Pages

Thursday, August 27, 2015

Lima Laluan Utama Di Negeri Johor Ditutup Sempena Hari Kebangsaan 2015



Lima laluan utama di daerah negeri Johor akan ditutup selama dua hari bermula Ahad bagi menjayakan sesi raptai penuh dan upacara perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri 2015.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, laluan itu adalah Jalan Skudai (Pantai Lido), Jalan Thompson/Jalan Sungai Chat, susur turun dari Lingkaran Dalam dan Persimpangan Lot One serta jalan menuju ke Hotel Thistle.

"Semua jalan ini akan ditutup mulai 6.30 hingga 11.30 pagi pada kedua-dua hari berkenaan," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.


Menurut Sulaiman, sebagai alternatif pengguna dari Skudai boleh menggunakan Jalan Tun Razak dan Jalan Lingkaran Dalam untuk ke pusat bandar.

"Untuk memarkir kenderaan, pengguna dibenarkan menggunakan jalan sepanjang Sungai Chat sehingga Mawar, Pusat Islam dan Masjid Sultan Abu Bakar manakala peserta perarakan pula boleh meletakkan kenderaan di Jalan Skudai (Pantai Lido menghala ke Danga Bay)," katanya.

Beliau berkata, perarakan Hari Kebangsaan kali ini bakal diadakan di Dataran Bandaraya Johor Baharu di sini dan disertai 112 kontijen berkereta.

Polis turut menugaskan seramai 209 anggota untuk mengawal keselamatan pada hari tersebut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment