Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah muncul pasukan pertama dari Malaysia mara ke peringkat separuh akhir Piala AFC 2015 selepas menewaskan kelab Hong Kong, South China 3-1 pada aksi suku akhir kedua, malam tadi.
Kemenangan sekali gus menyaksikan JDT mara menerusi agregat 4-2 selepas perlawanan pertama di Stadium Larkin, tiga minggu lalu berkesudahan seri 1-1. Pada aksi di Stadium Mongkok itu, gol-gol kemenangan JDT dijaringkan Mahali Jasuli pada minit ke-25 diikuti dua jaringan penyerang, Safee Sali pada minit ke-29 dan masa kecederaan babak pertama. Gol sagu hati South China dijaringkan Mahama Awal pada minit ke-27.
JDT bakal bertemu Al Qadsia dari Kuwait yang juga merupakan juara bertahan piala AFC 2014. Al Qadsia tewas 0-2 kepada Al Jaish dari Syria semalam tetapi mara dengan agregat 3-2
No comments:
Post a Comment