Pages

Tuesday, September 20, 2016

JDT Mara Ke Separuh Akhir Piala AFC



Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan untuk mara ke separuh akhir Piala AFC selepas menewaskan kelab Hong Kong, South China, dengan agregat 3-2 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam ini.

Berbekalkan keputusan seri 1-1 di tempat lawan, situasi itu menjadi pembakar semangat buat juara bertahan, JDT, untuk melakar kejayaan di laman sendiri.

Namun, percubaan berbahaya hanya muncul pada minit ke-32 menerusi Azamuddin Akil, namun percubaan cantiknya dari jarak 25 meter hanya singgah di palang gol South China.

Selepas kedudukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama, aksi lebih rancak berlangsung pada baki 45 minit seterusnya.

Pada minit ke-50, JDT memperolehi peluang meledak gol pertama apabila dihadiahkan sepakan penalti, malangnya sepakan Safiq Rahim ditampan penjaga gol lawan, Sang Man Fai.

Lapan minit kemudian, gol tuan rumah menjelma menerusi pemain import, Juan Martin Lucero.


Jorge Pereyra Diaz melengkapkan malam gemilang JDT menerusi gol kedua pada minit ke-88, hasil sepakan penjuru Safiq.

Bagaimanapun, South China berjaya memperolehi gol sagu hati menerusi Nikola Komazec tetapi sudahpun terlambat untuk menghalang kemaraan JDT ke separuh akhir.

 JDT seterusnya bakal membuat perhitungan dengan pemenang suku akhir di antara Tampines Rovers dan Bengaluru FC, yang berlangsung malam esok (Rabu). Bengaluru menang suku akhir pertama 1-0 di laman sendiri.

Perlawanan pertama separuh akhir bakal berlangsung pada 28 September manakala aksi timbal balik pada 19 Oktober.

Kredit imej: JOHOR Southern Tigers

No comments:

Post a Comment