lain di mana terdapat penyokong tegar yang hadir ke stadium semata-mata untuk membuat onar.

Malah Zainol memuji tindakan pantas pihak polis menahan tiga individu untuk membantu siasatan ekoran tindakan liar segelintir peminat Johor DT selepas perlawanan antara tuan rumah dengan Perak Sabtu lalu.

Dalam insiden selepas perlawanan itu menyaksikan segelintir peminat Johor DT memukul penyokong Perak, membaling suar ke arah bas pasukan serta peminat.

Sunday, January 19, 2014

Johor DT bukan pasukan bintang


Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menolak tanggapan sesetengah pihak yang melabelkan Johor Darul Takzim (DT) sebagai pasukan bertaraf bintang pada saingan Liga M musim ini.

Tunku Ismail pada sidang media di Istana Bukit Pelangi, semalam menegaskan Johor DT adalah pasukan baru yang dibentuk di bawah kendalian jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez dan memerlukan masa untuk diperkuatkan.

Katanya, apa yang dilakukan pada musim ini adalah perancangan jangka panjang dan bukannya untuk semusim sahaja.

Wednesday, January 8, 2014

Majlis penyerahan Sumbangan kepada NATIONAL KIDNEY FOUNDATION OF MALAYSIA , NATIONAL CANCER SOCIETY OF MALAYSIA

Bersempena perlawanan Persahabatan diantara Johor Darul Ta'zim menentang Home United 11 Januari 2014 (Sabtu) ini, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) yang diterajui DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim akan mengadakan majlis penyerahan sumbangan kepada National Kidney Foundation of Malaysia, National Cancer Society Malaysia dan Perhubungan Pengasih Negeri Johor.

Dengan ini pihak PBNJ berbesar hati untuk memberi sumbangan hasil daripada kutipan penjualan tiket perlawanan persahabatan diantara Johor Darul Ta'zim menentang Pelita Bandung Raya yang telah berlangsung pada 7 Januari 2014 dan Home United yang akan berlangsung pada 11 Januari 2014 ini.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berharap program murni ini tidak akan berhenti disini dan akan diteruskan melalui Tanggungjawab Sosial Korporat di masa-masa akan datang.

Sunday, January 5, 2014

TEGURAN TMJ KEPADA PENYOKONG YANG MEMBAKAR SUAR DI DALAM STADIUM


Kepada para penyokong yang masih tak faham bahasa, lebih baik duduk sahaja di rumah. Orang yang sayangkan pasukan Johor tidak akan bertindak merugikan duit Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

Satu hari nanti sekiranya persatuan menghadapi masalah kewangan oleh kerana terlalu kerap membayar denda, pada masa itu jangan pula merungut pihak persatuan tidak berbelanja untuk membentuk pasukan yang mantap dan hanya jadi pasukan belasahan seperti dahulu.

Berani bakar, berani tanggung. PBNJ telah membuat pelaburan yang besar untuk membina pasukan yang boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Johor, tetapi ada segelintir yang kurang arif dan tak berfikir panjang melakukan tindakan yang boleh membazirkan duit persatuan. Ini kerana saya alah kepada orang yang tidak masuk ajar. Terima kasih.

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor / Presiden PBNJ
5 Januari 2014

Wednesday, December 11, 2013

PERTANDINGAN ‘CHANT’ (SORAK) HARIMAU SELATAN 2013


PERTANDINGAN ‘CHANT’ (SORAK) HARIMAU SELATAN 2013

22 Disember 2013 (Ahad)
Atrium JOTIC, Johor Bahru
9.00 pagi – 6.00 petang

Tujuan utama penganjuran adalah untuk mencungkil bakat anak muda untuk menghasilkan lagu baru untuk dinyanyikan oleh penyokong semasa perlawanan bola JDT & JDT II yang berlansung tidak kira dimana sahaja. Di pertandingan ini, pihak kami akan memilih 6 kumpulan terbaik yang berjaya mencipta lagu untuk dipertandingkan pada peringkat akhir nanti.

Lagu yang berjaya akan menjadi hak milik penganjur dan kami akan menghadiahkan lagu ini kepada PBNJ untuk digunakan di dalam apa sahaja bentuk promosi bagi tujuan kemajuan industri bolasepak Johor.

Thursday, December 5, 2013

Luciano Figueroa Tidak Sabar Bantu JDT

Cesar Ferrando Jiminez (kiri) mengalu-alukan kedatangan Figueroa

Johor Bahru: Ada misi yang akan dilaksanakan oleh penyerang import baru Johor Darul Ta'zim (JDT), Luciano Figueroa yang sah beraksi untuk skuad Harimau Selatan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan dan pastinya terarah untuk memburu kejuaraan sama ada Piala FA atau Piala Liga Super.

Bekas penyerang Argentina itu yang hadir pada sidang media, semalam yang turut dihadiri Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu memastikan skuad Harimau Selatan layak ke saingan Piala AFC 2015 yang menjadi sasaran utama skuad itu.

Sunday, November 24, 2013

JDT Umpama Manchester City


Johor Bahru: Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah berkata, sekiranya pasukan Johor Darul Takzim (JDT) gagal membawa pulang sebarang piala sepanjang musim 2014, beliau akan meletak jawatan sebagai presiden PBNJ.

Ia jelas membuktikan kesungguhan beliau mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak selatan tanah air selepas mendapatkan pemain terbaik Harimau Malaya untuk JDT musim 2013.

Antara pemain terbaik Malaysia menyarung jersi JDT tahun ini termasuklah Norshahrul Idlan Talaha; kapten Malaysia, Muhammad Safiq Rahim; Mohd Nurul Azwan Roya dan bekas penyerang terbaik kebangsaan, Safee Sali.

Friday, November 22, 2013

PBNJ Johor (Johor FA) Dalam Usaha Mendapatkan Khidmat Luciano Figueroa & Adrian Mutu


PBNJ Johor (Johor FA) sedang dalam usaha mendapatkan khidmat pemain kelahiran Argentina, Luciano Figueroa, yang pernah beraksi bagi River Plate, Boca Juniors dan Panathinaikos.

Selain itu, bekas pemain Chelsea dan Juventus, Adrian Mutu juga dalam pertimbangan bagi menyarung jersi JDT pada musim depan.