Pages

Monday, September 19, 2016

Gomez Mahu JDT Elak Lakukan Kesilapan



Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Mario Gomez mengingatkan pemainnya supaya tidak melakukan kesilapan yang boleh membawa padah terutama pada awal permainan apabila berdepan South China FC dari Hong Kong pada aksi suku akhir kedua Piala AFC, di di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos di Larkin, malam esok.

JDT selaku juara bertahan, seri 1-1 pada suku akhir pertama di Stadium Mongkok, Hong Kong, Selasa lepas, setelah South China bangkit daripada ketinggalan untuk menyamakan kedudukan selepas pemain import dari Argentina Jorge Pereyra Diaz meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-22.


Keputusan seri tanpa jaringan atau kemenangan 1-0 pada suku akhir kedua di Larkin esok sudah cukup buat JDT untuk mara ke peringkat separuh akhir. "Bagi kami, apa paling penting untuk memastikan pemain tidak melakukan kesilapan mudah pada lima minit pertama permainan atau dalam kawasan kotak penalti. Kita perlu berhati-hati kerana ia perlawanan penting. "Kita perlu berusaha keras, menggunakan mentaliti dan taktik yang sama seperti dalam saingan Liga Super," kata Gomez.

Sementara itu, ketua jurulatih South China Jose Rambo menegaskan bahawa beliau akan menggunakan apa yang ada untuk memenangi perlawanan tersebut. "Kami sedar lawan kami mempunyai barisan pemain yang mantap dan kita perlu berhati-hati dengan pergerakan mereka. Apa pun, kita tidak gentar berdepan sesiapa pun," katanya. - BERNAMA

1 comment:

  1. Lucky 8 Casino, Reno, NV Jobs | KTM Hub
    › lucky-8-casino- › lucky-8-casino- Lucky 8 Casino, 시흥 출장마사지 Reno, NV 충주 출장안마 Jobs | KTM Hub · Visit our job page for details on hiring 서산 출장안마 and/or 논산 출장안마 apply! 거제 출장안마 · Search the jobs to find in a job at Lucky 8 Casino.

    ReplyDelete