Pages

Wednesday, August 13, 2014

SOUND SYSTEM : Kejutan Buat Peminat


Buat pertama kalinya ultras kita akan membuat kejutan dengan memasang alat pembesar suara di hadapan curva nord mereka sekaligus memecah rekod ultras di malaysia.... laungan AYUH JOHOR! pasti menggegarkan stadium kita malam ini.

Rekod cemerlang ke atas Kelantan musim ini menjadi sandaran Bojan Hodak


Johor Bahru: Rekod cemerlang ke atas Kelantan musim ini harus menjadi sandaran Bojan Hodak tatkala persiapannya membentuk pasukan mantap menghadapi bekas pasukannya itu pada perlawanan pembuka tirai Kumpulan C di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin malam ini, terjejas.

Pengendali dari Croatia itu mengakui pening membentuk barisan mantap kerana pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan penggantungan dan kecederaan selain kelibat lapan pemain kebangsaan hanya memulakan latihan dua hari lalu.

“Mohd Amri Yahyah terpaksa diketepikan untuk dua perlawanan selepas mengumpul enam kad kuning manakala Luciano Figueroa digantung satu perlawanan.

Pemain kebangsaan yang baru pulang dari Tajiskistan hanya dapat dikumpulkan dua hari lalu.

Friday, August 8, 2014

KHIDMAT ETO'O TIDAK DIPERLUKAN


"KHIDMAT ETO'O TIDAK DIPERLUKAN"

"Sebelum ini kita memang ada berbincang untuk mendapatkan khidmat Samuel Eto’O dan beliau sendiri ada menunjukkan minat untuk datang ke Johor.Saya tidak nafikan dia pemain yang bagus tetapi ia bercanggah dengan polisi baharu PBNJ yang inginkan pemain lebih muda. Jadi, kita tidak jadi untuk meneruskan rancangan ini"

~ DYAM Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Siaran Langsung Perlawanan Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2014



LIVE di ASTRO Arena untuk aksi kedua-dua pasukan melibatkan JDT dan JDT II didalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan Piala Malaysia.

 Ayuh JOHOREAN , kepada yang berkesempatan, turun ke stadium untuk berikan sokongan yang padu kepada kedua-dua pasukan kita.