Pages

Saturday, November 30, 2013

Keputusan Perlawanan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) VS Harimau Muda


Keputusan perlawanan persahabatan antara Skuad B-23 Harimau Muda A VS JDT II sekadar seri 0-0 ketika aksi di Stadium Pasir Gudang, malam tadi.

Tanpa menurunkan enam pemain utama, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee memulakan rentak permainan perlahan apabila lebih menumpukan kepada pengawalan bola dan jarang membuat serangan pantas.

Kesempatan itu digunakan barisan bimbingan Azmi Mohamed untuk merobek gawang Harimau Muda A selepas mendapat sepakan percuma Mohd Azniee Taib seawal minit kesembilan yang gagal ditangkap kemas penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Namun, rembatan susulan Mohd Hairulnizam Hanif yang berjaya menjaringkan gol dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid.


Harimau Muda A yang sedar dengan kesungguhan skuad JDT II untuk mencipta jaringan awal hampir mencemaskan gawang tuan rumah pada minit ke-13 selepas bola sepakan percuma Wan Zaharulnizam Zakaria hanya mampu ditepis keluar penjaga gol, S Sasikumar.

Peluang terbaik Harimau Muda A mencipta jaringan hadir pada minit ke-21 selepas Nazmi Faiz Mansor bijak mengumpan bola tepat kepada Wan Zaharulnizam yang berjaya melepasi perangkap ofsaid, namun bola rembatan deras tatkala hanya berdepan dengan Sasikumar sekadar sipi dari gawang gol.

No comments:

Post a Comment