Pages

Thursday, January 30, 2014

Johor DT waspada ancaman T-Team



Johor Darul Ta’zim (Johor DT) harus berwaspada dengan corak permainan pantas T-Team seandainya impian melangkah ke suku akhir tidak tersekat apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Larkin, malam esok.

Skuad Harimau Selatan yang turun berbekalkan misi memburu kejuaraan Piala FA untuk menempatkan diri dalam kancah Piala AFC musim depan, perlu berdepan ujian getir kerana T-Team menjadi pasukan pertama menewaskan Johor DT 1-0 pada aksi Liga Super, baru-baru ini.

Apapun pengendali Harimau Selatan, Cesar Ferrando Jiminez tampak yakin namun tetap berhati-hati apabila berdepan anak didik Mohd Azraai Khor Abdullah yang ingin menidakkan harapan mereka.

“Mungkin Aidil Zafuan (Abdul Radzak) tidak dapat diturunkan kerana masih mengalami kecederaan paha kanan namun saya mempunyai pengganti mengisi kekosongan tempatnya dengan kemungkinan menurunkan sama ada S Subramaniam atau Mohd Fadhli Shas.

“Pemain yang akan mengisi kekosongan Aidil Zafuan perlu beraksi lebih 100 peratus malah yang lain juga harus bekerja keras.

“Piala FA amat penting bagi Johor DT, kita perlu menang kerana sebagai finalis musim lalu, sasaran utama kali ini menjuarai piala itu bagi memburu slot ke Piala AFC musim depan.

Saya yakin pemain akan memberi persembahan terbaik,” katanya.

Saturday, January 25, 2014

Keputusan Perlawanan T TEAM 1 - 0 Johor Darul Ta'zim

Keputusan Perlawanan

T TEAM 1 - 0 Johor Darul Ta'zim
Minit 71' patrick steve wangga

Thursday, January 23, 2014

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA FA - PKNS 3 - 2 JDT II

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA FA PUSINGAN PERTAMA

PKNS 3 - 2 JDT II

Monday, January 20, 2014

Gugup hanya sementara


Kegugupan pada aksi pertama saingan Liga Super sememangnya tidak mampu diatasi namun pemain tengah Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Shakir Shaari yakin ia hanya sementara.

Bagi Mohd Shakir yang beraksi selaku tonggak tengah skuad Harimau Selatan menganggap masalah itu bukan sahaja dialami pasukan JDT malah semua pasukan yang memulakan kempen Liga M musim ini.

Malah mengakui masih ada sedikit kelemahan ketika aksi pertama namun yakin kepakaran pengendali Harimau Selatan, Cesar Ferrando Jiminez mampu membangkitkan semangat pemain dan membentuk corak taktikal yang lebih ampuh menjelang pertembungan dengan T-Team di Kuala Terengganu, Sabtu ini.

Denda RM100,000 Dan Beraksi Tanpa Penyokong

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berdepan hukuman denda maksimum RM100,000 tetapi angkara 'segelintir penyokong liar mereka' yang mencetus kekecohan ketika perlawanan Liga Super menentang Perak, sabtu lalu mungkin menyebabkan Johor Darul Takzim (JDT) beraksi dalam stadium kosong!

PAFA puji tindakan pantas TMJ

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, tindakan itu harus dicontohi oleh persatuan negeri lain di mana terdapat penyokong tegar yang hadir ke stadium semata-mata untuk membuat onar.

Malah Zainol memuji tindakan pantas pihak polis menahan tiga individu untuk membantu siasatan ekoran tindakan liar segelintir peminat Johor DT selepas perlawanan antara tuan rumah dengan Perak Sabtu lalu.

Dalam insiden selepas perlawanan itu menyaksikan segelintir peminat Johor DT memukul penyokong Perak, membaling suar ke arah bas pasukan serta peminat.

