Pages

Monday, January 20, 2014

Denda RM100,000 Dan Beraksi Tanpa Penyokong

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berdepan hukuman denda maksimum RM100,000 tetapi angkara 'segelintir penyokong liar mereka' yang mencetus kekecohan ketika perlawanan Liga Super menentang Perak, sabtu lalu mungkin menyebabkan Johor Darul Takzim (JDT) beraksi dalam stadium kosong!

PAFA puji tindakan pantas TMJ

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, tindakan itu harus dicontohi oleh persatuan negeri lain di mana terdapat penyokong tegar yang hadir ke stadium semata-mata untuk membuat onar.

Malah Zainol memuji tindakan pantas pihak polis menahan tiga individu untuk membantu siasatan ekoran tindakan liar segelintir peminat Johor DT selepas perlawanan antara tuan rumah dengan Perak Sabtu lalu.

Dalam insiden selepas perlawanan itu menyaksikan segelintir peminat Johor DT memukul penyokong Perak, membaling suar ke arah bas pasukan serta peminat.
Manakala dua kenderaan milik pegawai Perak iaitu kereta pengurus pasukan, Datuk Azhar Ahmad pecah cermin belakang didakwa dibaling batu manakala kereta penolong pengurus, Ishsam Shahruddin di conteng perkataan `babi’. “PAFA menyokong penuh tindakan Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ) untuk mengambil tindakan tegas terhadap penyokong pasukan itu yang bertindak di luar batasan.

Zainol berkata Perak percaya bahawa tindakan itu dilakukan oleh segelintir peminat nakal di luar stadium sedangkan keadaan dalam stadium semasa perlawanan terkawal.

“Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku dalam stadium semasa perlawanan.

“Ini petanda terdapat ramai penyokong yang hadir betul-betul untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Begitupun akibat `nila setitik rosak susu sebelanga’.

“Jadi elok sangatlah jika peminat nakal ini ditegah daripada memasuki stadium, “katanya.

Apapun Zainol berharap insiden itu tidak menjejas tumpuan Perak yang akan turun bertemu Pahang dalam saingan pusingan pertama Piala FA di Stadium Perak, malam ini.

“Anggaplah ia lumrah bola sepak. Saya berharap pemain Perak bangkit dalam perlawanan dengan Pahang ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment