Pages

Sunday, January 19, 2014

Jiminez belum mahu dabik dada


Pengendali Johor Darul Takzim (DT), Cesar Ferrando Jiminez lega dengan kemenangan pertama skuad bimbingannya selepas menewaskan Perak 2-0 pada aksi pertama saingan Liga Super di Stadium Larkin, kelmarin.

Gol dijaringkan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-38 dan pemain import Luciano Figueroa di penghujung babak kedua sudah memadai meraih tiga mata di laman sendiri.

Apa pun Jiminez tidak mahu mendabik dada sebaliknya menganggap banyak lagi kerja perlu dibuat bagi memastikan barisan pemain diturunkan sentiasa mantap.

“Saya bangga dengan komitmen pemain sepanjang 90 minit perlawanan dan kemenangan ini meningkatkan lagi moral pemain, namun saya akui masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki terutama aksi pada 30 minit pertama. Pemain seolah-olah belum dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan.

“Apa pun pada babak kedua, corak permainan pemain saya lebih tersusun sehingga menguasai keseluruhan perlawanan,” katanya.


Pada perlawanan itu, gerakan menarik yang dipamerkan menerusi sentuhan 'magis’ Pablo Aimar yang menjadi nadi utama di jentera tengah sentiasa mencemaskan kubu skuad Bos Gaurus.

“Saya perlu buat perubahan taktik dan akan memperbanyakkan latihan taktik 'set-piece’ dan paling utama memperbaiki segera kelemahan menjelang aksi menentang T-Team di Kuala Terengganu, Sabtu ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment