Pages

Saturday, September 12, 2015

TMJ TIDAK BERMINAT MENJADI PRESIDEN FAM



Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bahawa baginda tidak berminat menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Menurut Tunku Ismail, sebab utama kepada sukarnya untuk menerima tanggungjawab sebagai ketua badan induk bola sepak negara itu adalah kerana semangat cintakan Johor yang tinggi.

"Kepada rakyat Johor dan Malaysia sekalian... bukan seperti sesetengah orang, saya tidak sesuai menjadi Presiden FAM. Ianya adalah kerana satu sebab, dan satu sebab saja. "Saya cintakan Johor, dan saya tentu sekali akan berat sebelah sekiranya terdapat sebarang isu berkaitan Johor. Oleh kerana konflik kepentingan sedemikian, saya bukanlah calon yang sesuai untuk menyandang jawatan itu.


"Kepada para penyokong Johor Darul Ta'zim sekalian, saya mohon maaf, tetapi nampaknya anda kenalah mengadap wajah saya ini beberapa lama lagi. Saya minta maaf," katanya. Tunku Ismail turut menjelaskan bahawa kepemimpinan yang berada dalam FAM ketika ini adalah mereka yang diundi oleh ahli-ahli lain. Kebanyakan daripada mereka dakwa beliau berada di sana demi sebab-sebab tertentu, dan bukannya untuk memartabatkan bola sepak.

"Macam mana saya hendak bekerja dalam keadaan begitu? Di Johor, contohnya, saya mempunyai kawalan sepenuhnya dari peringkat tertinggi sehingga bawahan. "Di FAM, saya mungkin duduk semeja dengan mereka yang tidak boleh bekerjasama, dan saya tidak boleh menggugurkan mereka kerana mereka dipilih melalui undian," katanya. Dalam kenyataannya yang dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Johor Darul Takzim, Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail turut berkongsi cadangan bagi menaiktaraf bola sepak negara. Antaranya kata beliau termasuk menarik minat individu berpengetahuan dan bersemangat positif untuk berkhidmat dengan baik bukan sekadar dalam organisasi FAM, tetapi juga kepada ahli-ahli gabungan yang lain. Selain itu, kata Tunku Ismail adalah memartabatkan pertandingan dalam bola sepak Malaysia di semua peringkat serta pembangunan akar umbi dan pembangunan infrastruktur berkaitan bola sepak yang lebih giat.

No comments:

Post a Comment