Pages

Monday, November 2, 2015

TM PIALA MALAYSIA 2015 | JOHOR DARUL TA'ZIM II mln KEDAH



Ayuh saksikan pertembungan perlawanan bola sepak antara pasukan Johor Darul Ta'zim dan Kedah dalam saingan merebut kejuaraan TM Piala Malaysia 2015 yang akan berlangsung pada hari Rabu ini, 4hb November 2015. Perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada jam 8.45 malam.

Jangan lepaskan peluang untuk turut sama memberikan sokongan dan menyaksikan perlawanan tersebut. Luaskan Kuasamu Johor.

Sunday, November 1, 2015

Sambutan Istimewa Untuk Wira ‪JDT‬– Sultan Johor



JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah satu sambutan khas akan diadakan untuk menyambut kejayaan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) selepas berjaya mengharumkan nama negara dan Johor khususnya dengan merangkul kejuaraan Piala AFC 2015 di Dushanbe, Tajikistan.

“Kami akan memberikan sambutan istimewa untuk seluruh barisan JDT pada saat kepulangan kamu nanti kerana kamu layak menerima yang terbaik.”

Saturday, October 31, 2015

Johor Darul Takzim FC Juara Piala AFC 2015!



Johor Darul Takzim (JDT) melakar sejarah baru dalam arena bola sepak Asia Tenggara apabila merangkul kejuaraan Piala AFC selepas menundukkan wakil Tajikistan, FC Istiklol 1-0 di Stadium Central Republican, Dushanbe.

Menjelang aksi final, penggegar utma Luciano Figueroa diberi peluang 50-50 untuk diturunkan namun pemain Argentina itu membuat penampilan dalam percaturan Mario Gomez sebagai pemain kesebelasan utama.

Safiq yang tampak mengalir dengan keyakinan sepanjang perlawanan melaungkan amaran awal menerusi percubaan luar kotak penalti dalam 25 saat pertama.


Seperti yang dijangkakan, FC Istiklol mula bertindak balas dan hampir membuka tirai jaringan namun pertahanan Aidil Zafuan menyelamatkan bola di garisan gol sekaligus mengekalkan keputusan 0-0.

Seterusnya, sepakan sudut pasukan Tajikistan dilihat membuahkan hasil pada minit ke-13 menerusi Khurshed Makhmudov tetapi pengadil telahpun meniup wisel sebelum bola melepasi pintu gol JDT.

Tentunya rakyat Malaysia bersorak apabila skuad Harimau Selatan memecah kebuntuan pada minit ke 22 menerusi sepakan sudut Safiq rahim yang disudahkan pemain tengah Argentina, Leandro Velazquez.


Bersambung babak kedua, tuah menyebelahi JDT sekali lagi apabila pengadil memutuskan gol penyamaan pemain Istiklol, Manuchekhr Dzhalilov dikira ofsaid pada minit ke-50.

Demi mempertahankan pendahuluan 1-0, Mario Gomez ambil keputusan menukarkan Safee Sali dengan Mahali Jasuli pada minit ke-59 susulan aksi yang kurang menjadi dalam perlawnan yang amat berprestij.

Penjaga gol, Farizal Marlias mempamerkan aksi wira ketika JDT dalam kecemasan pada minit ke-72. Sebaik sahaja mengecewakan percubaan kencang Manolo Bleda, Farizal turut menepis keluar percubaan kedua penyerang Sepanyol itu dalam kotak penalti.

Sukar untuk mempercayai, tuah menyebelahi JDT buat kali ketiga apabil percubaan Romish Jalilov diberikan keputusan ofsaid sekali gus mencetuskan perasaan marah daripada pemain-pemain Istiklol.

Keputusan perlawanan kekal 1-0 hingga wisel terakhir sekali gus menjadikan Johor Darul Ta'zim sebagai pasukan Malaysia pertama yang menjulang Piala AFC.

Rekod Istiklol di Dushanbe akhirnya dileburkan setelah melakar rekod tanpa kalah sejak perlawanan kedua Piala AFC. Sehubungan itu, Istiklol juga mempunyai rekod 14 kemenangan, 1 seri dalam 15 perlawanan yang diiringi 53 gol dalam saingan liga domestik.