Piala FA (Pusingan Pertama) Selangor PKNS vs Johor DT II

Piala FA (Pusingan Pertama)
21-1-2014

Selangor PKNS vs Johor DT II
Stadium TLDM Lumut, Perak
8.45 Malam

Sunday, January 19, 2014

Jiminez belum mahu dabik dada


Pengendali Johor Darul Takzim (DT), Cesar Ferrando Jiminez lega dengan kemenangan pertama skuad bimbingannya selepas menewaskan Perak 2-0 pada aksi pertama saingan Liga Super di Stadium Larkin, kelmarin.

Gol dijaringkan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-38 dan pemain import Luciano Figueroa di penghujung babak kedua sudah memadai meraih tiga mata di laman sendiri.

Apa pun Jiminez tidak mahu mendabik dada sebaliknya menganggap banyak lagi kerja perlu dibuat bagi memastikan barisan pemain diturunkan sentiasa mantap.

“Saya bangga dengan komitmen pemain sepanjang 90 minit perlawanan dan kemenangan ini meningkatkan lagi moral pemain, namun saya akui masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki terutama aksi pada 30 minit pertama. Pemain seolah-olah belum dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan.

“Apa pun pada babak kedua, corak permainan pemain saya lebih tersusun sehingga menguasai keseluruhan perlawanan,” katanya.

Johor DT bukan pasukan bintang


Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menolak tanggapan sesetengah pihak yang melabelkan Johor Darul Takzim (DT) sebagai pasukan bertaraf bintang pada saingan Liga M musim ini.

Tunku Ismail pada sidang media di Istana Bukit Pelangi, semalam menegaskan Johor DT adalah pasukan baru yang dibentuk di bawah kendalian jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez dan memerlukan masa untuk diperkuatkan.

Katanya, apa yang dilakukan pada musim ini adalah perancangan jangka panjang dan bukannya untuk semusim sahaja.

Stadium Baru JDT Di Nusajaya


 " Stadium Larkin akan di gunakan oleh pasukan JDT II sebagai stadium rasmi, Stadium MPPG akan digunakan oleh pasukan Piala Presiden dan pasukan JDT akan ada satu stadium yang baru di Nusajaya yang akan merangkumi sebuah komplek sukan yang lengkap dengan Akademi bolasepak dengan 6 atau 7 padang latihan di dalam satu lokasi. Kerajaan negeri sedang mengenal pasti lokasi dan kerja-kerja pecah tanah akan di buat secepatnya " -TMJ.

Southern Tigers Tunjuk Belang



Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak melepaskan peluang mencipta kemenangan pada aksi pertama Liga Super apabila menewaskan Perak 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam tadi.

Gol yang dijaringkan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-38 pada babak pertama dan Luciano Figueroa, pada penghujung babak kedua membolehkan Harimau Selatan mengutip tiga mata.

JDT mula mencemaskan Perak seawal minit keenam menerusi gerakan satu dua antara Pablo Aimar dan Figueroa, namun bola rembatan leret bekas pemain Benfica itu sedikit tersasar dari gawang gol.

Anak didik Abu Bakar Fadzim turut mempamerkan aksi menarik apabila hampir mencemaskan pintu gol tuan rumah pada minit ke-11 selepas berlaku kekalutan dalam kotak penalti JDT sebelum Mohd Noor Hazrul Mustafa merembat kencang tetapi berjaya ditangkap penjaga gol, Norazlan Razali.

Friday, January 17, 2014

Live Streaming Johor Darul Takzim (JDT) VS Perak

Kredit : FB Sini Lakin
Live Streaming JDT VS PERAK

Liga Super Malaysia 2014: Johor Darul Takzim lwn Perak dari Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan

JDT vs Perak, 8.45mlm (Live on Astro arena)

Layari link dibawah untuk TONTON LIVE STREAMING

http://johordt.blogspot.com/p/live-streaming.html

Utamakan Semangat Berpasukan

“Mereka yang akan diturunkan malam ini harus beraksi sebagai satu pasukan dan berusaha memberi kemenangan untuk Johor”.

