Pages

Monday, November 2, 2015

TM PIALA MALAYSIA 2015 | JOHOR DARUL TA'ZIM II mln KEDAH



Ayuh saksikan pertembungan perlawanan bola sepak antara pasukan Johor Darul Ta'zim dan Kedah dalam saingan merebut kejuaraan TM Piala Malaysia 2015 yang akan berlangsung pada hari Rabu ini, 4hb November 2015. Perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada jam 8.45 malam.

Jangan lepaskan peluang untuk turut sama memberikan sokongan dan menyaksikan perlawanan tersebut. Luaskan Kuasamu Johor.

Sunday, November 1, 2015

Sambutan Istimewa Untuk Wira ‪JDT‬– Sultan Johor



JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah satu sambutan khas akan diadakan untuk menyambut kejayaan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) selepas berjaya mengharumkan nama negara dan Johor khususnya dengan merangkul kejuaraan Piala AFC 2015 di Dushanbe, Tajikistan.

“Kami akan memberikan sambutan istimewa untuk seluruh barisan JDT pada saat kepulangan kamu nanti kerana kamu layak menerima yang terbaik.”

Saturday, October 31, 2015

Johor Darul Takzim FC Juara Piala AFC 2015!



Johor Darul Takzim (JDT) melakar sejarah baru dalam arena bola sepak Asia Tenggara apabila merangkul kejuaraan Piala AFC selepas menundukkan wakil Tajikistan, FC Istiklol 1-0 di Stadium Central Republican, Dushanbe.

Menjelang aksi final, penggegar utma Luciano Figueroa diberi peluang 50-50 untuk diturunkan namun pemain Argentina itu membuat penampilan dalam percaturan Mario Gomez sebagai pemain kesebelasan utama.

Safiq yang tampak mengalir dengan keyakinan sepanjang perlawanan melaungkan amaran awal menerusi percubaan luar kotak penalti dalam 25 saat pertama.


Seperti yang dijangkakan, FC Istiklol mula bertindak balas dan hampir membuka tirai jaringan namun pertahanan Aidil Zafuan menyelamatkan bola di garisan gol sekaligus mengekalkan keputusan 0-0.

Seterusnya, sepakan sudut pasukan Tajikistan dilihat membuahkan hasil pada minit ke-13 menerusi Khurshed Makhmudov tetapi pengadil telahpun meniup wisel sebelum bola melepasi pintu gol JDT.

Tentunya rakyat Malaysia bersorak apabila skuad Harimau Selatan memecah kebuntuan pada minit ke 22 menerusi sepakan sudut Safiq rahim yang disudahkan pemain tengah Argentina, Leandro Velazquez.


Bersambung babak kedua, tuah menyebelahi JDT sekali lagi apabila pengadil memutuskan gol penyamaan pemain Istiklol, Manuchekhr Dzhalilov dikira ofsaid pada minit ke-50.

Demi mempertahankan pendahuluan 1-0, Mario Gomez ambil keputusan menukarkan Safee Sali dengan Mahali Jasuli pada minit ke-59 susulan aksi yang kurang menjadi dalam perlawnan yang amat berprestij.

Penjaga gol, Farizal Marlias mempamerkan aksi wira ketika JDT dalam kecemasan pada minit ke-72. Sebaik sahaja mengecewakan percubaan kencang Manolo Bleda, Farizal turut menepis keluar percubaan kedua penyerang Sepanyol itu dalam kotak penalti.

Sukar untuk mempercayai, tuah menyebelahi JDT buat kali ketiga apabil percubaan Romish Jalilov diberikan keputusan ofsaid sekali gus mencetuskan perasaan marah daripada pemain-pemain Istiklol.

Keputusan perlawanan kekal 1-0 hingga wisel terakhir sekali gus menjadikan Johor Darul Ta'zim sebagai pasukan Malaysia pertama yang menjulang Piala AFC.