CUTI PERISTIWA SEKIRANYA JOHOR DARUL TA'ZIM MENANG PIALA AFC 2015



Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari esok, Ahad 1hb November 2015 sebagai cuti khas peristiwa untuk seluruh negeri Johor sekiranya kemenangan berpihak kepada pasukan Johor Darul Ta'zim pada perlawanan akhir Piala AFC menentang FC Istiklol hari ini.

Perlawanan yang dijadualkan pada jam 5.00 petang waktu tempatan di Stadium Central Republican, Dushanbe Tajikistan ini juga merupakan satu kejayaan buat JDT apabila berjaya mara hingga ke peringkat akhir dan pastinya lebih manis seandainya dapat membawa pulang piala tersebut ke Johor. Bersama-sama kita mendoakan kejayaan dan kemenangan berpihak kepada Johor Darul Ta'zim.
YB Dato' Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor

Wednesday, October 28, 2015

Mario Gomez Yakin JDT Mampu Berikan Saingan Sengit


Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez yakin anak buahnya mampu memberikan saingan sengit dalam perlawanan akhir Piala AFC menentang pasukan tuan rumah FC Istiklol di Dushanbe, Tajikistan Sabtu ini.

Meskipun terpaksa bertungkus-lumus mempersiapkan diri untuk perlawanan akhir itu selain saingan Piala Malaysia, namun pengendali dari Argentina ini percaya skuad Harimau Selatan sudah bersiap sedia untuk memberikan aksi yang terbaik, sekali gus merangkul piala berprestij berkenaan.
“Tinggal dua hari untuk menjalani latihan dan kami sudah bersedia. Tumpuan sekarang untuk menjulang Piala AFC,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, di sini semalam.

JDT mencipta sejarah menjadi pasukan negara pertama layak ke perlawanan akhir Piala AFC sejak diperkenalkan pada 2004. JDT dan FC Istiklol layak secara automatik selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) pada 25 September lalu.

Thursday, October 15, 2015

Sultan Johor Miliki “Trak Istana” Termahal Di Dunia



AUSTRALIA: Sebuah trak Mack yang termahal di dunia telah diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam lawatan baginda ke Brisbane.

Ditebak tentang harga, trak yang mengambil masa setahun untuk disiapkan tersebut telah memecahkan rekod harga sebelum ini yang berjumlah $ 481,000 dolar Australia.

Sultan Johor cukup berpuas hati dan gembira dengan hasil akhir kenderaan tersebut.

“Saya sentiasa menghargai kemahiran kejuruteraan di Australia dan telah mengumpul beberapa kereta Holden sebelum ini,”

“Saya tidak sabar untuk menunjukkan mutu kerja kepada rakyat Johor sebaik sahaja Super-Liner ini tiba nanti” katanya.

Antara ciri-ciri trak tersebut adalah enam kamera CCT, dua skrin TV, ruang dapur, tempat barbeku, katil dua tingkat dan kerusi yang dijahit dengan 72, 000 jahitan benang emas.

Ia juga mempunyai hud emas harimau perhiasan yang dipasang dihadapan kenderaan tersebut.

Baginda juga berkata, pemanduan pertama baginda adalah di sebuah majlis larian amal yang akan diadakan pada hujung bulan ini.

Sumber: http://www.johortimes.my/2015/10/sultan-johor-miliki-trak-istana-termahal-di-dunia/

Sunday, October 4, 2015

PERLAWANAN TM PIALA MALAYSIA 2015 ANTARA PERAK DAN JDT DITUNDA KE TARIKH LAIN

JDT BATU BUS: BUKAN KONTROVERSI


JDT BUS BATU : BUKAN KONTROVERSI

Kepada penyokong Perak semua, anda tidak perlu mencarut atau sentap dengan hadirnya sebuah bas di Ipoh yang anda katakan pasukan JDT sengaja mencari pasal. Anggap sahaja ini adalah satu motivasi untuk membetulkan mana yang telah tersilap selama ini. Selagi anda terus menyalak, selama itulah kegagalan mentaliti anda menerima kelemahan sendiri.

Sedikit trivia untuk anda semua, sejak 2013 di Lumut, pihak PBNJ dan penyokong telah menghadapi pelbagai masalah di Perak. Bas pasukan dan penyokong tidak pernah balik dari Perak tanpa insiden cermin pecah dibaling objek dan sebagainya. Penyokong pula dikepung, dan macam-macam lagi masalah lain.

Saturday, October 3, 2015

TM PIALA MALAYSIA 2015 | PERAK mln JOHOR DARUL TA'ZIM


Saksikan pertembungan perlawanan bola sepak antara pasukan Perak dan Johor Darul Ta'zim dalam saingan merebut kejuaraan TM Piala Malaysia 2015 yang akan berlangsung pada hari Ahad ini, 4hb Oktober 2015.

Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Perak, Ipoh pada jam 8.45 malam. Jangan lepaskan peluang untuk turut sama memberikan sokongan dan menyaksikan perlawanan tersebut.

Tuesday, September 29, 2015

Johor Dt Masih Berpeluang


Tanpa kelibat penyerang Luciano Figueroa buat kedua-dua perlawnan separuh akhir tersebut, JDT ternyata tumpul di jentera serangan.

Dalam 30 minit pertama, benteng pertahanan skuad Harimau Selatan menjalankan tugas masing-masing dengan disiplin untuk menghalang pemain Qadsia daripada memecahkan kebuntuan.

Penyerang pasukan rumah Doris Fuakumputu kerap mencemari pintu gol JDT dan hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi tanndukan sepakan sudut tetapi ia gagal melepasi kapten JDT Safiq Rahim di tiang gol.

Sunday, September 20, 2015

KEPUTUSAN 2015 TM MALAYSIA CUP | ANGKATAN TENTERA MALAYSIA vs JOHOR DARUL TA'ZIM

KEPUTUSAN 2015 TM MALAYSIA CUP | ANGKATAN TENTERA MALAYSIA vs JOHOR DARUL TA'ZIM

Saturday, September 19, 2015

PBNJ rayu kad merah Figueroa


Johor Bahru: Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) sudah menghantar surat rayuan berhubung kad merah diterima Luciano Figueroa ketika aksi suku akhir kedua Piala AFC.
Penaung Diraja PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, surat rayuan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) itu dihantar sebaik skuad Johor Darul Ta'zim (Johor DT) pulang dari Hong Kong, Rabu lalu.

“Kami berharap AFC akan mempertimbangkan semula layangan kad merah itu dan mengkaji sama ada ia relevan atau tidak.

“Tidak salah untuk merayu dan kini terpulang kepada AFC sama ada mahu menerima rayuan kita atau kekal dengan keputusan kad merah itu,” katanya pada sidang media di Stadium Larkin, semalam.

Thursday, September 17, 2015

TM PIALA MALAYSIA 2015 | JOHOR DARUL TA'ZIM II mln LIONS XII

Saksikan pertembungan perlawanan bola sepak antara pasukan Johor Darul Ta'zim dan Lions XII dalam saingan merebut kejuaraan TM Piala Malaysia 2015 yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini, 19hb September 2015.

 Perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada jam 8.45 malam. Jangan lepaskan peluang untuk turut sama memberikan sokongan dan menyaksikan perlawanan tersebut. Luaskan Kuasamu Johor.

TM PIALA MALAYSIA 2015 | JOHOR DARUL TA'ZIM II mln LIONS XIIAyuh saksikan pertembungan perlawanan bola sepak antara...
Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, September 17, 2015

TMJ BANGGA


"TMJ BANGGA"

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai PBNJ, ahli-ahli jawatankuasa, para penaja, kakitangan kejurulatihan dan semua pasukan atas kerja keras mereka serta memenuhi tanggungjawab masing-masing.

“Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, setiap orang bertanggungjawab dalam persatuan untuk memainkan pe­ranan dalam mencapai kejayaan kita. Apa yang penting adalah untuk terus maju ke hadapan dan saya amat gembira sekali dengan keputusan malam tadi,” titah baginda menerusi kenyataan tersebut semalam.
Tunku Ismail turut memuji para pemain yang telah mempamerkan persembahan terbaik pada perlawanan tersebut dengan menewaskan South China 3-1 dan pada masa sama turut menzahirkan penghargaan baginda kepada semua penyokong Johor DT.

“Saya amat gembira dengan pencapai­an ini dan sekali lagi Johor DT telah melakar sejarah dalam bola sepak Malaysia,” jelas kenyataan tersebut.

Tuesday, September 15, 2015

Johor DT Layak Ke Separuh Akhir bertemu Al Qadsia


Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah muncul pasukan pertama dari Malaysia mara ke peringkat separuh akhir Piala AFC 2015 selepas menewaskan kelab Hong Kong, South China 3-1 pada aksi suku akhir kedua, malam tadi.

Kemenangan sekali gus menyaksikan JDT mara menerusi agregat 4-2 selepas perlawanan pertama di Stadium Larkin, tiga minggu lalu berkesudahan seri 1-1. Pada aksi di Stadium Mongkok itu, gol-gol kemenangan JDT dijaringkan Mahali Jasuli pada minit ke-25 diikuti dua jaringan penyerang, Safee Sali pada minit ke-29 dan masa kecederaan babak pertama. Gol sagu hati South China dijaringkan Mahama Awal pada minit ke-27.

JDT bakal bertemu Al Qadsia dari Kuwait yang juga merupakan juara bertahan piala AFC 2014. Al Qadsia tewas 0-2 kepada Al Jaish dari Syria semalam tetapi mara dengan agregat 3-2

Saturday, September 12, 2015

TMJ TIDAK BERMINAT MENJADI PRESIDEN FAM



Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bahawa baginda tidak berminat menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Menurut Tunku Ismail, sebab utama kepada sukarnya untuk menerima tanggungjawab sebagai ketua badan induk bola sepak negara itu adalah kerana semangat cintakan Johor yang tinggi.

"Kepada rakyat Johor dan Malaysia sekalian... bukan seperti sesetengah orang, saya tidak sesuai menjadi Presiden FAM. Ianya adalah kerana satu sebab, dan satu sebab saja. "Saya cintakan Johor, dan saya tentu sekali akan berat sebelah sekiranya terdapat sebarang isu berkaitan Johor. Oleh kerana konflik kepentingan sedemikian, saya bukanlah calon yang sesuai untuk menyandang jawatan itu.

Friday, September 11, 2015

KEPUTUSAN TM PIALA MALAYSIA 2015 | JOHOR DARUL TA'ZIM VS PERAK 11 SEPTEMBER 2015



Pasukan JDT mengekalkan rekod kemenangan berterusan sepanjang musim ini di Larkin dengan menewaskan pasukan Perak dalam perlawanan pembukaan TM Piala Malaysia 2015 .
JDT tampak garang pada separuh masa pertama dengan beberapa gerakkan menarik dalam usaha mencari gol pembukaan.

Walau tanpa kelibat Safiq Rahim yang di rehatkan, posisi tengah di pertanggungjawabkan kepada Shakir Shaari yang bertindak cemerlang pada separuh masa pertama. Safee Sali yang di turunkan dalam kesebelasan utama membuka jaringan pertama pasukan JDT hasil tandukan pada minit ke 17.

Thursday, September 10, 2015

TM PIALA MALAYSIA 2015 | JOHOR DT VS PERAK


TM Piala Malaysia 2015 yang akan berlangsung pada hari ini, 11hb September 2015. Perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin pada jam 8.45 malam. Jangan lepaskan peluang untuk turut sama memberikan sokongan dan menyaksikan perlawanan tersebut. Luaskan Kuasamu Johor.

Sunday, August 30, 2015

Motor Street Cub Terpanjang Di Malaysia


Pertama di Malaysia. Street cub limo edition. Motor street cub terpanjang. Buatan Johor. Inovasi Rakyat johor. Barang rare ni akan dibawa untuk konvoi sempena hari kemerdekaan ni.

JADUAL PERLAWANAN TM PIALA MALAYSIA 2015



Berikut adalah perlawanan membabitkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dalam saingan TM Piala Malaysia 2015.