Kata-kata yang hadir daripada pengendali Johor Darul Ta’zim (DT), Cesar Ferrando Jimenez itu jelas menggambarkan betapa beliau mengutamakan semangat berpasukan apabila berdepan Perak pada aksi Liga Super di Stadium Larkin, malam ini.

Jurulatih dari Sepanyol itu berkata, tanpa semangat berpasukan, kemungkinan apa yang dirancang tidak akan menjadi, sebaliknya ia boleh menyebabkan pasukan lawan mudah mengatasi skuad Harimau Selatan dan harapan meraih tiga mata penuh terlepas dari genggaman.

“Tapi, saya yakin pemain sudah bersedia mengharungi aksi pertama. Begitupun, saya tidak mahu dedahkan siapa akan berada dalam kesebelasan utama kerana bagi saya, semua 29 pemain dalam skuad ini adalah barisan utama yang mampu menggalas tugas.

Johor DT Ramalan Juara - Serbegeth Singh


Pasukan dibarisi ramai pemain bintang Johor Darul Ta’zim (DT) menjadi pilihan utama untuk menjulang kejuaraan Liga Super musim ini namun ia sekadar ramalan awal berdasarkan kekuatan di atas kertas kerana di padang, pasti berbeza.

Bagi bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh beliau menganggap JDT yang tampil lebih hebat berbanding musim lalu dengan kehadiran jurulatih baru dari Sepanyol, Cesar Ferrando Jimenez dan pemain import terkenal dari Argentina, Pablo Aimar bukan saja mampu mendominasi saingan liga malah memiliki prospek untuk menyapu bersih Piala FA dan Piala Malaysia.

“Pada saya, Johor DT secara keseluruhannya memiliki skuad mantap berbanding tahun lalu kerana mereka mempunyai sekurang-kurangnya dua pemain bagus di setiap posisi. Persaingan untuk merebut tempat dalam pasukan utama ini bakal membawa mereka ke tahap lebih baik.

Nazrin Nawi Berada Pada Tahap Terbaik Menghadapi Perak


Sama ada akan diturunkan atau tidak, ia tidak menghalang Mohd Nazrin Nawi berada pada tahap terbaik menghadapi Perak pada aksi Liga Super di Stadium Larkin, malam esok.

Pemain sayap kiri Johor Darul Takzim (jDT) mengakui perlu bersaing dengan Nurul Azwan Roya untuk merebut posisi itu, namun menganggapnya sebagai persaingan sihat kerana keputusan terletak kepada jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez untuk menentukan kesebelasan utama.

Katanya sepanjang latihan, pengendali dari Sepanyol itu menganggap semua pemain barisan utama dan sentiasa memberi dorongan untuk memantapkan corak permainan.

Thursday, January 16, 2014

Pasukan Perak Beri Amaran!


Pasukan Liga Super Perak memberi amaran kepada pasukan lain supaya jangan memandang rendah kebolehan mereka dalam mengharungi musim 2014. Walaupun dibarisi majoriti pemain baru dan muda, pasukan The Bos Gaurus yakin mampu melakukan kejutan terdapat pasukan elit. Mereka melaungkan amaran itu berikutan kenyataan seorang pengulas sukan terkenal tanahair, kononnya Perak bakal menjadi antara pasukan belasahan musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, kenyataan itu menjadi cabaran kepada para pemain untuk membuktikan apa yang dikatakan itu tidak benar. “Sebenarnya kenyataan itu membangkitkan lagi semangat pemain untuk bermain lebih baik,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutup sesi penerangan pegawai dan pemain di Ipoh hari ini.

Monday, January 13, 2014

JDT Laung Amaran Beri Saingan Sengit


JOHOR Darul Ta'zim (JDT) melaungkan keyakinan untuk memberi saingan sengit dalam mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2014 yang akan membuka tirai tidak lama lagi.

Pengurus merangkap Ketua Jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jimenez berkata, anak buahnya kini sudah bersedia mengharungi kempen Liga-M. Menurutnya, keyakinan itu dilaungkan selepas melihat tahap persediaan anak buahnya menerusi beberapa siri perlawanan ujian termasuk menentang kelab ternama.

