Pages

Wednesday, August 13, 2014

SOUND SYSTEM : Kejutan Buat Peminat


Buat pertama kalinya ultras kita akan membuat kejutan dengan memasang alat pembesar suara di hadapan curva nord mereka sekaligus memecah rekod ultras di malaysia.... laungan AYUH JOHOR! pasti menggegarkan stadium kita malam ini.

Rekod cemerlang ke atas Kelantan musim ini menjadi sandaran Bojan Hodak


Johor Bahru: Rekod cemerlang ke atas Kelantan musim ini harus menjadi sandaran Bojan Hodak tatkala persiapannya membentuk pasukan mantap menghadapi bekas pasukannya itu pada perlawanan pembuka tirai Kumpulan C di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin malam ini, terjejas.

Pengendali dari Croatia itu mengakui pening membentuk barisan mantap kerana pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan penggantungan dan kecederaan selain kelibat lapan pemain kebangsaan hanya memulakan latihan dua hari lalu.

“Mohd Amri Yahyah terpaksa diketepikan untuk dua perlawanan selepas mengumpul enam kad kuning manakala Luciano Figueroa digantung satu perlawanan.

Pemain kebangsaan yang baru pulang dari Tajiskistan hanya dapat dikumpulkan dua hari lalu.

Friday, August 8, 2014

KHIDMAT ETO'O TIDAK DIPERLUKAN


"KHIDMAT ETO'O TIDAK DIPERLUKAN"

"Sebelum ini kita memang ada berbincang untuk mendapatkan khidmat Samuel Eto’O dan beliau sendiri ada menunjukkan minat untuk datang ke Johor.Saya tidak nafikan dia pemain yang bagus tetapi ia bercanggah dengan polisi baharu PBNJ yang inginkan pemain lebih muda. Jadi, kita tidak jadi untuk meneruskan rancangan ini"

~ DYAM Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Siaran Langsung Perlawanan Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2014



LIVE di ASTRO Arena untuk aksi kedua-dua pasukan melibatkan JDT dan JDT II didalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan Piala Malaysia.

 Ayuh JOHOREAN , kepada yang berkesempatan, turun ke stadium untuk berikan sokongan yang padu kepada kedua-dua pasukan kita.

Tuesday, February 18, 2014

Johor DT Layak Ke Separuh Akhir Piala FA Dengan Agregat 5-1



JDT yang tampil dengan kelebihan dua gol hasil bekalan saingan suku akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sebelum ini, nyata memanfaatkan kunjungan ke Stadium Darul Aman, malam tadi apabila corak permainan serangan ditampilkan berjaya mengekang kemaraan skuad tuan rumah.

Hasilnya, JDT selaku pasukan naib juara Piala FA musim lalu, berjaya membenam skuad tuan rumah 2-0, sekali gus layak ke separuh akhir dengan agregat 5-1.

Gol pertama JDT dihasilkan melalui hantaran Khairol Helmi pada minit ke-62 yang kemudian disambung gerakan cantik Norshahrul Idlan Talaha untuk melepasi kawalan penjaga gol Kedah, Saiful Amar.

Gol kedua pula diperoleh hasil rembatan pemain gantian Safee Sali yang menerima hantaran cantik Mohd Amri Yahyah pada minit ke-85.

Saturday, February 15, 2014

Keputusan Penuh Perlawanan Johor DT 4 - 1 Selangor

Peminat JDT  seawal 7.15 pagi tadi, di stadium Larkin
Keputusan penuh perlawanan

Johor Darul Ta'zim 4 - 1 Selangor

11'BAIHAKKI
33'HARRIS HARUN
52'LUCIANO
58'FADHLI
PENALTI 67' PAULO RANGEL



Kesebelasan utama beraksi.

JOHOR DARUL TA'ZIM

BAIHAKKI KHAIZAN ( C), ASRARUDDIN PUTRA OMAR, NURSHARUL IDLAN TALAHA, NURUL AZWAN ROYA, HARRIS HARUN, MOHD SHAKIR SHAARI, AMRI YAHYAH, MAHALI JASULI, LUCIANO FIGUERO, IZHAM TARMIZI ROSLA ( GK) DAN MOHD FADHLI SHAS

SELANGOR

MOHAMAD AZMI MUSLIM, PANTELEDIS STILIANOS, ABDUL SHUKUR JUSUH, PAULO RANGEL, JUNIOR, MOHD BUNYAMIN OMAR (C), GURUSAMY GOVANDAR, KUNANLAN , MOHD RIZAL FAHMI, MOHD FARIZAL MARLIAS (GK), DAN MOHD FITTRI SHAZWAN

Tuesday, February 11, 2014

Keputusan perlawanan suku akhir pertama Piala FA Johor DT VS Kedah FA


Keputusan perlawanan suku akhir pertama Piala FA  Johor DT VS Kedah FA

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos, Larkin

Keputusan penuh


JDT (3) -(1) KEDAH

Gol JDT hasil jaringan Amri,Hariss dan Luco. Perlawanan berkesudahan dengan 3 kad merah dilayangkan pengadil untuk kedua-dua pasukan. 1 untuk pemain JDT dan 2 untuk pemain Kedah.

LUASKAN KUASAMU JOHOR!