Pages

Tuesday, September 29, 2015

Johor Dt Masih Berpeluang


Tanpa kelibat penyerang Luciano Figueroa buat kedua-dua perlawnan separuh akhir tersebut, JDT ternyata tumpul di jentera serangan.

Dalam 30 minit pertama, benteng pertahanan skuad Harimau Selatan menjalankan tugas masing-masing dengan disiplin untuk menghalang pemain Qadsia daripada memecahkan kebuntuan.

Penyerang pasukan rumah Doris Fuakumputu kerap mencemari pintu gol JDT dan hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi tanndukan sepakan sudut tetapi ia gagal melepasi kapten JDT Safiq Rahim di tiang gol.


Kemudian, Doris sekali lagi mendapat peluang menerusi kesilapan benteng pertahanan untuk menanduk bola ke arah pintu gagal tetapi hanya mampu menggegarkan tiang gol.

Sepakan sudut ketiga dalam 4 minit membuahkan hasil buat Qadsia, kali ini menerusi kesilapan Gary Steven Robbat yang gagal mempertahankan Doris daripada menanduk bola ke dalam gawang.

Lima minit kemudian, pemain Qadsia mula menemui rentak dan mempamerkan pergerakan licik serta hantaran kemas sebelum mencabar penjaga gol Mohd Izham Tarmizi tetapi peluang gagal dimanfaatkan.

Pada minit ke-40, asakan pertahanan Aidil Zafuan memaksa pengadil memberi sepakan penalti kepada pasukan rumah yang disempurnakan kapten Bader Al-Mutawa.

Bersambung babak kedua, pasukan Kuwait mengambil kesempatan ke atas keruntuhan benteng pertahanan JDT pada minit ke-57 menerusi Seydouba Soumah yang melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti yang mudah melepasi Izham Tarmizi buat kali ketiga.

Perlawanan terus berpihak Qadsia namun penyerang Amri Yahya menyalakan semula harapan JDT menerusi percubaan jauh yang melepasi penjaga gol hmed Al Fahdli yang berada di luar posisinya.

Semestinya, JDT mengharapkan perlawanan kedua di halaman sendiri mampu memberi suntikan semangat kepada pasukan yang sudahpun membuktikan kualiti mereka di pentas Asia.

No comments:

Post a Comment