Pages

Saturday, February 1, 2014

Misi balas dendam Harimau Selatan - FA Cup

Suasana di Stadium Larkin Johor DT vs T-Team, 8.45pm, Stadium Larkin.
TIADA pilihan lain. Johor Darul Ta'zim (JDT) perlu mencipta kemenangan pada pusingan kedua saingan kalah mati Piala FA menentang T-Team di Larkin, malam ini.

Andai kecundang, impian Harimau Selatan memburu slot ke saingan Piala AFC 2015 terkubur perlahan-lahan kerana selepas ini mereka perlu bekerja keras untuk menjuarai kempen Liga Super sekiranya mahu terus menyalakan impian mewakili Malaysia di peringkat Asia.

Menjelang pertemuan malam nanti, JDT yang dibarisi pemain bintang perlu bijak menggunakan peluang dan memburu gol awal sebagai jaminan di babak kedua.

Kekalahan 0-1 kepada lawan sama pada saingan Liga Super 25 Januari lalu perlu dijadikan pedoman untuk tidak melakukan kesilapan sama.


Berbanding The Titans, kali ini kelebihan lebih berpihak kepada JDT berdasarkan faktor beraksi di laman sendiri.

Motivasi untuk mengalahkan kelab dari Terengganu itu juga cukup tinggi memandangkan JDT turun dengan misi membalas dendam.

Gandingan Pablo Aimar dan Safiq Rahim di bahagian tengah dan ketajaman penyudah Luciano Figueroa amat ditagih bagi memastikan survival JDT berterusan bagi kempen kali ini.

Sementara itu di kem T-Team, pengendalinya Mohd Azraai Khor Abdullah tetap tenang dan menyatakan anak buahnya sudah melakukan persiapan rapi bagi berdepan ancaman tuan rumah.

Patrick Wanggai yang meledak gol kemenangan minggu lalu bersama dua lagi import, Fabio Flor dan Evaldo Rodrigues berpeluang disenaraikan dalam kesebelasan utama The Titans.

Apa pun, perlawanan malam ini pasti menjanjikan aksi menarik kedua-dua pasukan.

No comments:

Post a Comment