Pages

Saturday, September 19, 2015

PBNJ rayu kad merah Figueroa


Johor Bahru: Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) sudah menghantar surat rayuan berhubung kad merah diterima Luciano Figueroa ketika aksi suku akhir kedua Piala AFC.
Penaung Diraja PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, surat rayuan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) itu dihantar sebaik skuad Johor Darul Ta'zim (Johor DT) pulang dari Hong Kong, Rabu lalu.

“Kami berharap AFC akan mempertimbangkan semula layangan kad merah itu dan mengkaji sama ada ia relevan atau tidak.

“Tidak salah untuk merayu dan kini terpulang kepada AFC sama ada mahu menerima rayuan kita atau kekal dengan keputusan kad merah itu,” katanya pada sidang media di Stadium Larkin, semalam.


Figueroa dilayangkan kad merah selepas didakwa mengasari pemain South China pada minit ke-37 dalam saingan Piala AFC di Stadium Mong Kok, baru-baru ini sehingga memaksa Johor DT beraksi dengan 10 pemain sepanjang 60 minit perlawanan.

Tunku Ismail juga berpuas hati dengan kemampuan skuad Harimau Selatan itu yang merealisasikan sasaran layak ke separuh akhir kerana itu yang menjadi sasaran mereka pada awal musim.
Bagaimanapun, Johor DT bakal berdepan saingan sengit di separuh akhir Piala AFC itu kerana lawan bakal ditemui bukan calang-calang pasukan.

“Al-Qadsia adalah juara bertahan Piala AFC dan pasukan itu cukup bagus. Kita belum lagi mencapai tahap kelab dari Kuwait itu berada, sebaliknya masih perlu belajar. Tapi, kita tidak boleh terus maju secara mendadak.

“Apa yang saya boleh rumuskan Johor DT berada di landasan terbaik dalam pembentukan struktur untuk memajukan bola sepak dan memerlukan masa untuk berada di tahap tinggi walaupun kemajuan itu sudah mula nampak hasilnya sejak 2013,” kata Tunku Ismail.

No comments:

Post a Comment