Pages

Saturday, November 30, 2013

Keputusan Perlawanan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) VS Harimau Muda


Keputusan perlawanan persahabatan antara Skuad B-23 Harimau Muda A VS JDT II sekadar seri 0-0 ketika aksi di Stadium Pasir Gudang, malam tadi.

Tanpa menurunkan enam pemain utama, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee memulakan rentak permainan perlahan apabila lebih menumpukan kepada pengawalan bola dan jarang membuat serangan pantas.

Kesempatan itu digunakan barisan bimbingan Azmi Mohamed untuk merobek gawang Harimau Muda A selepas mendapat sepakan percuma Mohd Azniee Taib seawal minit kesembilan yang gagal ditangkap kemas penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Namun, rembatan susulan Mohd Hairulnizam Hanif yang berjaya menjaringkan gol dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid.

Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013


Keputusan anugerah bolasepak kebangsaan menyaksikan Kelantan bolot 5 kategori utama Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013

Keputusan Penuh 

Persatuan Terbaik : Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT)
Penjaga Gol Terbaik : Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Penyerang Terbaik : Mohd Norfarhan Muhammad (Kelantan)
Anugerah Supermokh (MVP) : Mohd Badhri Radzi (Kelantan)
Jurulatih Terbaik : Dollah Salleh [Pahang]
Pertahanan Terbaik : Baihakki Khaizan [Baihakki Khaizan]
Pemain Tengah Terbaik : Mohd Badhri Radzi [Kelantan]
Pemain Muda Terbaik : Junior Eldstal (Sarawak)
Pemain Import Terbaik : Marlon Alex James (ATM)
Kelab Terbaik : Sime Darby FC
Kelab Penyokong Terbaik : Kelantan
Pengadil Terbaik : Amir Mohd
Anugerah Fairplay : PDRM
Anugerah Khas : Datuk Seri Paul Mony, Datuk Dell Akbar Khan, Datuk Azzudin Ahmad & Datuk Seri Ibrahim Saad

Friday, November 29, 2013

JDT Intai Drogba Sekiranya Layak Dalam Piala AFC 2015


Johor Bahru: Walaupun sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) hanya bermula pada 18 Januari ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah berkira-kira untuk mengikat bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba sekiranya skuad Harimau Selatan itu layak dalam saingan Piala AFC pada 2015.

Monday, November 25, 2013

Senarai Pemain JDT & JDT II 2014

Berikut adalah senarai Pemain JDT & JDT II untuk musim 2014

JOHOR DARUL TA'ZIM

1. Norazlan Razali
2. Azizi Matt Rose
3. S Subramaniam
4. Asrarudin Putra Omar
5. Baihakki Khaizan
6. Izuan Jarudin
7. Aidil Zafuan
8. Safiq Rahim
9. Norshahrul Idlan
10. Pablo Aimar
11. Safee Sali
12. Azwan Roya
13. Harris Harun
14. Daudsu Jamaludin
15. Shakir Shaari
16. Amri Yahyah
17. Mahali Jasuli
18. Luciano Figueroa
19. Nazrin Nawi
20. Jasazrin Jamaluddin
21. Alhafiz Hamzah
22. Irfan Fazail
23. Izham Tarmizi
24. Fadli Shas
25. Akram Mahinan
26. Hadin Azman

JOHOR DARUL TA'ZIM II

Sunday, November 24, 2013

JDT Umpama Manchester City


Johor Bahru: Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah berkata, sekiranya pasukan Johor Darul Takzim (JDT) gagal membawa pulang sebarang piala sepanjang musim 2014, beliau akan meletak jawatan sebagai presiden PBNJ.

Ia jelas membuktikan kesungguhan beliau mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak selatan tanah air selepas mendapatkan pemain terbaik Harimau Malaya untuk JDT musim 2013.

Antara pemain terbaik Malaysia menyarung jersi JDT tahun ini termasuklah Norshahrul Idlan Talaha; kapten Malaysia, Muhammad Safiq Rahim; Mohd Nurul Azwan Roya dan bekas penyerang terbaik kebangsaan, Safee Sali.

