Pages

Sunday, November 1, 2015

Sambutan Istimewa Untuk Wira ‪JDT‬– Sultan Johor



JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah satu sambutan khas akan diadakan untuk menyambut kejayaan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) selepas berjaya mengharumkan nama negara dan Johor khususnya dengan merangkul kejuaraan Piala AFC 2015 di Dushanbe, Tajikistan.

“Kami akan memberikan sambutan istimewa untuk seluruh barisan JDT pada saat kepulangan kamu nanti kerana kamu layak menerima yang terbaik.”


“Saya berterima kasih kepada JDT kerana telah mengharumkan nama Johor ke persada dunia.”

Di dalam laman sosial Facebook rasmi miliknya, baginda juga bertitah rakyat Johor amat berbangga dengan kejayaan pasukan tersebut menundukkan Istiklol FC, 1-0.

“Tahniah Johor Darul Ta’zim! (JDT). Anda telah menempa sejarah dengan memenangi Piala Asian Football Confederation dan kami semua amat berbangga dengan kejayaan kamu.”

“Ini adalah saat yang sarat dengan emosi dan kegembiraan bagi kami yang berada di Dushanbe untuk memberikan sokongan kami kepada JDT, begitu juga pada seluruh rakyat Johor yang menyaksikan perlawanan akhir Piala AFC di kaca TV” titahnya.

Sumber: http://www.johortimes.my/2015/11/sambutan-istimewa-untuk-wira-jdt-sultan-johor/

No comments:

Post a Comment