Pages

Wednesday, May 11, 2016

PERGERAKAN TMJ DIPANTAU CAWANGAN KHAS BUKIT AMAN?


Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim 'tidak faham' apabila mendakwa pergerakannya telah dipantau oleh Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.
Tunku Ismail mendakwa unit itu turut mempunyai fail berkaitan dirinya dan ayahandanya Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar. Saya tidak faham mengapa pergerakan saya dipantau oleh SB.

Saturday, May 7, 2016

KUASA NEGERI JOHOR



Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor.

Dengan segala perkara-perkara yang sedang berlaku dalam negara pada masa ini, ianya seperti menunjukkan sudah tiba masanya untuk menjelaskan kuasa yang telah termaktub dalam negeri Johor. Adakah anda fikir semua ini adalah satu kebetulan? Jawapannya adalah tidak. Rancangan untuk menggunakan 'Order' ini bermula sejak 1893 apabila Sultan Abu Bakar mempersembahkan ilham baginda di dalam satu persidangan 'World Fair' yang diadakan di Chicago. Sejarah penubuhan dewan negeri di Johor adalah satu fenomena permodenan negeri Johor yang dicetuskan oleh nenda saya Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1868.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 merupakan permulaan sistem raja berperlembagaan. Undang-undang ini telah melalui beberapa pindaan, kuasa perundangan masih dibawah Dewan Negeri dan tertakluk kepada perkenan Raja. Sejarah juga menyatakan bahawa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor telah dijadikan model dan rujukan dalam menggubal Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang lain, bermula dengan Kerajaan Negeri Terengganu 20 tahun kemudiannya.