Pages

Sunday, August 23, 2015

JOHOR Darul Takzim Juara Liga Super Musim 2015


JOHOR Darul Takzim (Johor DT) mengekalkan status mereka selaku gergasi bola sepak Malaysia selepas muncul juara Liga Super musim ini.

Skuad yang mendapat jolokan Harimau Selatan itu menamatkan kempen musim ini dengan mengumpul 46 mata untuk terus kekal meneraju kedudukan liga.

Walaupun skuad bimbingan Mario Gomez itu tewas 1-2 kepada Felda United pada aksi penutup tirai liga di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi, namun ia tidak menggugat kedudukan untuk bergelar juara ekoran kekalahan 1-3 pencabar terdekat, Pahang kepada Terengganu pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu.

Kekalahan tersebut menyaksikan Pahang kekal berada di tangga kedua dengan mengumpul 44 mata.

Bagi Johor DT, ini merupakan musim kedua mereka bergelar juara selepas melakukannya pada musim lalu.


No comments:

Post a Comment