Ikuti pandangan sebahagian Bangsa Johor berkenaan isu semasa mengenai teguran DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkaitan sistem politik masakini.
Mohd Roy Fadzli Bin Jamil
DYAM Tunku Mahkota Johor adalah perantaraan antara pemimpin dan rakyat. Datuk Seri Nazri Aziz tidak berhak menghalang baginda dari memberi teguran terhadap apa yang dilihat oleh baginda tentang senario politik masakini.
Francis Liew
- Saya menyokong tindakan DYAM Tunku Mahkota Johor menegur mengenai sistem politik semasa yang semakin teruk. Sepatutnya negara kita mengutamakan rakyat dalam segala segi, menteri sepatutnya bekerja untuk rakyat dan bukan sebaliknya. Teguran baginda adalah tepat pada masanya.
Lim Poo Chu
- Datuk Seri Nazri Aziz tidak sepatutnya berlaku biadap terhadap seorang kerabat raja yang juga merupakan pewaris takhta kerajaan negeri Johor. Saya mahu dia meminta maaf atas perbuatan tersebut.
Sudhakar A/L Subbaiah
- Tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mengeluarkan kenyataan supaya DYAM Tunku Mahkota Johor agar tidak masuk campur urusan politik negara adalah seumpama tindakan orang penakut. Pada saya, tidak ada salahnya pun seorang pemerintah menegur mana-mana yang dirasakan perlu demi masa depan negara.
BANGSA JOHOR BERSATU DEMI JOHORIkuti pandangan sebahagian Bangsa Johor berkenaan isu semasa mengenai teguran DYAM...
Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, June 13, 2015
No comments:
Post a Comment