Rekod Istiklol di Dushanbe akhirnya dileburkan setelah melakar rekod tanpa kalah sejak perlawanan kedua Piala AFC. Sehubungan itu, Istiklol juga mempunyai rekod 14 kemenangan, 1 seri dalam 15 perlawanan yang diiringi 53 gol dalam saingan liga domestik.

CUTI PERISTIWA SEKIRANYA JOHOR DARUL TA'ZIM MENANG PIALA AFC 2015



Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari esok, Ahad 1hb November 2015 sebagai cuti khas peristiwa untuk seluruh negeri Johor sekiranya kemenangan berpihak kepada pasukan Johor Darul Ta'zim pada perlawanan akhir Piala AFC menentang FC Istiklol hari ini.

Perlawanan yang dijadualkan pada jam 5.00 petang waktu tempatan di Stadium Central Republican, Dushanbe Tajikistan ini juga merupakan satu kejayaan buat JDT apabila berjaya mara hingga ke peringkat akhir dan pastinya lebih manis seandainya dapat membawa pulang piala tersebut ke Johor. Bersama-sama kita mendoakan kejayaan dan kemenangan berpihak kepada Johor Darul Ta'zim.
YB Dato' Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor

Wednesday, October 28, 2015

Mario Gomez Yakin JDT Mampu Berikan Saingan Sengit


Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez yakin anak buahnya mampu memberikan saingan sengit dalam perlawanan akhir Piala AFC menentang pasukan tuan rumah FC Istiklol di Dushanbe, Tajikistan Sabtu ini.

Meskipun terpaksa bertungkus-lumus mempersiapkan diri untuk perlawanan akhir itu selain saingan Piala Malaysia, namun pengendali dari Argentina ini percaya skuad Harimau Selatan sudah bersiap sedia untuk memberikan aksi yang terbaik, sekali gus merangkul piala berprestij berkenaan.
“Tinggal dua hari untuk menjalani latihan dan kami sudah bersedia. Tumpuan sekarang untuk menjulang Piala AFC,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, di sini semalam.

JDT mencipta sejarah menjadi pasukan negara pertama layak ke perlawanan akhir Piala AFC sejak diperkenalkan pada 2004. JDT dan FC Istiklol layak secara automatik selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) pada 25 September lalu.

Thursday, October 15, 2015

Sultan Johor Miliki “Trak Istana” Termahal Di Dunia



AUSTRALIA: Sebuah trak Mack yang termahal di dunia telah diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam lawatan baginda ke Brisbane.

Ditebak tentang harga, trak yang mengambil masa setahun untuk disiapkan tersebut telah memecahkan rekod harga sebelum ini yang berjumlah $ 481,000 dolar Australia.

Sultan Johor cukup berpuas hati dan gembira dengan hasil akhir kenderaan tersebut.

“Saya sentiasa menghargai kemahiran kejuruteraan di Australia dan telah mengumpul beberapa kereta Holden sebelum ini,”

“Saya tidak sabar untuk menunjukkan mutu kerja kepada rakyat Johor sebaik sahaja Super-Liner ini tiba nanti” katanya.

Antara ciri-ciri trak tersebut adalah enam kamera CCT, dua skrin TV, ruang dapur, tempat barbeku, katil dua tingkat dan kerusi yang dijahit dengan 72, 000 jahitan benang emas.

Ia juga mempunyai hud emas harimau perhiasan yang dipasang dihadapan kenderaan tersebut.

Baginda juga berkata, pemanduan pertama baginda adalah di sebuah majlis larian amal yang akan diadakan pada hujung bulan ini.

Sumber: http://www.johortimes.my/2015/10/sultan-johor-miliki-trak-istana-termahal-di-dunia/

Sunday, October 4, 2015

PERLAWANAN TM PIALA MALAYSIA 2015 ANTARA PERAK DAN JDT DITUNDA KE TARIKH LAIN