Pages

Thursday, January 9, 2014

Cesar Ferrando Jiminez berpuas hati dengan aksi Luciano Figueroa


Meskipun pemain import Johor Darul Takzim (DT), Luciano Figueroa gagal menjaringkan gol ketika menentang Pelita Bandung Raya yang berkesudahan seri 1-1, corak pemain dari Argentina itu nyata tidak mengecewakan.

Malah, jurulatih Cesar Ferrando Jiminez berpuas hati dengan aksi bekas pemain Panathinaikos itu yang mempamerkan kesungguhan dalam mengkucar-kacirkan benteng pertahanan kelab Indonesia itu. “Luciano memberikan persembahan terbaik malah dia memiliki tiga peluang menjaringkan gol, namun nasib tidak memihak kepadanya apabila bola yang sepatutnya menerjah jaring diselamatkan penjaga gol lawan. “Saya akan memperbaiki segera setiap kelemahan terutama di jentera serangan dan tidak kecewa dengan prestasi pemain pada aksi persahabatan itu, sebaliknya berpuas hati.


“Mereka beraksi mengikut arahan taktikal malah kita lihat penguasaan jelas milik pemain Johor DT yang memaksa lawan kerap berkampung di kawasan sendiri untuk menghalang setiap serangan,” kata Jiminez ketika ditemui di Stadium Larkin, kelmarin. Bekas pengurus Atletico Madrid dan Valencia itu menganggap kesebelasan utama yang diturunkan membuat ‘kerja’ seperti diarahkan selepas menguasai keseluruhan permainan.

“Aksi persahabatan seterusnya menentang kelab dari Singapura, Home United, Sabtu ini dan ia perlawanan penting sebelum saingan Liga Super bermula. Saya akan turunkan barisan terbaik nanti,” kata Jiminez.

No comments:

Post a Comment