Pages

Monday, December 30, 2013

Amirulhadi Zainal Lega


Bekas pemain tengah kebangsaan, Amirulhadi Zainal mengakui lega selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan kontraknya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim depan adalah sah.

Apa pun dia yang ditemui selepas aksi persahabatan JDT menentang kelab dari Liga Singapura (Liga S), Hougang United FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kelmarin terpaksa akur dengan tindakan denda RM25,000 yang dikenakan Jawatankuasa Status FAM yang bersidang Jumaat lalu itu.
"FAM dah ambil tindakan dan saya akui amat lega. Keputusan FAM itu memberi perangsang kepada saya untuk beraksi pada tahap tertinggi bersama JDT.

Aksi persahabatan

"Saya yakin JDT yang dibarisi dengan pemain berkualiti mampu beri saingan sengit pada saingan Liga Super yang bermula 18 Januari ini dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu skuad itu membawa pulang satu piala pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim baru ini," katanya.

Keputusan Perlawanan Persahabatan JDT II (4) VS (1) HARIMAU MUDA B


JDT II (4) VS (1) HARIMAU MUDA B

Pasukan JDT II meraikan jaringan rakan pasukan ketika menentang Harimau Muda B petang tadi. Gol Pasukan JDT II dijaringkan oleh Mohd Alif Mohd Yusof (2 gol), Shahrudin Yakup dan Che Rashid Che ismail.

Highlight Game Johor Darul Takzim FC vs HOUGANG UNITED



Highlight Game Johor Darul Takzim FC  vs HOUGANG UNITED

JDT 3  Amri 4',48, Aidil 44'
HOUGANG 0

Sunday, December 29, 2013

Gelanggang home bagi pasukan Liga Super 2014


Gelanggang home bagi pasukan Liga Super 2014

ATM - Stadium MP Selayang
JDT - Stadium Larkin
Kelantan - Stadium Sultan Muhammad IV
Lions XII - Stadium Jln Besar
Pahang - Stadium Darulmakmur
Perak - Stadium Perak
PKNS - Stadium MBPJ
Sarawak - Stadium Negeri
Selangor - Stadium MBPJ (sementara)
Sime Darby - Stadium MP Selayang
T-Team n Terengganu - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Sumber:Liga FAM

Live Streaming Johor DT VS HOUGANG UNITED



Live Streaming JDT vs HOUGANG UNITED

LIVE STREAMING : http://jdtv.johorsoutherntigers.com.my/

Keputusan Semasa Johor DT 3  HOUGANG UNITED 0. Gol Johor Dt dijaringkan pada minit ke 5/52 Amri Yahya minit 43 Aidil.

Satu perlawanan yg cukup menghiburkan namun banyak peluang yang terlepas dan tiada penyudah. Gabungan baik antara Pablo Aimar, Amri Yahyah, Mat Yo dan Mahali Jasuli.

Saturday, December 28, 2013

Keputusan Perlawanan Johor DT II VS ATM 28.12.2013 | Sabtu

Keputusan Perlawanan Johor DT II VS ATM 28.12.2013 | Sabtu

ATM - 2 
Johor DT II - 1

Friday, December 27, 2013

Amirulhadi Zainal ( YOL ) Sah Milik Johor Darul Takzim (Johor DT)


KONTROVERSI yang melibatkan bekas pemain tengah kebangsaan, Amirulhadi Zainal selesai apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pemain itu menjadi milik Johor Darul Takzim (Johor DT) pada musim depan.

Pemain berusia 27 tahun yang juga mesra dengan panggilan ‘Yol’ itu sebelum ini dikatakan telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Persatuan Bola sepak Negeri Pahang (PBNP) tetapi baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak apabila diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT untuk musim depan.

Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, penyertaan Amirulhadi ke Harimau Selatan tidak menjadi isu selepas pihaknya mendapati perjanjian Amirulhadi bersama PBNP tidak sah.