Johor Darul Ta'zim

11/09/2015 - vs Perak
- Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos

19/09/2015 - vs ATM
- Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi

26/09/2015 - vs Sarawak
- Stadium Negeri, Sarawak

03/10/2015 - vs Perak
- Stadium Perak, Ipoh

17/10/2015 - vs ATM
- Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos

Tarikh akan dimaklumkan - vs Sarawak
- Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos

Johor Darul Ta'zim II

12/09/2015 - vs Terengganu
- Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

19/09/2015 - vs Lions XII
- Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang

26/09/2015 - vs Kedah
- Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang

03/10/2015 - vs Terengganu
- Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang

17/10/2015 - vs Lions XII
- Stadium Jalan Besar

Tarikh akan dimaklumkan - vs Kedah
- Stadium Darul Aman

Saturday, August 29, 2015

JDT Energy Drink Kini Di Pasaran


JDT Energy Drink produk minuman rasmi JDT sudah berada di pasaran. Senarai-senarai tempat yang menjual JDT Energy Drink setakat ini. InsyaALLAH, akan bertambah dari semasa ke semasa.



Sumber: https://www.facebook.com/jdtenergydrink

Facebook :https://www.facebook.com/jdtenergydrink

Johor DT Kelab ke -3 terbaik Asia Tenggara


Johor DT merupakan satu2nya pasukan bolasepak dari Malaysia yang menduduki ranking dalam senarai kelab2 terbaik di dunia .

Johor DT diletakkan di kedudukan ke - 885 dunia , yang juga merupakan kedudukan ke - 3 terbaik dari kalangan kelab2 Asia Tenggara di belakang Buriram United (Thailand) dan Binh Duong (Vietnam).

Berikut merupakan senarai 5 kelab bolasepak Asia Tenggara yang disenaraikan dalam ranking kelab2 terbaik dunia minggu ini :

Ranking dunia / kelab Asia Tenggara :

433 - Buriram United (Thailand)
675 - Binh Duong (Vietnam)
885 - Johor DT (Malaysia)
887 - Hanoi T&T (Vietnam)
888 - Bangkok Glass (Thailand)


Ralat : Home stadium JDT adalah Larkin , bukan Pasir Gudang seperti tertera.

Kredit info : www.clubworldranking.com

Friday, August 28, 2015

Sultan Johor Rasmikan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil


Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli merasmikan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor Bahru, sebentar tadi.

Masjid yang dibina dengan kos RM20.3 juta itu mampu memuatkan seramai 1,500 jemaah dalam satu-satu masa.

Dalam titahnya, Tuanku Sultan Johor meminta warga IPK Johor dapat memanfaatkan dengan mengimarahkan masjid ini dan dalam masa sama menjadikannya sebagai cara melepaskan tekanan kerja.

"Nama masjid ini adalah sebagai tanda kecintaan anakanda saya terhadap PDRM kerana menjadi pegawai polis adalah cita-citanya sejak kecil lagi," titah baginda.

Hadir sama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim,Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta Ketua Polis Johor Datuk Rusli Ahmad.

Thursday, August 27, 2015

Sultan Titah Dirikan Solat Hajat


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan seluruh masjid di ne­geri ini mendirikan solat hajat setiap kali selepas solat Jumaat yang antara lain memohon hujan turun di kawasan tasik dan empa­ngan.

Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan di sini semalam yang diedarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bertitah, tujuan solat hajat itu diadakan adalah untuk mendoakan ke­selamatan, kesejahteraan, keamanan serta kemakmuran negeri dan negara.

“Ia juga bagi menghindari masalah yang di­hadapi negara dalam pelbagai ujian dan cabaran agar dapat ditangani segera.

“Selain itu, solat hajat tersebut untuk memohon hujan di tasik-tasik dan empangan sebagai limpah kurnia dan rahmat ke atas negeri Johor serta Malaysia amnya,” titahnya.

Menurut kenya­taan JAINJ, titah Sultan Ibrahim hendaklah dilaksanakan serta-merta selama tiga bulan berkuat kuasa hari ini.

Lima Laluan Utama Di Negeri Johor Ditutup Sempena Hari Kebangsaan 2015



Lima laluan utama di daerah negeri Johor akan ditutup selama dua hari bermula Ahad bagi menjayakan sesi raptai penuh dan upacara perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri 2015.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, laluan itu adalah Jalan Skudai (Pantai Lido), Jalan Thompson/Jalan Sungai Chat, susur turun dari Lingkaran Dalam dan Persimpangan Lot One serta jalan menuju ke Hotel Thistle.