Training Kit Biru Beserta Logo Baru


Sewaktu sesi program Klinik Bolasepak tempohari , pasukan JDT memakai training kit biru yang baru dan benar-benar menarik perhatian TPS.

Samada ramai penyokong Harimau Selatan yang hadir Klinik Bolasepak PBNJ di Muar perasan atau tidak, logo yang baru tertera di jersi tersebut . Ini sebenarnya salah satu pembaharuan dalam penjenamaan pasukan di bawah PBNJ untuk musim hadapan. Kita nantikan pengumuman rasmi akan dibuat mengenainya tidak lama lagi.

Disini kami paparkan logo tersebut yang berjaya dirakamkan oleh jurufoto TPS di klinik bolasepak tersebut. Tampak berbeza dengan logo sebelum yang memaparkan ikon harimau yang lebih "garang".


Friday, November 22, 2013

Cuti Hari Minggu Di Johor Ditukar Kepada Jumaat Dan Sabtu


Cuti hujung minggu negeri Johor ditukar. Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sebentar tadi telah menitahkan supaya cuti mingguan bagi negeri Johor dan seluruh jajahan takluknya ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1Januari 2014.

Kini 4 negeri yg mengamalkan cuti Jumaat Sabtu

  • Kelantan 
  • Terengganu
  • Kedah
  • Johor 


PBNJ Johor (Johor FA) Dalam Usaha Mendapatkan Khidmat Luciano Figueroa & Adrian Mutu


PBNJ Johor (Johor FA) sedang dalam usaha mendapatkan khidmat pemain kelahiran Argentina, Luciano Figueroa, yang pernah beraksi bagi River Plate, Boca Juniors dan Panathinaikos.

Selain itu, bekas pemain Chelsea dan Juventus, Adrian Mutu juga dalam pertimbangan bagi menyarung jersi JDT pada musim depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Kecewa Sikap Safee


Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad akui berasa kecewa dengan tindakan penyerang kebangsaan, Safee Sali membuat ‘pusingan U’ untuk kekal bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan dan menerimanya kerana memahami senario bola sepak di negara ini.

Beliau berkata, sebelum ini FAS bersetuju menerimanya kembali bermain untuk Selangor selepas pemain itu menyatakan kekecewaannya kerana akan diserapkan dalam Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Liga Perdana, musim depan.

“Semasa pertemuan pertama, Safee menyatakan kekecewaan kerana dia perlu bermain di Liga Perdana. Atas faktor itu, kami bersetuju menerimanya untuk kembali ke Selangor dengan gaji bulanan yang dipersetujui kedua-dua pihak.

“Bagaimanapun, apabila kami dimaklumkan menerusi pihak ketiga bahawa pengurusan JDT mahu mengekalkan Safee dalam Liga Super, FAS tiada pilihan lain, melepaskan Safee demi kepentingannya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Thursday, November 21, 2013

Klinik Bolasepak Bersama Pemain JDT Di Muar


PERHATIAN !!! WARGA MUAR !!! Klinik bolasepak bersama pemain kesayangan kita akan diadakan :

Tarikh : 22/11/2013
Tempat : Laman Puteri (Berhadapan Pejabat Daerah Muar)
Masa : 4.00 petang

Semua penyokong JDT dijemput hadir.

Hari Keputeraan Sultan Johor Yang ke-55


Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Yang ke-55. Allah berkati Johor, Allah selamatkan Sultan.

Ucap selamat dari Seluruh Rakyat Johor

Wednesday, November 20, 2013

Safee Sali Akan Kekal Bersama Pasukan Johor Darul Ta'zim


SAH ! Safee Sali akan kekal bersama pasukan Johor Darul Ta'zim untuk musim hadapan.

Safee amat teruja untuk kembali berkhidmat bersama pasukan JDT kerana bagi beliau "it is an unfinished business"

Safee dengan nada semangat bertekad untuk memperbaiki segala kelemahan diri dan berjanji akan bangkit untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk peminat-peminat Johor Darul Ta'zim.

