Pages

Sunday, January 19, 2014

Southern Tigers Tunjuk Belang



Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak melepaskan peluang mencipta kemenangan pada aksi pertama Liga Super apabila menewaskan Perak 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam tadi.

Gol yang dijaringkan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-38 pada babak pertama dan Luciano Figueroa, pada penghujung babak kedua membolehkan Harimau Selatan mengutip tiga mata.

JDT mula mencemaskan Perak seawal minit keenam menerusi gerakan satu dua antara Pablo Aimar dan Figueroa, namun bola rembatan leret bekas pemain Benfica itu sedikit tersasar dari gawang gol.

Anak didik Abu Bakar Fadzim turut mempamerkan aksi menarik apabila hampir mencemaskan pintu gol tuan rumah pada minit ke-11 selepas berlaku kekalutan dalam kotak penalti JDT sebelum Mohd Noor Hazrul Mustafa merembat kencang tetapi berjaya ditangkap penjaga gol, Norazlan Razali.

No comments:

Post a Comment