“Saya gembira dengan persembahan ditunjukkan sepanjang siri perlawanan persahabatan sebagai peluang mengukur dan menilai tahap persediaan di kalangan pemain. Kini saya lebih jelas mengenai kondisi kedudukan pemain.

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Turut Sama Bayar Tiket


Mulai musim yang akan datang, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor sendiri akan membuat pembayaran tiket untuk masuk menyaksikan perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan Johor Darul Ta'zim termasuk pegawai-pegawai yang mengiringinya.

Dan juga titah kepada semua anggota-anggota kerajaan yang lain untuk turut serta membuat pembayaran untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan Johor di Larkin mahupun di Pasir Gudang. Hidup Mati Johor.

Sumber : JOHOR Southern Tigers
Admin Mohamad Hafiz

Sunday, January 12, 2014

Pemain import Liga Super 2014

JDT – Aimar, Luciano, Baihakki, Harris

Selangor – Andik, Juninho, Paulo Rangel, Steve Pantelidis.

ATM – Marlon, Martelotto, Arostegui, Spase Dilevski\

Kelantan – Shawky, Forkey Doe, Ghaddar, Obinna

Pahang – Dickson, Matias Conti, Damion, Zesh Rahman

Perak – Zelimer, Martin Kafando, Zayar Win

PKNS – Patrick Wleh, Karlo Primorac, Kim dong Chan, Hamka Hamzah

Sarawak – Salibasic, Gabor Gyepes, Milorad Janjus, Alireza Abbasfard

Sime Darby – Dilshod, Willjam Mensah, Wisdom Agblexo,Mahmoud Amnah

T-team – Fabio Flor, Patrich Wangai, Nelson San Martin, Evaldo Goncalves

Terengganu – Bikana, Msrcio Souza, Mamadou Barry, Mario Karlovic

Jadual siaran langsung Liga M 2014 di Astro arena.

Jadual siaran langsung Liga M 2014 di Astro arena.

17 Jan: Pahang vs Lions XII, 8pm
18 Jan: Selangor vs T-Team, 4pm
18 Jan: JDT vs Perak, 8pm

Saturday, January 11, 2014

Keputusan Perlawanan Persahabatan : JDT 2-2 Home United

Keputusan Perlawanan Persahabatan : JDT 2-2 Home United

7' Nazrin Nawi 4' Jumaat Jantan/13' Qiu L
71' Luciano Figueroa

KESEBELASAN UTAMA JOHOR DARUL TA'ZIM
Izham Tarmizi (GK), Safee Sali(C), Subramanian, Izuan Jaruddin, NorshahrulIdlan Talaha, Hariss Harun, Nazrin Nawi, Irfan Fazail, Fadhli Shas, Hadin Azman, Shafiq.

KESEBELASAN UTAMA HOME UTD
Shahril Jantan ( C ) (GK), Juma’at Jantan, Sevki Shaban, Bruno Suzuki, Ismail Yunos, Yasir Hanapi, Izzidin Shafiq, Song Inyoung, Fazli Ayob, Qiu Li, Song Ui Ydung

Norazlan Razali Bersedia


Perasaan gugup masih menyelubungi Norazlan Razali namun senario itu dianggap bersifat sementara kerana penjaga gol Johor Darul Takzim (DT) itu percaya dia mampu mengatasi kemelut berkenaan sebelum bermulanya saingan Liga M, 18 Januari ini.

Ketika skuad Harimau Selatan mengharungi dua aksi persahabatan kompetitif menentang Tampines Rovers dan Hougang United, bekas penjaga gol Selangor itu tidak diturunkan kerana melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.

Ketika menentang Pelita Bandung Raya yang berkesudahan Johor DT seri 1-1, Norazlan bertindak selaku penjaga gol utama namun dia melepaskan satu gol kepada jaringan TA Musafri, tetapi kesilapan itu ditebus dengan aksi konsisten pada babak kedua.