Tuesday, November 19, 2013

Harimau Muda A jalani Sesi Motivasi Di Johor Bahru


Skuad Harimau Muda A akan menghadiri sesi motivasi selama empat hari bermula 27 November ini di Johor Bahru, sebelum ke Myanmar untuk misi mempertahan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata sepanjang berada di sana, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu bakal menjalani sesi kaunseling bersama pakar motivasi selain mengadakan perlawanan persahabatan.

"Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PNBJ) bersetuju mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Muda A, namun saya tidak pasti sama ada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) atau Johor Darul Ta'zim II (JDT II) yang akan dihadapi mereka pada 29 November ini.

Tuesday, November 12, 2013

Tunku Ismail Sultan Ibrahim Sokong Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin


JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan sokongan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam kritikannya terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tunku Mahkota Johor itu berkata, Khairy sememangnya layak menyuarakan pendapatnya kerana selaku Menteri bertanggungjawab, beliau diberi mandat oleh kerajaan untuk mentadbir hala tuju sukan negara termasuk bola sepak.

"Selain itu, beliau (Khairy) juga membuat teguran dengan niat yang baik demi kemajuan sukan bola sepak tanah air," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan PBNJ di sini, semalam.

Hubungan Khairy dan FAM sebelum ini menjadi panas apabila secara terbuka mengkritik badan induk bola sepak negara atas keprihatinannya yang mahu melihat sukan tersebut maju ke depan sekali gus sebagai bukti beliau sayangkan sukan itu.

Mohd Nor Farhan Muhammad Membatalkan Hasrat Bersama Johor Darul Ta’zim (JDT)


PEMAIN tengah Kelantan Mohd Nor Farhan Muhammad tidak jadi untuk menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk Liga Malaysia musim depan.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) melalui satu kenyataan di sini hari ini berkata Mohd Nor Farhan membatalkan hasrat tersebut atas sebab-sebab peribadi dan juga keluarga.

Beliau pada awalnya merupakan antara barisan pemain yang telah menandatangani perjanjian untuk bermain bersama pasukan JDT.

“Oleh kerana polisi PBNJ yang hanya fokus kepada para pemain yang benar-benar ingin berbakti kepada pasukan merah biru; dengan ini, PBNJ ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Nor Farhan dengan pasukan pilihannya,” menurut kenyataan tersebut.

Saturday, November 9, 2013

Tunku Ismail mahu julang nama negara di peringkat Asia musim 2015


Johor Bahru: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam merungkai persoalan berhubung tindakan ‘memancing’ ramai pemain berkualiti menyertai Johor Darul Takzim (JDT) musim depan dengan menegaskan ia lebih terarah untuk memburu slot ke saingan Piala AFC musim 2015.

Ini bermakna JDT perlu memenangi Liga Super atau Piala FA musim depan seandainya mahu tiket beraksi dalam Piala AFC.

Tunku Ismail berkata, selepas berbincang dengan ketua jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez adalah wajar membariskan pemain yang berkualiti bagi memastikan pemain gantian yang beraksi menggantikan pemain utama setaraf dan bukan sekadar penumpang.

Thursday, November 7, 2013

JMF FC VS GABUNGAN JDT DAN SKUAD PIALA PRESIDEN JOHOR


PERLAWANAN LATIHAN JMF FC LWN GABUNGAN JDT DAN SKUAD PIALA PRESIDEN JOHOR.

TARIKH : 8hb NOVEMBER 2013
TEMPAT : PADANG SERI GELAM
MASA : 10.00

Tuesday, November 5, 2013

Tahniah Kepada Pasukan Pahang


Tahniah diucapkan kepada pasukan Pahang kerana berjaya menjulang Piala Malaysia pada tahun ini. Tahniah juga kepada YAM Tengku Muda Pahang yang selama ini amat prihatin dengan pembangunan bolasepak negeri Pahang.

Kepada pasukan Kelantan, teruskan usaha pada musim hadapan. Syabas juga saya ucapkan kepada para penyokong Pahang dan Kelantan kerana telah memenuhi stadium dan memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.

-DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. —