Pages

Monday, December 2, 2013

JDT Tuntut RM490,000 Dari Norfarhan Muhammad


Johor Bahru: Norfarhan Muhammad boleh beraksi dengan mana-mana pasukan yang diinginkan kerana Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berminat dengan pemain yang tiada hati untuk menyarung jersi Harimau Selatan tetapi perlu membayar nilai yuran perpindahan dan kontrak untuk semusim berjumlah RM490,000.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata bola sepak bukan saja untuk mencari kemenangan sebaliknya lebih kepada komitmen berpasukan dan disiplin sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga M).

"Kita mahu pemain beraksi dengan penuh dedikasi dan komited kepada pasukan. Malah apa saya lakukan hanya untuk penyokong, dan pemain juga perlu buktikan kepada penyokong. Justeru mana-mana pemain yang tiada hati untuk menyertai JDT boleh meinggalkan pasukan itu.

"Tiada masalah untuk melepaskan Norfarhan beraksi dengan pasukan lain. Tapi dia harus bersikap lebih terhormat dan bersopan, seharusnya dia perlu membayar semula nilai kontrak bersama JDT dan jika semua selesai dia boleh bersama pasukan yang ingin diwakilinya," kata Tunku Ismail.


"Saya tidak menghalang Norfarhan beraksi dengan pasukan lain tetapi dia atau persatuan negeri yang mahu mendapat khidmatnya perlu membayar jumlah RM190,000 yang sudah ditunaikan iitu jumlah yuran perpindah dari Kelantan manakala nilai kontrak untuk 12 bulan berjumlah RM300,000 juga harus dilangsaikan sama ada oleh beliau atau persatuan negeri,". katanya

Tunku Ismail juga berkata Norfarhan yang berstatus Penyerang Terbaik Liga M musim ini ketika Anugerah Bola Sepak Kebangsaan Persatuaan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini, menandatangani kontrak bersama PBNJ dengan tawaran gaji RM25,000 sebulan untuk menyarung jersi Harimau Selatan pada saingan Liga Super musim depan. Pada masa yang sama dia dilaporkan turut menandatangani kontrak dengan Persatuaan Bola Sepak Terengganu.

Sementara itu di Kuala Terengganu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Mazuki Sulong yakin isu Norfarhan akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Buat masa ini, kita sedang bermesyuarat untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi kedua-dua pihak. Kita akan maklumkan perkara ini nanti. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik sebagaimana dicadangkan oleh FAM," katanya

No comments:

Post a Comment