Thursday, January 9, 2014

Perlawanan Persahabatan JDT vs HOME UNITED FC (Singapura)



Perlawanan persahabatan amal antara JDT vs HOME UNITED FC (Singapura). Perlawanan ini adalah seiring dengan acara penyampaian cek oleh Jurulatih JDT Cesar Gimenez dan Kapten, Aidil Zafuan pada jam 8 mlm sumbangan PBNJ sebanyak RM 100,000 (setiap satu) kepada:

1.Perhubungan Pengasih Negeri Johor
2.National Kidney Foundation of Malaysia
3.National Cancer Society of Malaysia

Sabtu, 11 Januari 2014 6.00 PM Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, Johor Tiket : RM 10 (Terbuka), RM 30 (Grandstand) Ayuh Penuhkan Stadium

Kutipan hasil dari jualan tiket pada perlawanan persahabatan JDT menentang Pelita Bandung Raya dan Home United FC pada malam itu adalah sumber kepada sumbangan tersebut.

Cesar Ferrando Jiminez berpuas hati dengan aksi Luciano Figueroa


Meskipun pemain import Johor Darul Takzim (DT), Luciano Figueroa gagal menjaringkan gol ketika menentang Pelita Bandung Raya yang berkesudahan seri 1-1, corak pemain dari Argentina itu nyata tidak mengecewakan.

Malah, jurulatih Cesar Ferrando Jiminez berpuas hati dengan aksi bekas pemain Panathinaikos itu yang mempamerkan kesungguhan dalam mengkucar-kacirkan benteng pertahanan kelab Indonesia itu. “Luciano memberikan persembahan terbaik malah dia memiliki tiga peluang menjaringkan gol, namun nasib tidak memihak kepadanya apabila bola yang sepatutnya menerjah jaring diselamatkan penjaga gol lawan. “Saya akan memperbaiki segera setiap kelemahan terutama di jentera serangan dan tidak kecewa dengan prestasi pemain pada aksi persahabatan itu, sebaliknya berpuas hati.

Wednesday, January 8, 2014

Musuh Utama Safee Sali


Penyerang Johor Darul Tazim (JDT), Safee Sali menganggap dirinya belum berada pada tahap memuaskan dan akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula 18 Januari ini.

Walaupun sudah meledakkan tiga gol selepas mengharungi dua perlawanan persahabatan, baginya masih ada ruang untuk memperbaiki setiap kelemahan di bawah bimbingan jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez.
Ia satu permulaan baik untuk beri lebih keyakinan kepada saya. Tapi saya belum puas hati dengan apa yang dipamerkan kerana saya mampu beri persembahan yang lebih mantap.

Latihan bersama Jiminez banyak membantu saya meningkatkan prestasi dan jurulatih itu juga sering beri motivasi kepada saya. Ini sudah tentu menguatkan semangat untuk memastikan saya berada pada tahap terbaik, katanya.

Keputusan Perlawanan Persahabatan JDTII 5-0 DRB HICOM FC


Keputusan Perlawanan persahabatan pra-musim 2014 di Stadium MPPG Pasir Gudang JDTII 5-0 DRB HICOM FC

JDTII 5-0 DRB HICOM FC

26' Mohd Zameer Zainun
47' Mohd Alif
61' Mohd Nursalam
75' Jose Manuel Carrasco
86' Shahrudin Yakup

Majlis penyerahan Sumbangan kepada NATIONAL KIDNEY FOUNDATION OF MALAYSIA , NATIONAL CANCER SOCIETY OF MALAYSIA

Bersempena perlawanan Persahabatan diantara Johor Darul Ta'zim menentang Home United 11 Januari 2014 (Sabtu) ini, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) yang diterajui DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim akan mengadakan majlis penyerahan sumbangan kepada National Kidney Foundation of Malaysia, National Cancer Society Malaysia dan Perhubungan Pengasih Negeri Johor.