"Semua jalan ini akan ditutup mulai 6.30 hingga 11.30 pagi pada kedua-dua hari berkenaan," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Senarai Tempat Wifi Free di Johor


Senarai Tempat Wifi Free di Johor

Pelancaran ini akan diadakan pada 30 Aug 2015 bermula jam 10:30 Malam di Dataran Bandaraya Johor Bahru. 135 rangkaian Hotsport percuma akan disediakan diseluruh negeri JOHOR. Terima Kasih kerajaan JOHOR atas apa yang telah mereka lakukan untuk rakyat JOHOR. Kami berasa bangga menjadi anak JOHOR.

Berikut adalah Daerah dan kawasan yang terlibat.

Wednesday, August 26, 2015

Keputusan Pengundian Piala Malaysia 2015



PENGUNDIAN KUMPULAN UNTUK KEMPEN PIALA MALAYSIA 2015

Tahun ini dengan Telekom Malaysia (TM) menjadi penaja rasmi kejohanan Piala Malaysia 2015.

Kumpulan A Piala Malaysia 2015
1. Terengganu
2. Lions XII
3. Kedah
4. JDT II

Kumpulan B Piala Malaysia 2015
1. JDT
2. Perak
3. Sarawak
4. ATM

Kumpulan C Piala Malaysia 2015
1. Selangor
2. Felda United
3. Kelantan
4. T-Team

Kumpulan D Piala Malaysia 2015
1. Pahang
2. PDRM
3. Pulau Pinang
4. PKNS FC

Undian Kempen Piala Malaysia 2015


Selepas berakhirnya perlawanan 'Play-Off' Piala Malaysia 2015 melibatkan pasukan ATM bertemu NS Matrix dan Sime Darby menentang JDTII semalam, maka lengkaplah slot 16 pasukan yang mengambil bahagian dalam kempen kali ini selepas ATM dan JDTII melayakkan diri selepas menewaskan lawan masing masing.

Pertandingan berprestij ini melibatkan 10 pasukan teratas Liga Super, empat pasukan teratas Liga Perdana dan dua pasukan yang berjaya mengharungi perlawanan 'Play-Off' tersebut.

Undian akan dijalankan berdasarkan balang berikut :
Balang A - Johor Darul Ta'zim, Selangor, Pahang dan Terengganu.
Balang B – Felda United, PDRM, Lions XI, Perak
Balang C - Kelantan, Sarawak, Kedah, Penang FA
Balang D – T-Team, PKNS F.C, ATM, Johor Darul Ta’zim II

Undian untuk penentuan pasukan akan berlangsung esok untuk mengetahui kumpulan masing-masing bagi mengharungi kempen yang akan bermula pada 11 September 2015.

Mario Gomez dan Nenad Bacina pasti memikul tugas besar untuk menghalang penguasaan Pahang yang akan mempertahankan kejuaraan piala berprestij ini. Taktikal mereka untuk merencanakan rentak permainan untuk pasukan masing masing pasti ditagih oleh semua pnyokong Harimau Selatan

UCAPAN TAHNIAH DARIPADA BORUSSIA DORTMUND


Borussia Dortmund tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim atas kejayaan menjuarai Piala Liga Super Malaysia untuk musim kedua berturut-turut.

Mereka turut menghantar surat secara rasmi bertarikh 24hb Ogos 2015 kepada DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor dan adalah besar harapan mereka agar kerjasama antara kedua pihak (BVB dan JDT) akan diteruskan serta diperkukuhkan.

Disini kita dapat melihat keakraban kedua-dua belah pihak dalam perkara yang melibatkan pembangunan bola sepak akar umbi. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber:https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my

Tuesday, August 25, 2015

Keputusan Perlawanan Pertama Suku Akhir Piala AFC


Johor DT melebarkan rekod tanpa kalah mereka di stadium Larkin kepada 37 perlawanan sebentar tadi apabila mencatatkan keputusan 1-1 dengan gergasi Liga Hong Kong , South China.Daripada 17 pasukan yang bertandang ke Larkin musim ini , South China Fc menjadi pasukan pertama yang berjaya mengutip 1 mata dari stadium .

