Pages

Sunday, November 24, 2013

JDT Umpama Manchester City


Johor Bahru: Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah berkata, sekiranya pasukan Johor Darul Takzim (JDT) gagal membawa pulang sebarang piala sepanjang musim 2014, beliau akan meletak jawatan sebagai presiden PBNJ.

Ia jelas membuktikan kesungguhan beliau mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak selatan tanah air selepas mendapatkan pemain terbaik Harimau Malaya untuk JDT musim 2013.

Antara pemain terbaik Malaysia menyarung jersi JDT tahun ini termasuklah Norshahrul Idlan Talaha; kapten Malaysia, Muhammad Safiq Rahim; Mohd Nurul Azwan Roya dan bekas penyerang terbaik kebangsaan, Safee Sali.


Tidak cukup dengan itu, pasukan JDT diperkuat beberapa pemain kebangsaan lain sebelum menandatangani pemain import berpengalaman luas di pentas antarabangsa seperti bekas penyerang Sepanyol, Daniel Guiza dan bekas pemain tengah Itali, Simone Del Nero.

Semua pemain import dan pemain Harimau Malaya yang beraksi bersama JDT bimbingan bekas penyerang Singapura, Fandi Ahmad, gagal membawa sebarang kejayaan kecuali naib johan Piala FA.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/

No comments:

Post a Comment