Dengan ini pihak PBNJ berbesar hati untuk memberi sumbangan hasil daripada kutipan penjualan tiket perlawanan persahabatan diantara Johor Darul Ta'zim menentang Pelita Bandung Raya yang telah berlangsung pada 7 Januari 2014 dan Home United yang akan berlangsung pada 11 Januari 2014 ini.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berharap program murni ini tidak akan berhenti disini dan akan diteruskan melalui Tanggungjawab Sosial Korporat di masa-masa akan datang.

Tuesday, January 7, 2014

Safee Sali jadi penyelamat Johor DT


Penyerang kebangsaan, Safee Sali kembali menunjukkan taring apabila jaringannya pada babak kedua memastikan Johor Darul Tazim (JDT) mengikat kelab Indonesia, Pelita Bandung Raya dengan keputusan seri 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam tadi.

Skuad Harimau Selatan bermula garang seawal minit kelima apabila mencetus gerakan menarik menerusi umpanan Mahali Jasuli yang pantas dikuis Luciano Figueroa kepada Amirul Hadi Zainal, namun rembatan derasnya tatkala berada dalam kotak penalti sekadar sipi dari gawang gol.

Keputusan Perlawanan Persahabatan : Johor Darul Ta'zim 1-1 Pelita Bandung Raya


Keputusan Perlawanan Persahabatan :

Johor Darul Ta'zim-1 (Safee Sali 75')
Pelita Bandung Raya-1 (T.A Musafri 43')

KESEBELASAN UTAMA JOHOR DARUL TA'ZIM
Norazlan Razali (GK) Aidil Zafuan (C) Baihakki Khaizan, Pablo Aimar, Amirulhadi, Hariss Harun, Nurul Azwan Roya, Shakir Shaari, Mahali Jasuli, Luciano Figueroa dan Fazly Mazlan.

KESEBELASAN UTAMA PELITA BANDUNG RAYA
Denis Romanov (GK) Bambang Pamungkas (C) Kim Jefrey Kurniawan, Agus Indra Kurniawan, Boban Nikolic, Anggo Julian Hari Sapta, Hermawan, Fariz Bagus Dinata, T.A Musafri , David Laly, Wildansyah.

Monday, January 6, 2014

Telanjangkan’ kelemahan JDT '


Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Cesar Ferrando Jiminez berharap kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Bandung Raya yang ditentang dalam aksi persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini mampu ‘menelanjangkan’ kelemahan skuad bimbingannya.

Harapan Jiminez itu tidak sukar ditafsirkan kerana dia mahu mengetahui sejauh mana prestasi sebenar pemain dan berharap dengan kelemahan yang dikesan membolehkannya memperbaikinya menjelang saingan Liga Super yang disingkap tirainya, 18 Januari ini.

Apa lagi dalam saingan tiga perlawanan persahabatan sebelum ini, JDT tampak tidak berdepan masalah apabila mudah membelasah dua kelab Singapura, Tampines Rovers 7-1 dan Hougang United 3- 0 serta Melaka United 4-1 kelmarin.

“Kita sudah mengharungi tiga perlawanan persahabatan dan kesemuanya mencatat rekod bersih kemenangan dan aksi menentang kelab dari Indonesia itu penting buat saya untuk mengetahui tahap sebenar pemain JDT.

Bambang perkuat Pelita 

“Saya harap mereka mampu memberi cabaran bermakna kepada kami dan sudah tentu saya akan turunkan barisan terbaik pada perlawanan itu kerana mahu pemain meraih pengalaman berguna beraksi pada perlawanan yang kompetitif biarpun ia aksi persahabatan,” katanya dalam sidang media, semalam.

Perlawanan Persahabatan | JOHOR DARUL TA'ZIM II vs DRB HICOM FC

Kredit : Johor Fans
Perlawanan Persahabatan 2014

JOHOR DARUL TA'ZIM II vs DRB HICOM FC

Rabu, 8 Januari 2014
8.45 PM

Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Pasir Gudang, Johor

TMJ Beri Amaran!


Tegas letak jawatan sekiranya penyokong JDT terus degil bakar suar

Johor Bahru: Bosan dengan kedegilan segelintir penyokong yang masih membakar suar ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam mengeluarkan amaran keras supaya perkara itu dihentikan segera.

