Pages

Thursday, December 5, 2013

Luciano Figueroa Tidak Sabar Bantu JDT

Cesar Ferrando Jiminez (kiri) mengalu-alukan kedatangan Figueroa

Johor Bahru: Ada misi yang akan dilaksanakan oleh penyerang import baru Johor Darul Ta'zim (JDT), Luciano Figueroa yang sah beraksi untuk skuad Harimau Selatan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan dan pastinya terarah untuk memburu kejuaraan sama ada Piala FA atau Piala Liga Super.

Bekas penyerang Argentina itu yang hadir pada sidang media, semalam yang turut dihadiri Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu memastikan skuad Harimau Selatan layak ke saingan Piala AFC 2015 yang menjadi sasaran utama skuad itu.

“Saya diberitahu oleh pengurusan PBNJ misi utama JDT dan meletakkan sasaran terhadap diri saya untuk layak ke Piala AFC. Malah saya juga tidak menghadapi masalah berkenaan kecederaan lutut yang dialami tujuh tahun lalu dan saya akui sudah cergas sepenuhnya.

“Saya tidak sabar untuk beraksi bersama bekas rakan sepasukan, Pablo Aimar ketika beraksi dengan Argentina pada saingan Piala Konfederasi musim 2005. Sebelum saya menyertai JDT saya sudah melakukan kajian dan melihat rakaman video aksi pasukan itu malah tertarik dengan cara pengurusan pasukan ini,” kata Figueroa yang mengikat kontrak selama dua musim bersama skuad Harimau Selatan.

No comments:

Post a Comment