Pages

Wednesday, August 26, 2015

Keputusan Pengundian Piala Malaysia 2015



PENGUNDIAN KUMPULAN UNTUK KEMPEN PIALA MALAYSIA 2015

Tahun ini dengan Telekom Malaysia (TM) menjadi penaja rasmi kejohanan Piala Malaysia 2015.

Kumpulan A Piala Malaysia 2015
1. Terengganu
2. Lions XII
3. Kedah
4. JDT II

Kumpulan B Piala Malaysia 2015
1. JDT
2. Perak
3. Sarawak
4. ATM

Kumpulan C Piala Malaysia 2015
1. Selangor
2. Felda United
3. Kelantan
4. T-Team

Kumpulan D Piala Malaysia 2015
1. Pahang
2. PDRM
3. Pulau Pinang
4. PKNS FC

Undian Kempen Piala Malaysia 2015


Selepas berakhirnya perlawanan 'Play-Off' Piala Malaysia 2015 melibatkan pasukan ATM bertemu NS Matrix dan Sime Darby menentang JDTII semalam, maka lengkaplah slot 16 pasukan yang mengambil bahagian dalam kempen kali ini selepas ATM dan JDTII melayakkan diri selepas menewaskan lawan masing masing.

Pertandingan berprestij ini melibatkan 10 pasukan teratas Liga Super, empat pasukan teratas Liga Perdana dan dua pasukan yang berjaya mengharungi perlawanan 'Play-Off' tersebut.

Undian akan dijalankan berdasarkan balang berikut :
Balang A - Johor Darul Ta'zim, Selangor, Pahang dan Terengganu.
Balang B – Felda United, PDRM, Lions XI, Perak
Balang C - Kelantan, Sarawak, Kedah, Penang FA
Balang D – T-Team, PKNS F.C, ATM, Johor Darul Ta’zim II

Undian untuk penentuan pasukan akan berlangsung esok untuk mengetahui kumpulan masing-masing bagi mengharungi kempen yang akan bermula pada 11 September 2015.

Mario Gomez dan Nenad Bacina pasti memikul tugas besar untuk menghalang penguasaan Pahang yang akan mempertahankan kejuaraan piala berprestij ini. Taktikal mereka untuk merencanakan rentak permainan untuk pasukan masing masing pasti ditagih oleh semua pnyokong Harimau Selatan

UCAPAN TAHNIAH DARIPADA BORUSSIA DORTMUND


Borussia Dortmund tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim atas kejayaan menjuarai Piala Liga Super Malaysia untuk musim kedua berturut-turut.

Mereka turut menghantar surat secara rasmi bertarikh 24hb Ogos 2015 kepada DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor dan adalah besar harapan mereka agar kerjasama antara kedua pihak (BVB dan JDT) akan diteruskan serta diperkukuhkan.

Disini kita dapat melihat keakraban kedua-dua belah pihak dalam perkara yang melibatkan pembangunan bola sepak akar umbi. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber:https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my

Tuesday, August 25, 2015

Keputusan Perlawanan Pertama Suku Akhir Piala AFC


Johor DT melebarkan rekod tanpa kalah mereka di stadium Larkin kepada 37 perlawanan sebentar tadi apabila mencatatkan keputusan 1-1 dengan gergasi Liga Hong Kong , South China.Daripada 17 pasukan yang bertandang ke Larkin musim ini , South China Fc menjadi pasukan pertama yang berjaya mengutip 1 mata dari stadium .

Permainan yang lebih menarik daripada Johor DT yang menguasai permainan serta menampilkan posession football & taktikal menyerang manakala South China bermain secara defensif dan banyak berada di kubu sendiri. Gol Johor DT dijaringkan oleh Luciano Figueroa pada separuh masa kedua setelah masa pertama berakhir tanpa jaringan.

Masa penuh di Larkin :
JDT 1-1 South China

Monday, August 24, 2015

Petikan Titah Ucapan DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR Sempena Hari Ulangtahun Rejimen Gerak Khas Ke 50


Petikan Titah Ucapan  DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR Sempena Hari Ulangtahun Rejimen Gerak Khas Ke 50

1. Istilah Bangsa Johor bukanlah perkara yang baru. Almarhum nenda saya, Sultan Ibrahim, telah melihat jauh kehadapan yang perpaduan masyarakat di negeri Johor ini perlu dibentuk di bawah satu Bangsa Johor.

Malah sejak dahulu lagi, lagu bagi Negeri Johor telah dinamakan sebagai “Lagu Bangsa Johor”. Oleh itu, kepada orang luar yang tidak tahu sejarah Johor, Saya nasihatkan supaya jangan masuk campur dalam urusan orang Johor.

Perlawanan Suku Akhir 1 Piala AFC - Johor Dt Vs South China


Perlawanan suku akhir pertama Piala AFC antara pasukan Johor Darul Ta'zim dan South China pada 25hb Ogos 2015.

Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin jam 8.45 malam.

Ayuh berikan sokongan anda sebagai penyokong Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor!
Harga Tiket : RM10 (Terbuka), RM30 (Berbumbung)

Kejuaraan Liga Super Musim Ini Bukan Nasib


"KEJAYAAN kami muncul juara Liga Super musim ini bukan disebabkan nasib tetapi kami memang berhak menang."

Demikian tegas jurulatih Johor Darul Takzim (Johor DT), Mario Gomez selepas skuad kendaliannya muncul juara Liga Super musim ini walaupun tewas 1-2 pada aksi terakhir menentang Felda United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin.

Walaupun tewas tetapi Johor DT kekal meneraju carta liga dengan 46 mata, mengatasi pencabar terdekat, Pahang dengan kelebihan dua mata yang tewas 1-3 kepada Terengganu malam kelmarin.

Menurut Gomez, kejayaan mereka itu secara dasarnya perlu diukur menerusi perjuangan anak-anak buahnya termasuk sokongan setiap individu yang turut membantu Johor DT sejak permulaan musim ini.

"Kami kini adalah juara Liga Super. Kemenangan ini sangat penting untuk karier saya, pemain dan semua pihak dalam skuad Johor DT.