Saturday, February 13, 2016
JDT JUARA PIALA SUMBANGSIH 2016
Ramuan perisai skuad The Red Giant ternyata masih ampuh untuk menahan terkaman Harimau Selatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.
Pada aksi sepak mula Liga Super 2016 itu menyaksikan pasukan tuan rumah lebih rancak menghantar serangan ke kawasan Selangor.
Perancangan JDT dilihat begitu menarik perhatian penonton dengan pergerakan dan hantaran kemas antara pemain seawal separuh masa pertama.
Saturday, January 16, 2016
Syarikat terkenal Thailand minat taja JDT
Juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menjadi jenama global, sekali gus melangkah setapak lagi ke peringkat antarabangsa selepas berjaya menarik minat tajaan daripada sebuah syarikat terkenal di Thailand. Perkhabaran baharu itu diumumkan menerusi akaun rasmi Facebook skuad Harimau Selatan iaitu Johor Southern Tigers (JST), sebentar tadi.
Klip video JDT tarik 2 Juta penonton
Klip video bertaraf dunia yang dihasilkan oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi mempromosi jersi baharu mereka jenama Adidas itu, melakar sejarah luar biasa dalam perkembangan bola sepak negara.
Video yang pertama kali dihasilkan oleh pasukan atau kelab bola sepak di tanah air kita ini, mendapat perhatian ramai sama ada di dalam dan luar negara sejak disiarkan malam tadi menerusi akaun rasmi Facebook JDT, Johor Southern Tigers (JST). Pemeriksaan di laman sosial itu mendapati ia sudah ditonton lebih
Sunday, January 10, 2016
Sultan Johor berkenan sumbang RM50 juta kepada JDT
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM50 juta kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).
Menurut laman Facebook rasmi pasukan JDT, JOHOR Southern Tigers, hari ini, Sultan Johor berkenan memberi kurniaan itu kerana baginda berasa gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan penting menyatupadukan Bangsa Johor serta mengharumkan nama Johor di persada dunia.
"Selain keprihatinan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, dalam pembangunan negeri Johor, amal kebajikan, zakat dan waqaf, serta yayasan-yayasan yang dinaungi, baginda berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM50 juta kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim," menurut laman berkenaan.
Monday, November 2, 2015
TM PIALA MALAYSIA 2015 | JOHOR DARUL TA'ZIM II mln KEDAH
Ayuh saksikan pertembungan perlawanan bola sepak antara pasukan Johor Darul Ta'zim dan Kedah dalam saingan merebut kejuaraan TM Piala Malaysia 2015 yang akan berlangsung pada hari Rabu ini, 4hb November 2015. Perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada jam 8.45 malam.
Jangan lepaskan peluang untuk turut sama memberikan sokongan dan menyaksikan perlawanan tersebut. Luaskan Kuasamu Johor.
Sunday, November 1, 2015
Sambutan Istimewa Untuk Wira JDT– Sultan Johor
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah satu sambutan khas akan diadakan untuk menyambut kejayaan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) selepas berjaya mengharumkan nama negara dan Johor khususnya dengan merangkul kejuaraan Piala AFC 2015 di Dushanbe, Tajikistan.
“Kami akan memberikan sambutan istimewa untuk seluruh barisan JDT pada saat kepulangan kamu nanti kerana kamu layak menerima yang terbaik.”
Saturday, October 31, 2015
Johor Darul Takzim FC Juara Piala AFC 2015!
Johor Darul Takzim (JDT) melakar sejarah baru dalam arena bola sepak Asia Tenggara apabila merangkul kejuaraan Piala AFC selepas menundukkan wakil Tajikistan, FC Istiklol 1-0 di Stadium Central Republican, Dushanbe.
Menjelang aksi final, penggegar utma Luciano Figueroa diberi peluang 50-50 untuk diturunkan namun pemain Argentina itu membuat penampilan dalam percaturan Mario Gomez sebagai pemain kesebelasan utama.
Safiq yang tampak mengalir dengan keyakinan sepanjang perlawanan melaungkan amaran awal menerusi percubaan luar kotak penalti dalam 25 saat pertama.
Seperti yang dijangkakan, FC Istiklol mula bertindak balas dan hampir membuka tirai jaringan namun pertahanan Aidil Zafuan menyelamatkan bola di garisan gol sekaligus mengekalkan keputusan 0-0.
Seterusnya, sepakan sudut pasukan Tajikistan dilihat membuahkan hasil pada minit ke-13 menerusi Khurshed Makhmudov tetapi pengadil telahpun meniup wisel sebelum bola melepasi pintu gol JDT.
Tentunya rakyat Malaysia bersorak apabila skuad Harimau Selatan memecah kebuntuan pada minit ke 22 menerusi sepakan sudut Safiq rahim yang disudahkan pemain tengah Argentina, Leandro Velazquez.
Bersambung babak kedua, tuah menyebelahi JDT sekali lagi apabila pengadil memutuskan gol penyamaan pemain Istiklol, Manuchekhr Dzhalilov dikira ofsaid pada minit ke-50.
Demi mempertahankan pendahuluan 1-0, Mario Gomez ambil keputusan menukarkan Safee Sali dengan Mahali Jasuli pada minit ke-59 susulan aksi yang kurang menjadi dalam perlawnan yang amat berprestij.
Penjaga gol, Farizal Marlias mempamerkan aksi wira ketika JDT dalam kecemasan pada minit ke-72. Sebaik sahaja mengecewakan percubaan kencang Manolo Bleda, Farizal turut menepis keluar percubaan kedua penyerang Sepanyol itu dalam kotak penalti.
Sukar untuk mempercayai, tuah menyebelahi JDT buat kali ketiga apabil percubaan Romish Jalilov diberikan keputusan ofsaid sekali gus mencetuskan perasaan marah daripada pemain-pemain Istiklol.
Keputusan perlawanan kekal 1-0 hingga wisel terakhir sekali gus menjadikan Johor Darul Ta'zim sebagai pasukan Malaysia pertama yang menjulang Piala AFC.
Rekod Istiklol di Dushanbe akhirnya dileburkan setelah melakar rekod tanpa kalah sejak perlawanan kedua Piala AFC. Sehubungan itu, Istiklol juga mempunyai rekod 14 kemenangan, 1 seri dalam 15 perlawanan yang diiringi 53 gol dalam saingan liga domestik.
Subscribe to:
Posts (Atom)






