Pages

Saturday, January 16, 2016

Klip video JDT tarik 2 Juta penonton


Klip video bertaraf dunia yang dihasilkan oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi mempromosi jersi baharu mereka jenama Adidas itu, melakar sejarah luar biasa dalam perkembangan bola sepak negara.

Video yang pertama kali dihasilkan oleh pasukan atau kelab bola sepak di tanah air kita ini, mendapat perhatian ramai sama ada di dalam dan luar negara sejak disiarkan malam tadi menerusi akaun rasmi Facebook JDT, Johor Southern Tigers (JST). Pemeriksaan di laman sosial itu mendapati ia sudah ditonton lebih


2 juta pengunjung, selepas kira-kira 15 jam tersiar, sekali gus mencipta satu fenomena yang belum pernah berlaku di negara ini. Dan setakat jam 12.30 tengah hari tadi pula, video terbabit sudah dikongsi lebih 46,000 kali dan mendapat kira-kira 6,000 komen dari pengunjung serta disukai hampir 64,000 pengguna Facebook.

Rata-rata pengunjung laman sosial ini melahirkan rasa kagum dan seronok menonton video itu kerana kaedah promosinya dilihat setanding dengan kelab bola sepak antarabangsa yang pernah disiarkan sebelum ini. Video berdurasi selama tiga minit tujuh saat itu menampilkan barisan pemain pasukan JDT dan pengendali mereka, Mario Gomez selain kemunculan khas pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

JERSI JDT 2016
JERSI KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM 2016-----2016 JOHOR DARUL TA'ZIM FOOTBALL CLUB JERSEYHidup Johor Demi Johor#BerjuangBersamaKami
Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, January 16, 2016
Video terbabit menampilkan pemain skuad Harimau Selatan yang menunjukkan pelbagai aksi menarik di sekitar ruang menunggu di lapangan terbang dan di landasan berlepas kapal terbang.

Di penghujung video terbabit, penyokong dapat menyaksikan 'wajah sebenar' jersi pasukan JDT yang bakal digunakan oleh barisan juara berganda Liga Super itu untuk mengharungi saingan liga musim ini. Jersi baharu yang ditaja jenama antarabangsa Adidas itu, boleh didapati dalam tiga warna iaitu biru, merah dan putih sempena mengambil warna bendera Johor dilihat begitu menarik. Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ),

Datuk Ismail Karim berkata, laman web itu mencatat sejarah tersendiri apabila video promosi jersi baharu itu mencecah sehingga 4 juta 'cecah' dan sudah ditonton lebih 1.2 juta orang. "Jadi, ini sekali gus menunjukkan populariti JDT kini berada pada tahap lebih jauh meninggalkan pesaing yang lain" katanya.

Pelancaran jersi baharu pasukan JDT itu diadakan di Dataran Bandaraya, Johor Bahru, malam tadi dan dimeriahkan dengan kehadiran lebih 8,000 penyokong setia JDT.

No comments:

Post a Comment