Pages

Saturday, April 23, 2016

TMJ Intai Peluang Beli Kelab AC Milan


JOHOR BAHRU: Tumpuan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam memperkasakan Johor Darul Takzim (JDT) sebagai pasukan yang digeruni di arena bola sepak Asia dapat dilihat terutama dengan kemudahan latihan sebanyak RM15 juta dan rancangan untuk membina stadium baharu dengan 40,000 tempat duduk.

Bagaimanapun, Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik pasukan JDT mahu pergi lebih jauh. Tunku Ismail berkata, terdapat rancangan untuk membeli kelab Serie A Itali, AC Milan.

Tunku Ismail berkata: “Saya merancang untuk membeli AC Milan tetapi kita lihat macam mana nanti. Saya suka Milan dan saya sentiasa menyukai kelab-kelab Itali sejak kecil… tumpuan sentiasa pada JDT tetapi sekiranya saya boleh beli sebuah kelab bola sepak di Eropah, ia akan menjadi AC Milan.


Tambah Tunku Ismail, ia dalam peringkat kajian dan perbincangan buat masa ini. AC Milan dimiliki oleh bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, memberi isyarat untuk menjual kelab berkenaan.
Tunku Ismail berkata, kedua-dua pasukan akan bekerjasama sekiranya perjanjian dilakukan. Menurut Tunku Ismail: “kita amat berharap dapat menghubungkan Milan dan JDT pada masa akan datang. Siapa tahu…”

“Dan ia akan menjadi kolaborasi secara langsung, bukan sekadar kolaborasi kecil. Ia akan dilakukan secara langsung.”

No comments:

Post a Comment