Permainan yang lebih menarik daripada Johor DT yang menguasai permainan serta menampilkan posession football & taktikal menyerang manakala South China bermain secara defensif dan banyak berada di kubu sendiri. Gol Johor DT dijaringkan oleh Luciano Figueroa pada separuh masa kedua setelah masa pertama berakhir tanpa jaringan.

Masa penuh di Larkin :
JDT 1-1 South China

Monday, August 24, 2015

Petikan Titah Ucapan DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR Sempena Hari Ulangtahun Rejimen Gerak Khas Ke 50


Petikan Titah Ucapan  DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR Sempena Hari Ulangtahun Rejimen Gerak Khas Ke 50

1. Istilah Bangsa Johor bukanlah perkara yang baru. Almarhum nenda saya, Sultan Ibrahim, telah melihat jauh kehadapan yang perpaduan masyarakat di negeri Johor ini perlu dibentuk di bawah satu Bangsa Johor.

Malah sejak dahulu lagi, lagu bagi Negeri Johor telah dinamakan sebagai “Lagu Bangsa Johor”. Oleh itu, kepada orang luar yang tidak tahu sejarah Johor, Saya nasihatkan supaya jangan masuk campur dalam urusan orang Johor.

Perlawanan Suku Akhir 1 Piala AFC - Johor Dt Vs South China


Perlawanan suku akhir pertama Piala AFC antara pasukan Johor Darul Ta'zim dan South China pada 25hb Ogos 2015.

Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin jam 8.45 malam.

Ayuh berikan sokongan anda sebagai penyokong Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor!
Harga Tiket : RM10 (Terbuka), RM30 (Berbumbung)

Kejuaraan Liga Super Musim Ini Bukan Nasib


"KEJAYAAN kami muncul juara Liga Super musim ini bukan disebabkan nasib tetapi kami memang berhak menang."

Demikian tegas jurulatih Johor Darul Takzim (Johor DT), Mario Gomez selepas skuad kendaliannya muncul juara Liga Super musim ini walaupun tewas 1-2 pada aksi terakhir menentang Felda United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin.

Walaupun tewas tetapi Johor DT kekal meneraju carta liga dengan 46 mata, mengatasi pencabar terdekat, Pahang dengan kelebihan dua mata yang tewas 1-3 kepada Terengganu malam kelmarin.

Menurut Gomez, kejayaan mereka itu secara dasarnya perlu diukur menerusi perjuangan anak-anak buahnya termasuk sokongan setiap individu yang turut membantu Johor DT sejak permulaan musim ini.

"Kami kini adalah juara Liga Super. Kemenangan ini sangat penting untuk karier saya, pemain dan semua pihak dalam skuad Johor DT.

Sunday, August 23, 2015

JOHOR Darul Takzim Juara Liga Super Musim 2015


JOHOR Darul Takzim (Johor DT) mengekalkan status mereka selaku gergasi bola sepak Malaysia selepas muncul juara Liga Super musim ini.

Skuad yang mendapat jolokan Harimau Selatan itu menamatkan kempen musim ini dengan mengumpul 46 mata untuk terus kekal meneraju kedudukan liga.

Walaupun skuad bimbingan Mario Gomez itu tewas 1-2 kepada Felda United pada aksi penutup tirai liga di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi, namun ia tidak menggugat kedudukan untuk bergelar juara ekoran kekalahan 1-3 pencabar terdekat, Pahang kepada Terengganu pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu.

Kekalahan tersebut menyaksikan Pahang kekal berada di tangga kedua dengan mengumpul 44 mata.

Bagi Johor DT, ini merupakan musim kedua mereka bergelar juara selepas melakukannya pada musim lalu.


Sunday, June 14, 2015

BANGSA JOHOR BERSATU DEMI JOHOR


Ikuti pandangan sebahagian Bangsa Johor berkenaan isu semasa mengenai teguran DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkaitan sistem politik masakini.
Mohd Roy Fadzli Bin Jamil

DYAM Tunku Mahkota Johor adalah perantaraan antara pemimpin dan rakyat. Datuk Seri Nazri Aziz tidak berhak menghalang baginda dari memberi teguran terhadap apa yang dilihat oleh baginda tentang senario politik masakini.