Menerusi kenyataan rasmi daripada JOHOR Southern Tigers, Tunku Ismail menegaskan akan melepaskan jawatannya sekiranya masih ada segelintir penyokong yang tidak mengendahkan larangan membakar suar sama ada dalam perlawanan persahabatan atau saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula 18 Januari ini.
Senarai hitam penyokong..

Jiminez puji Safee Sali


Johor Bahru: Kelibat penyerang kebangsaan, Safee Sali yang meledakkan dua gol untuk membantu Johor Darul Ta'zim (Johor DT) menang 4-1 ke atas Melaka United pada aksi persahabatan di Stadium Larkin, kelmarin mendapat pujian ketua jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez

Jiminez nyata gembira dengan kesungguhan Safee yang tampak sudah kembali menemui sentuhan penyudah selepas musim lalu persembahannya agak kurang konsisten.

Malah pengendali dari Sepanyol itu yang membimbing skuad Harimau Selatan percaya Safee bakal muncul penyerang digeruni dan mampu beri kekuatan kepada pasukan dari selatan tanah air itu untuk memburu kejuaraan sama ada Piala FA atau Liga Super untuk memburu slot ke Piala AFC musim 2015.

Sunday, January 5, 2014

Harimau Selatan Buru Gelaran Trebel

Johor Darul Takzim memburu gelaran trebel pada saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula 17 Januari ini.

Sasaran itu bersandarkan kepada barisan pemain yang dimiliki mereka selain prestasi semasa Johor DT 1 yang dianggap antara pasukan pilihan musim ini.

Bagi penolong jurulatih Johor DT 1, Ismail Ibrahim, beliau yakin anak-anak buahnya mampu merealisasikan misi tersebut, apatah lagi Harimau Selatan kini dibimbing jurulatih berkaliber dari Sepanyol, Cesar Ferrando Jimenez.

Pada masa sama, pertaruhan besar Johor DT 1 membawa bintang Argentina, Pablo Aimar dan Luciano Figueroa dilihat mula membuahkan hasil.

Buktinya, kedua-dua pemain termahal itu masing-masing meledak satu gol ketika membantu Johor DT 1 menang 4-1 ke atas Melaka United FC pada aksi persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin.

Perlawanan Persahabatan JOHOR DARUL TA'ZIM vs PELITA BANDUNG RAYA


Perlawanan Persahabatan 2014

JOHOR DARUL TA'ZIM vs PELITA BANDUNG RAYA

Selasa, 7 Januari 2014
8.45 PM
Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia

Ayuh Penuhkan Stadium......
LUASKAN KUASAMU JOHOR!!!!!

Bilangan Anggota Polis Ditambah


Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah mengambil langkah untuk meningkatkan bilangan anggota polis dan keselamatan yang bertugas di stadium pada setiap perlawanan.

Mereka yang didapati membawa suar masuk ke dalam stadium akan ditahan serta-merta dan disenarai hitam secara kekal daripada memasuki Stadium Larkin.

TEGURAN TMJ KEPADA PENYOKONG YANG MEMBAKAR SUAR DI DALAM STADIUM


Kepada para penyokong yang masih tak faham bahasa, lebih baik duduk sahaja di rumah. Orang yang sayangkan pasukan Johor tidak akan bertindak merugikan duit Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

Satu hari nanti sekiranya persatuan menghadapi masalah kewangan oleh kerana terlalu kerap membayar denda, pada masa itu jangan pula merungut pihak persatuan tidak berbelanja untuk membentuk pasukan yang mantap dan hanya jadi pasukan belasahan seperti dahulu.

Berani bakar, berani tanggung. PBNJ telah membuat pelaburan yang besar untuk membina pasukan yang boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Johor, tetapi ada segelintir yang kurang arif dan tak berfikir panjang melakukan tindakan yang boleh membazirkan duit persatuan. Ini kerana saya alah kepada orang yang tidak masuk ajar. Terima kasih.