Perlawanan Persahabatan Pra-Musim 2014


Harimau Muda B lawan JOHOR Darul Ta'zim II

30 Disember 2013 (Isnin)
5.00 Petang

Padang Bolasepak FAM, Kelana Jaya.

Sumber Johor Fans

Wednesday, December 25, 2013

Perlawanan Persahabatan Pra-Musim 2014 JOHOR Darul Ta'zim II VS ATM


Perlawanan Persahabatan Pra-Musim 2014 JOHOR Darul Ta'zim II VS ATM

Perlawanan Persahabatan Pra-Musim 2014

ATM lawan JOHOR Darul Ta'zim II
28 Disember 2013(Sabtu)
5.00 Petang
Padang Bolasepak TUDM, Subang.

Perlawanan Persahabatan Johor Darul Ta'zim vs Hougang United


Perlawanan persahabatan Johor Darul Ta'zim vs Hougang United. Ahad 29 Dec2013 8.45 malam Stadium Larkin.

Tuesday, December 24, 2013

Zaquan Tekad Tampil Aksi Terbaik


ADA misi peribadi yang mahu dilakukan Zaquan Adha Abdul Razak ketika membantu Johor Darul Takzim II (Johor DT II) mengharungi saingan Liga Premier musim depan.

Menurut Zaquan, 26, dia bersama beberapa pemain senior lain berazam mampu memberikan contoh terbaik kepada majoriti pemain muda yang menyarung jersi Johor DT II kali ini di bawah kendalian Azmi Mohamed.

“Layak ke saingan Liga Super (2015) sememangnya satu bonus tetapi saya dan pemain senior yang lain lebih gemar memikirkan peranan kami sebagai role model dalam membantu pemain-pemain muda.

“Ini kerana Johor DT II lebih memberikan keutamaan pembangunan pemain muda sebagai pendedahan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Keputusan Penuh Perlawanan JDT II 5 - 0 KEJORA FC


Keputusan Perlawanan Persahabatan JDT II v KEJORA FC yang berlangsung di Std Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Kemenangan berpihak kepada JDTII 5-0 Tahniah buat Coach Azmi dan pasukannya! Video Perlawanan

                             

Sunday, December 22, 2013

Papan Elektronik LED (LED Standboard) Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin


Stadium tuan rumah JDTFC , Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin akan menggunakan papan elektronik LED (LED Standboard) seperti yang digunakan di Liga Eropah.

Antaranya iklan-iklan diterima oleh PBNJ ialah :-

* Tropicana Corporation
☞ Iskandar Malaysia
☞ Berjaya Group
☞ Drive M7
☞ Grand Paragon Hotel
☞ KFC
☞ UDA Holdings
☞ Al-Ikhsan
☞ Nike Football.com
☞ Astro
☞ FAM
☞ Sharp TV
☞ 100 PLUS
☞ Pizza Hut

MAT YO Tak Sihat Punca Tidak Hadir Di Majlis Perasmian Semalam


MAT YO tak sihat, sebab itu dia tidak dapat hadir ke Majlis Perasmian semalam. MAT YO tetap milik JDT.

Mengikut sumber terbaru, bahawa MAT YO bukan mengalami demam denggi, tetapi hanya kekurangan sel darah putih,

Berkemungkinan boleh keluar dari Hospital pada hari ini, dan suhu badan semakin turun dari 39"C ke 37"C Bersama-sama kita doakan agar beliau sempat sembuh dan dapat menjalani latihan seperti biasa.

Titah Ucapan TMJ pada Majlis Pengenalan Pemain dan Pelancaran Jersi NIKE bagi musim 2014



"Saya ingin menyeru kepada semua penyokong bolasepak Johor supaya terus memberi sokongan padu kepada pasukan kita. Saya juga ingin melihat, mulai malam ini para penyokong Johor tidak lagi buat 'silap-silap'.

Jangan beri peluang kepada mana-mana pihak untuk senang-senang sangat saman Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Oleh kerana, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) telah memberi banyak sumbangan kepada pembangunan bolasepak di negeri ini, dan wang tersebut boleh kita pergunakan untuk benda yang lebih baik daripada membayar saman-saman."

