Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli merasmikan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor Bahru, sebentar tadi.
Masjid yang dibina dengan kos RM20.3 juta itu mampu memuatkan seramai 1,500 jemaah dalam satu-satu masa.
Dalam titahnya, Tuanku Sultan Johor meminta warga IPK Johor dapat memanfaatkan dengan mengimarahkan masjid ini dan dalam masa sama menjadikannya sebagai cara melepaskan tekanan kerja.
"Nama masjid ini adalah sebagai tanda kecintaan anakanda saya terhadap PDRM kerana menjadi pegawai polis adalah cita-citanya sejak kecil lagi," titah baginda.
Hadir sama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim,Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta Ketua Polis Johor Datuk Rusli Ahmad.
No comments:
Post a Comment