Pages

Saturday, January 31, 2015

JOHOR Darul Takzim (Johor DT) Juara Piala Sumbangsih



JOHOR Darul Takzim (Johor DT) akhirnya menumpaskan Pahang. Lebih menarik kemenangan itu diraih pada aksi sulung Liga Malaysia menerusi perlawanan pembukaan Piala Sumbangsih 2015 apabila skuad Harimau Selatan menewaskan Tok Gajah 2-0 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus memberikan tiga mata penuh buat skuad kendalian Bojan Hodak selain sebagai amaran awal bahawa Johor DT mahu merangkul lebih banyak kejayaan di samping mengekalkan trofi Liga Super pada musim ini. Gol kemenangan pasukan tuan rumah dihasilkan oleh pemain pertahanan, Marcos Antonio pada minit ke-37 dan penyerang, Luciano Figueroa pada minit ke-58.

Buat Pahang yang dibimbing Zainal Abidin Hassan, kekalahan itu boleh dijadikan sebagai iktibar untuk membaiki kelemahan dan bangkit pada perlawanan akan datang.