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor / Presiden PBNJ
21 Disember 2013
Titah Ucapan pada Majlis Pengenalan Pemain dan Pelancaran Jersi NIKE bagi musim 2014 di Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos, Larkin.

Saturday, December 21, 2013

JDT Ikat Tiga Pemain Harimau Muda


JOHOR BAHRU - Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) mengikat tiga pemain pasukan Harimau Muda untuk menghadapi Liga Malaysia tahun depan.

Tiga pemain berkenaan ialah Mohammad Fadhli Shas, Mohd Irfan Fazail dan Izham Tarmizi Roslan.

Bagi memantapkan lagi Skuad Harimau Selatan itu beberapa pemain Selangor turut dibawa masuk iaitu Mahali Jasuli, Mohd Amri Yahyah, Mohd Asrarudin Putra Omar dan penjaga gol Norazlan Razali.

Tidak ketinggalan beberapa 'ayam tambatan' Kelantan iaitu Azizi Matt Rose, S.Subramaniam, Daudsu Jamaluddin dan Mohd Syakir Shaari selain seorang lagi pemain dari Negeri Sembilan, Mohd Nazrin Nawi.

Selain itu, beberapa muka lama dikekalkan.

Mereka ialah Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim, Al-Hafiz Hamzah, Jasazrin Jamaluddin, Nurul Azwan Roya, Muhammad Akram Mahinan dan Muhammad Hadin Azman.

Koleksi Gambar Jersey Dan Pemain JDT 2014

Koleksi gambar Jersey dan pemain JDT pada Majlis "PERLANCARAN JERSI BARU PASUKAN JOHOR DARUL TA'ZIM






Thursday, December 19, 2013

Keputusan Perlawanan Persahabatan JDT 7-1 TAMPINES ROVERS


KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN JDT 7-1 TAMPINES ROVERS

19/12/2013

KHAMIS

JDT 7-1 TAMPINES ROVERS

1. Luciano
2. Mahali
3. Pablo Aimar
4. Luciano
5. Amri
6. Ikram
7. Haziq

1. Roberto ( Tempines )

Wednesday, December 18, 2013

Majlis "PERLANCARAN JERSI BARU PASUKAN JOHOR DARUL TA'ZIM"



Jom beramai-ramai memeriahkan Majlis "PERLANCARAN JERSI BARU PASUKAN JOHOR DARUL TA'ZIM" pada hari Sabtu ini.

Antara tetamu khas yang bakal hadir pada malam itu adalah Yang Berbahagia Dato Suleiman Mohd Noor, Mantan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

Kita juga akan disajikan dengan penampilan pemain-pemain Johor Darul Ta'zim musim 2014 dan juga persembahan daripada artist-artist tempatan seperti Joe Flizzow, Tam Spider, Amira AF dan juga One Nation Emcee.

Untuk pengetahuan semua kami hanya akan memperkenalkan pemain-pemain Johor Darul Ta'zim sahaja untuk malam itu dan jersi ORI hanya akan dijual pada awal tahun di stadium dan secara online.

Saturday, December 14, 2013

Keputusan Penuh Perlawanan Persahabatan : Melaka United 1-1 JDT II


Keputusan penuh perlawanan persahabatan antara Melaka United VS Johor DT II

Melaka United 1-1 JDT II

JDT II mendahului seawal minit ke 20 sebelum disamakan Melaka United pada minit ke 47.

