Pages

Thursday, August 27, 2015

Sultan Titah Dirikan Solat Hajat


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan seluruh masjid di ne­geri ini mendirikan solat hajat setiap kali selepas solat Jumaat yang antara lain memohon hujan turun di kawasan tasik dan empa­ngan.

Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan di sini semalam yang diedarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bertitah, tujuan solat hajat itu diadakan adalah untuk mendoakan ke­selamatan, kesejahteraan, keamanan serta kemakmuran negeri dan negara.

“Ia juga bagi menghindari masalah yang di­hadapi negara dalam pelbagai ujian dan cabaran agar dapat ditangani segera.

“Selain itu, solat hajat tersebut untuk memohon hujan di tasik-tasik dan empangan sebagai limpah kurnia dan rahmat ke atas negeri Johor serta Malaysia amnya,” titahnya.

Menurut kenya­taan JAINJ, titah Sultan Ibrahim hendaklah dilaksanakan serta-merta selama tiga bulan berkuat kuasa hari ini.

No comments:

Post a Comment