Pages

Saturday, December 7, 2013

Tahniah! Safee Sali Nikah Gadis Indonesia 28 Disember ini

Kad Undangan Perkahwinan

Pemain bola sepak kebangsaan dan penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali memilih 28 Disember ini untuk menamatkan zaman duda.Pilihan hati Safee adalah gadis Indonesia dikenali sebagai Sasha.

Majlis perkahwinannya bakal dilangsungkan di Kg Dato Kamaruddin Tambahan, Bidor, Perak.Safee pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabarina Yusof pada 2007 namun berakhir dengan perceraian pada April 2012.

Bersama Sabarina, Safee dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Syaza Syaqina, 4 dan Nur Syasya Sofirna, 2. - Lapor Mynewshub

No comments:

Post a Comment