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor / Presiden PBNJ
5 Januari 2014

Saturday, January 4, 2014

Keputusan Perlawanan Persahabatan : JDT Vs Melaka United (MU)



Keputusan Perlawanan Persahabatan : JDT VsMelaka United (MU)

JDT 4 - 1 MELAKA United

17' Pablo Aimar 46' Mohd Amirul Omar
37' Luciano
83' Safee Sali (Penalti)
91' Safee Sali

Thursday, January 2, 2014

KAFA Ingin Bekerjasama Dengan PBNJ

Usaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) melakukan transformasi dalam aspek pembangunan sukan bola sepak di negeri itu wajar dijadikan panduan.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, usaha yang dilakukan oleh PBNJ sejak setahun lalu telah berjaya mengangkat kembali martabat bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Saya menyatakan kekaguman di atas apa yang sedang diusahakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika ini.

"KAFA telah melakukan banyak usaha tetapi saya berdepan banyak kekurangan. Saya nampak JDT memang layak menjadi negeri contoh.

3 Impian Safee Sali Pada Tahun 2014


Selepas mengharungi banyak detik tidak menggembirakan sepanjang 2013, bintang penyerang kebangsaan, Safee Sali (gambar) memasang tiga impian yang diharap dapat dipenuhi pada tahun baharu 2014.

Menurut penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 itu, dia mahu melupakan episod pahit menghambat dirinya sepanjang 2013 dan membuka lembaran baharu.

Impian pertama Safee tahun ini, adalah mencari kebahagiaan dalam rumah tangga selepas melangsungkan perkahwinan kali kedua pada 28 Disember lalu.

Perkara kedua yang diimpikan pemain yang genap 30 tahun pada 28 Januari ini adalah memastikan, kariernya yang suram ketika bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) tahun lalu mampu kembali bersinar.

Penaja utama Liga Super musim 2014



Penaja utama Liga Super musim 2014:

- Johor DarulTa'zim (Country Garden)
- KelantanFA (Hotlink)
- LionsXII (StarHub)
- PahangFA (Resort Worlds)
- PerakFC (Lembaga Air Perak)
- SarawakFA (Sarawak Energy)
- SelangorFA (MBI)
- TerengganuFA (ZonRia)
- T Team (EPIC)
- Sime Darby FC (Sime Darby)
- ATM (ATM)
- PKNS FC (PKNS)

JADUAL LIGA SUPER 2014 JOHOR DT

JADUAL LIGA SUPER 2014

JOHOR DT akan membuka tirai di HOME menanti kunjungan Perak..para penyokong boleh lah merancang persediaan.

SILA KLIK UNTUK BESARKAN

PERLAWANAN PERSAHABATAN JOHOR DARUL TA'ZIM vs MELAKA UNITED


PERLAWANAN PERSAHABATAN PRA LIGA MALAYSIA 2014

JOHOR DARUL TA'ZIM vs MELAKA UNITED

4 Januari 2014 - Sabtu
8.45 Malam
Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, Johor

Ayuh Penuhkan Stadium
LUASKAN KUASAMU JOHOR!!!!!

Jiminez gembira Johor DT bukti keupayaan


Corak permainan pantas sememangnya menjadi pilihan pengendali Johor Darul Takzim (DT), Cesar Ferrando Jiminez dan ia terbukti pada dua aksi persahabatan yang diadakan baru-baru ini.

Kemenangan besar Johor DT 7-1 ke atas kelab dari Liga Singapura (Liga S), Tampines Rovers FC dan terbaru mudah mengatasi Hougang United FC 3-0 jelas menggembirakan pengendali dari Sepanyol itu.

Namun ada beberapa kelemahan perlu segera diatasi Jiminez terutama ada pemain yang masih belum dapat menyesuaikan diri dengan corak taktikal bekas jurulatih Atletico Madrid dan Valencia itu apabila tidak dapat mengekalkan corak pantas yang diterapkan pada aksi persahabatan.