Saturday, June 6, 2015

TRAK JDT MILIK SULTAN JOHOR


Sebuah trak milik DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor yang menggunakan konsep warna merah, biru dan putih telah dipaparkan untuk tontonan awam di luar negara iaitu di Queensland, Australia.

Trak tersebut yang dibeli oleh baginda di Australia pada asalnya berwarna putih namun diwarnakan sama seperti JDT Cigarette Speed Boat yang memaparkan bayangan harimau selain warna rasmi negeri Johor iaitu merah, biru dan putih serta terdapat juga bulan dan bintang. Simbol DYMM Sultan Johor turut menjadi lambang kemegahan trak tersebut.

Friday, June 5, 2015

JOHOR DARUL TA'ZIM TOUR


Johor Darul Ta'zim will soon be doing a tour to all districts in Johor with HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor and President of the Johor Football Association. All JDT buses will be used by the players for the tour, which is yet another idea by HRH Crown Prince of Johor to bring the players, the fans and the JDT management closer together

KEMBARA PASUKAN JOHOR DARUL TA'ZIMPasukan Johor Darul Ta'zim akan mengadakan siri kembara mereka ke daerah-daerah di...

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, June 5, 2015

Thursday, June 4, 2015

HRH CROWN PRINCE OF JOHOR VISITS THE HOME OF MR HIROI AND FAMILY


HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, the Crown Prince of Johor, attended a dinner invitation at Mr Koichi Hiroi's home at Kolam Ayer on June 2nd 2015. His Royal Highness was accompanied by Her Highness Che Puan Khaleeda Bustamam, His Royal Highness Tunku Abdul Rahman and His Royal Highness Tunku Abu Bakar to have dinner with Mr Hiroi, who is the groundsman of the Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Stadium and the Padang Seri Gelam training ground.

His Royal Highness accepted the invitation to thank Mr Hiroi for his effort and contributions in taking care of the Larkin Stadium pitch and all training pitches under the Johor Football Association.

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my?fref=photo

Thursday, February 5, 2015

Johor Darul Takzim Layak Ke Pusingan Kedua Playoff ACL 2015

Imej kredit JOHOR Southern Tigers.com.my
Johor Darul Takzim (Johor DT) terus membuktikan kehebatan apabila berjaya melepasi pusingan pertama playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2015 selepas menewaskan juara Liga India, Bengaluru FC 2-1 pada perlawanan yang diheret sehingga ke masa tambahan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru.

Kejayaan tersebut menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak itu melakar sejarah baharu dengan menjadi pasukan pertama negara mara ke pusingan kedua playoff kempen ACL dan mereka dijadualkan berdepan kelab Thailand, Bangkok Glass FC pada 10 Februari ini di tempat lawan.

Pemain gantian, S. Chanturu muncul wira Harimau Selatan apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya selepas gol pendahuluan daripada Harris Harun pada babak pertama disamakan oleh kapten Bengaluru FC, Sunil Chhetri pada penghujung babak kedua.



Saturday, January 31, 2015

JOHOR Darul Takzim (Johor DT) Juara Piala Sumbangsih



JOHOR Darul Takzim (Johor DT) akhirnya menumpaskan Pahang. Lebih menarik kemenangan itu diraih pada aksi sulung Liga Malaysia menerusi perlawanan pembukaan Piala Sumbangsih 2015 apabila skuad Harimau Selatan menewaskan Tok Gajah 2-0 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus memberikan tiga mata penuh buat skuad kendalian Bojan Hodak selain sebagai amaran awal bahawa Johor DT mahu merangkul lebih banyak kejayaan di samping mengekalkan trofi Liga Super pada musim ini. Gol kemenangan pasukan tuan rumah dihasilkan oleh pemain pertahanan, Marcos Antonio pada minit ke-37 dan penyerang, Luciano Figueroa pada minit ke-58.

Buat Pahang yang dibimbing Zainal Abidin Hassan, kekalahan itu boleh dijadikan sebagai iktibar untuk membaiki kelemahan dan bangkit pada perlawanan akan datang.