Pages

Showing posts with label PELITA BANDUNG RAYA. Show all posts
Showing posts with label PELITA BANDUNG RAYA. Show all posts

Saturday, January 11, 2014

Norazlan Razali Bersedia


Perasaan gugup masih menyelubungi Norazlan Razali namun senario itu dianggap bersifat sementara kerana penjaga gol Johor Darul Takzim (DT) itu percaya dia mampu mengatasi kemelut berkenaan sebelum bermulanya saingan Liga M, 18 Januari ini.

Ketika skuad Harimau Selatan mengharungi dua aksi persahabatan kompetitif menentang Tampines Rovers dan Hougang United, bekas penjaga gol Selangor itu tidak diturunkan kerana melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.

Ketika menentang Pelita Bandung Raya yang berkesudahan Johor DT seri 1-1, Norazlan bertindak selaku penjaga gol utama namun dia melepaskan satu gol kepada jaringan TA Musafri, tetapi kesilapan itu ditebus dengan aksi konsisten pada babak kedua.

Wednesday, January 8, 2014

Musuh Utama Safee Sali


Penyerang Johor Darul Tazim (JDT), Safee Sali menganggap dirinya belum berada pada tahap memuaskan dan akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula 18 Januari ini.

Walaupun sudah meledakkan tiga gol selepas mengharungi dua perlawanan persahabatan, baginya masih ada ruang untuk memperbaiki setiap kelemahan di bawah bimbingan jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez.
Ia satu permulaan baik untuk beri lebih keyakinan kepada saya. Tapi saya belum puas hati dengan apa yang dipamerkan kerana saya mampu beri persembahan yang lebih mantap.

Latihan bersama Jiminez banyak membantu saya meningkatkan prestasi dan jurulatih itu juga sering beri motivasi kepada saya. Ini sudah tentu menguatkan semangat untuk memastikan saya berada pada tahap terbaik, katanya.

Tuesday, January 7, 2014

Keputusan Perlawanan Persahabatan : Johor Darul Ta'zim 1-1 Pelita Bandung Raya


Keputusan Perlawanan Persahabatan :

Johor Darul Ta'zim-1 (Safee Sali 75')
Pelita Bandung Raya-1 (T.A Musafri 43')

KESEBELASAN UTAMA JOHOR DARUL TA'ZIM
Norazlan Razali (GK) Aidil Zafuan (C) Baihakki Khaizan, Pablo Aimar, Amirulhadi, Hariss Harun, Nurul Azwan Roya, Shakir Shaari, Mahali Jasuli, Luciano Figueroa dan Fazly Mazlan.

KESEBELASAN UTAMA PELITA BANDUNG RAYA
Denis Romanov (GK) Bambang Pamungkas (C) Kim Jefrey Kurniawan, Agus Indra Kurniawan, Boban Nikolic, Anggo Julian Hari Sapta, Hermawan, Fariz Bagus Dinata, T.A Musafri , David Laly, Wildansyah.

Monday, January 6, 2014

Telanjangkan’ kelemahan JDT '


Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Cesar Ferrando Jiminez berharap kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Bandung Raya yang ditentang dalam aksi persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini mampu ‘menelanjangkan’ kelemahan skuad bimbingannya.

Harapan Jiminez itu tidak sukar ditafsirkan kerana dia mahu mengetahui sejauh mana prestasi sebenar pemain dan berharap dengan kelemahan yang dikesan membolehkannya memperbaikinya menjelang saingan Liga Super yang disingkap tirainya, 18 Januari ini.

Apa lagi dalam saingan tiga perlawanan persahabatan sebelum ini, JDT tampak tidak berdepan masalah apabila mudah membelasah dua kelab Singapura, Tampines Rovers 7-1 dan Hougang United 3- 0 serta Melaka United 4-1 kelmarin.

“Kita sudah mengharungi tiga perlawanan persahabatan dan kesemuanya mencatat rekod bersih kemenangan dan aksi menentang kelab dari Indonesia itu penting buat saya untuk mengetahui tahap sebenar pemain JDT.

Bambang perkuat Pelita 

“Saya harap mereka mampu memberi cabaran bermakna kepada kami dan sudah tentu saya akan turunkan barisan terbaik pada perlawanan itu kerana mahu pemain meraih pengalaman berguna beraksi pada perlawanan yang kompetitif biarpun ia aksi persahabatan,” katanya dalam sidang media, semalam.

Jiminez puji Safee Sali


Johor Bahru: Kelibat penyerang kebangsaan, Safee Sali yang meledakkan dua gol untuk membantu Johor Darul Ta'zim (Johor DT) menang 4-1 ke atas Melaka United pada aksi persahabatan di Stadium Larkin, kelmarin mendapat pujian ketua jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez

Jiminez nyata gembira dengan kesungguhan Safee yang tampak sudah kembali menemui sentuhan penyudah selepas musim lalu persembahannya agak kurang konsisten.

Malah pengendali dari Sepanyol itu yang membimbing skuad Harimau Selatan percaya Safee bakal muncul penyerang digeruni dan mampu beri kekuatan kepada pasukan dari selatan tanah air itu untuk memburu kejuaraan sama ada Piala FA atau Liga Super untuk memburu slot ke Piala AFC musim 2015.

Sunday, January 5, 2014

Perlawanan Persahabatan JOHOR DARUL TA'ZIM vs PELITA BANDUNG RAYA


Perlawanan Persahabatan 2014

JOHOR DARUL TA'ZIM vs PELITA BANDUNG RAYA

Selasa, 7 Januari 2014
8.45 PM
Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia

Ayuh Penuhkan Stadium......
LUASKAN KUASAMU JOHOR!!!!!