Pages

Wednesday, February 5, 2014

Perlawanan JDT dan T-Team Tidak Sepatutnya Dihentikan


JOHOR BAHRU - Perlawanan pusingan kedua Piala FA 2014 antara pasukan JDT dan T-Team di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin Sabtu lalu tidak sepatutnya dihentikan.

Ini kerana tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini, kata pemain T-Team, Irfan Abd Ghani, 25.

Irfan berkata, sewaktu di bilik persalinan beliau tidak melihat sebarang kecederaan dialami pemain import Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo yang kononnya dikasari pegawai pengurusan tertinggi JDT.

"Hampir semua pemain mahu meneruskan permainan tetapi pembantu jurulatih pasukan (T-Team) Azlan Johar membuat keputusan agar kami menghentikan permainan dan balik,” katanya kepada pemberita selepas memberi kenyataan bagi membantu siasatan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.


Menurutnya, Azlan berkata jika mereka meneruskan permainan dan menang sekalipun, mereka takkan dapat balik ke Terengganu.

Keselamatan pasukan itu tidak terjejas sedikitpun ketika itu, kata Irfan yang masih mempunyai kontrak bermain setahun bersama T-Team dan tidak diturunkan pada perlawanan itu.

Katanya, keputusan untuk tidak meneruskan permainan bukan dibuat ketua jurulatih Azraai Khor.

Pemain pertahanan yang berasal dari Johor itu menafikan beliau membuat kenyataan itu kerana membuat perjanjian dengan JDT.

"Tidak, saya tidak berjumpa dengan mana-mana pihak JDT. Saya lakukan ini kerana tidak mahu terlibat dalam pembohongan,” katanya yang sanggup menerima apa jua tindakan termasuk dibuang daripada pasukan kerana menegakkan kebenaran. - Bernama

No comments:

Post a Comment