Pages

Saturday, January 16, 2016

Syarikat terkenal Thailand minat taja JDT


Juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menjadi jenama global, sekali gus melangkah setapak lagi ke peringkat antarabangsa selepas berjaya menarik minat tajaan daripada sebuah syarikat terkenal di Thailand. Perkhabaran baharu itu diumumkan menerusi akaun rasmi Facebook skuad Harimau Selatan iaitu Johor Southern Tigers (JST), sebentar tadi.


Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim, berkata berita baik berkenaan diperoleh ketika permulaan jelajah pasukan itu di negara jiran terbabit semalam untuk aksi pra musim menentang dua kelab negara Gajah Putih itu. "Kita mendapat maklumat ada syarikat korporat besar yang beroperasi di negeri itu yang mahu menaja pasukan kita. "Saya dimaklumkan, syarikat korporat itu turut menaja beberapa pasukan yang beraksi di Eropah.

"Jadi, secara tidak langsung ini menyatakan jenama JDT sudah berada di tahap antarabangsa," katanya. Ismail berkata, rundingan antara JDT dan syarikat korporat itu sedang giat dijalankan. Katanya, sebarang keputusan akan dimaklumkan kepada semua penyokong setia skuad Harimau Selatan itu selepas ini.

No comments:

Post a Comment