Pages

Thursday, February 5, 2015

Johor Darul Takzim Layak Ke Pusingan Kedua Playoff ACL 2015

Imej kredit JOHOR Southern Tigers.com.my
Johor Darul Takzim (Johor DT) terus membuktikan kehebatan apabila berjaya melepasi pusingan pertama playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2015 selepas menewaskan juara Liga India, Bengaluru FC 2-1 pada perlawanan yang diheret sehingga ke masa tambahan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru.

Kejayaan tersebut menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak itu melakar sejarah baharu dengan menjadi pasukan pertama negara mara ke pusingan kedua playoff kempen ACL dan mereka dijadualkan berdepan kelab Thailand, Bangkok Glass FC pada 10 Februari ini di tempat lawan.

Pemain gantian, S. Chanturu muncul wira Harimau Selatan apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya selepas gol pendahuluan daripada Harris Harun pada babak pertama disamakan oleh kapten Bengaluru FC, Sunil Chhetri pada penghujung babak kedua.



No comments:

Post a Comment