Wednesday, December 11, 2013

Perlawanan Persahabatan Pra Liga Malaysia 2014


Perlawanan Persahabatan Pra Liga Malaysia 2014

MELAKA UNITED vs JOHOR DARUL TA'ZIM II
14 Disember 2013
8.30 PM

Stadium Kubu@Hang Tuah, Melaka

PERTANDINGAN ‘CHANT’ (SORAK) HARIMAU SELATAN 2013


PERTANDINGAN ‘CHANT’ (SORAK) HARIMAU SELATAN 2013

22 Disember 2013 (Ahad)
Atrium JOTIC, Johor Bahru
9.00 pagi – 6.00 petang

Tujuan utama penganjuran adalah untuk mencungkil bakat anak muda untuk menghasilkan lagu baru untuk dinyanyikan oleh penyokong semasa perlawanan bola JDT & JDT II yang berlansung tidak kira dimana sahaja. Di pertandingan ini, pihak kami akan memilih 6 kumpulan terbaik yang berjaya mencipta lagu untuk dipertandingkan pada peringkat akhir nanti.

Lagu yang berjaya akan menjadi hak milik penganjur dan kami akan menghadiahkan lagu ini kepada PBNJ untuk digunakan di dalam apa sahaja bentuk promosi bagi tujuan kemajuan industri bolasepak Johor.

Saturday, December 7, 2013

Tahniah! Safee Sali Nikah Gadis Indonesia 28 Disember ini

Kad Undangan Perkahwinan

Pemain bola sepak kebangsaan dan penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali memilih 28 Disember ini untuk menamatkan zaman duda.Pilihan hati Safee adalah gadis Indonesia dikenali sebagai Sasha.

Majlis perkahwinannya bakal dilangsungkan di Kg Dato Kamaruddin Tambahan, Bidor, Perak.Safee pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabarina Yusof pada 2007 namun berakhir dengan perceraian pada April 2012.

Bersama Sabarina, Safee dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Syaza Syaqina, 4 dan Nur Syasya Sofirna, 2. - Lapor Mynewshub

Thursday, December 5, 2013

Luciano Figueroa Tidak Sabar Bantu JDT

Cesar Ferrando Jiminez (kiri) mengalu-alukan kedatangan Figueroa

Johor Bahru: Ada misi yang akan dilaksanakan oleh penyerang import baru Johor Darul Ta'zim (JDT), Luciano Figueroa yang sah beraksi untuk skuad Harimau Selatan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan dan pastinya terarah untuk memburu kejuaraan sama ada Piala FA atau Piala Liga Super.

Bekas penyerang Argentina itu yang hadir pada sidang media, semalam yang turut dihadiri Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu memastikan skuad Harimau Selatan layak ke saingan Piala AFC 2015 yang menjadi sasaran utama skuad itu.

Tuesday, December 3, 2013

Sesi Latihan Johor Darul Ta'zim Fc Di Padang Seri Gelam

Kredit Gambar : The Photoshooterz

Pasukan Johor Darul Ta'zim Fc ( JDT ) mengadakan sesi latihan penuh yang bermula semalam . Hampir kesemua pemain di lihat menjalani sesi latihan hari ini 03 /12/ 2013

Video Training Pasukan JDT

Monday, December 2, 2013

JDT Tuntut RM490,000 Dari Norfarhan Muhammad


Johor Bahru: Norfarhan Muhammad boleh beraksi dengan mana-mana pasukan yang diinginkan kerana Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berminat dengan pemain yang tiada hati untuk menyarung jersi Harimau Selatan tetapi perlu membayar nilai yuran perpindahan dan kontrak untuk semusim berjumlah RM490,000.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata bola sepak bukan saja untuk mencari kemenangan sebaliknya lebih kepada komitmen berpasukan dan disiplin sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga M).

"Kita mahu pemain beraksi dengan penuh dedikasi dan komited kepada pasukan. Malah apa saya lakukan hanya untuk penyokong, dan pemain juga perlu buktikan kepada penyokong. Justeru mana-mana pemain yang tiada hati untuk menyertai JDT boleh meinggalkan pasukan itu.

"Tiada masalah untuk melepaskan Norfarhan beraksi dengan pasukan lain. Tapi dia harus bersikap lebih terhormat dan bersopan, seharusnya dia perlu membayar semula nilai kontrak bersama JDT dan jika semua selesai dia boleh bersama pasukan yang ingin diwakilinya," kata Tunku Ismail.