Pages

Showing posts with label JSW Bengaluru. Show all posts
Showing posts with label JSW Bengaluru. Show all posts

Wednesday, September 28, 2016

Keputusan Separuh Akhir Pertama AFC CUP JDT VS Bengaluru


SKUAD Johor Darul Takzim (Johor DT)  mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 menentang Bengaluru FC di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam tadi.

Selaku juara edisi lalu, Harimau Selatan tampak seakan bergelut dalam mengatur gerak pada minit-minit awal permainan selain berdepan asakan balas daripada jentera serangan pihak lawan.

Bagaimanapun, skuad kendalian Mario Gomez itu mula menggandakan serangan dan hampir membuka jaringan pada minit ke-27 menerusi tandukan Juan Martin Lu­cero, namun percubaannya ditampan kemas oleh penjaga gol pasukan lawan.

Tuesday, September 27, 2016

JDT Perlu Guna Kelebihan Stadium Larkin Berdepan JSW Bengaluru



Mario Gomez mahu Johor Darul Ta’zim (JDT) menggunakan sepenuhnya kekebalan laman sendiri untuk mencari kelebihan selesa apabila bersemuka dengan JSW Bengaluru dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFC hari ini.

Menurut Gomez, 59, pemain perlu bermain bermati-matian untuk memastikan Harimau Selatan meraih bekalan selesa di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sebelum ke India untuk pertemuan kedua pada 19 Oktober depan.

Katanya, Bengaluru adalah lawan berbeza di bawah kendalian ketua jurulatih baharu Albert Roca berbanding skuad yang pernah dikalahkan JDT 2-1 pada Februari tahun lalu dalam pusingan kelayakan Liga Juara-juara (ACL).