Pages

Thursday, January 16, 2014

Pasukan Perak Beri Amaran!


Pasukan Liga Super Perak memberi amaran kepada pasukan lain supaya jangan memandang rendah kebolehan mereka dalam mengharungi musim 2014. Walaupun dibarisi majoriti pemain baru dan muda, pasukan The Bos Gaurus yakin mampu melakukan kejutan terdapat pasukan elit. Mereka melaungkan amaran itu berikutan kenyataan seorang pengulas sukan terkenal tanahair, kononnya Perak bakal menjadi antara pasukan belasahan musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, kenyataan itu menjadi cabaran kepada para pemain untuk membuktikan apa yang dikatakan itu tidak benar. “Sebenarnya kenyataan itu membangkitkan lagi semangat pemain untuk bermain lebih baik,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutup sesi penerangan pegawai dan pemain di Ipoh hari ini.


Zainol yakin ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim akan melakukan yang terbaik untuk anak-anak buahnya menjelang sepak mula menentang JDT di gelanggang lawan Sabtu ini. Sementara itu, Setiausaha Kehormat PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaludin berkata, adalah tidak wajar kenyataan seumpama itu dikeluarkan oleh seorang pengulas sukan terkenal. “Siapa dia untuk membuat kenyataan itu, musim belum pun bermula. Soal belasahan atau tidak, bergantung kepada aksi di padang,” kata beliau "

Info Tiket
Tiket perlawanan Liga Super antara Johor Darul Ta'zim bertemu Perak berharga RM10 bagi terbuka dan RM30 berbumbung akan mula dijual jam 9 pagi Sabtu di kaunter tiket Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin.

Sumber : Perak News
             : Johor Fan Club

No comments:

Post a Comment