Friday, December 8, 2017
JDT Jelajah Daerah Kongsi Kegembiraan Bersama Penyokong
JUARA Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengadakan siri Jelajah Kejuaraan JDT 2017 bermula 26 November sehingga 18 Disember depan.
Menurut laman Facebook, Johor Southern Tigers siri jelajah itu melibatkan kesemua daerah di negeri berkenaan.
Para penyokong bola sepak serta rakyat Johor dijemput hadir bagi memeriahkan siri jelajah tersebut yang turut akan memberi peluang kepada para hadirin melihat dengan lebih dekat piala-piala yang dimenangi oleh JDT. Berikut adalah lokasi daerah mengikut tarikh;
Berikut adalah lokasi daerah mengikut tarikh;
• 26/11/2017 - 27/11/2017
- Daerah Johor Bahru (Plaza Angsana)
• 28/11/2017 - 29/11/2017
- Daerah Pontian (Dataran Pontian)
• 03/12/2017 - 04/12/2017
- Daerah Batu Pahat (BP Mall)
• 05/12/2017 - 06/12/2017
- Daerah Muar (Dataran Tanjung Mas)
• 07/12/2017 - 08/12/2017
- Daerah Tangkak (Dataran Tangkak)
• 09/12/2017 - 10/12/2017
- Daerah Segamat (One Segamat)
• 11/12/2017 - 12/12/2017
- Daerah Kluang (Kluang Mall)
• 13/12/2017 - 14/12/2017
- Daerah Mersing (Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim)
• 15/12/2017 - 16/12/2017
- Daerah Kota Tinggi (Kipmart Kota Tinggi)
• 17/12/2017 - 18/12/2017
- Daerah Kulai
Saturday, October 28, 2017
Tiada Bonus Jika Menang Piala Malaysia
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak akan memberikan bonus sekiranya pasukan itu muncul juara Piala Malaysia.
Kelab itu dalam entri terbahAru di Facebook Johor Soutern Tigers memberitahu, ini kerana bonus sudah diberikan kepada para pemain apabila mereka memenangi Liga Super.
“Kami tidak akan memberi bonus jikalau JDT menjuarai Piala Malaysia tahun ini kerana kami telah mencapai sasaran kami iaitu menjuarai Piala Liga Super.
“Lagipun kami telah memberikan bonus yang besar sebelum ini kepada para pemain kami apabila mereka telah memenangi Liga Super,” demikian menurut kelab itu dalam kenyataan terbaharunya.
Menurut kelab itu, keutamaan mereka pada setiap tahun adalah Liga dan Piala FA untuk beraksi dalam AFC sekali gus menjadi matlamat utama dan polisi Kelab JDT.
Selain itu, tambah kelab itu, ia adalah keperluan buat kelab untuk penaja-penaja besar di mana mereka mahu mempromosikan nama mereka bukan sahaja dalam negara tetapi juga luar negara.
“Apa pun matlamat kami pada tahun ini telah tercapai iaitu untuk menjadi juara liga dan ia adalah sasaran kami untuk setiap tahun,” ujar kelab itu lagi.
Wednesday, September 28, 2016
Keputusan Separuh Akhir Pertama AFC CUP JDT VS Bengaluru
SKUAD Johor Darul Takzim (Johor DT) mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 menentang Bengaluru FC di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam tadi.
Selaku juara edisi lalu, Harimau Selatan tampak seakan bergelut dalam mengatur gerak pada minit-minit awal permainan selain berdepan asakan balas daripada jentera serangan pihak lawan.
Bagaimanapun, skuad kendalian Mario Gomez itu mula menggandakan serangan dan hampir membuka jaringan pada minit ke-27 menerusi tandukan Juan Martin Lucero, namun percubaannya ditampan kemas oleh penjaga gol pasukan lawan.
Tuesday, September 27, 2016
JDT Perlu Guna Kelebihan Stadium Larkin Berdepan JSW Bengaluru
Mario Gomez mahu Johor Darul Ta’zim (JDT) menggunakan sepenuhnya kekebalan laman sendiri untuk mencari kelebihan selesa apabila bersemuka dengan JSW Bengaluru dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFC hari ini.
Menurut Gomez, 59, pemain perlu bermain bermati-matian untuk memastikan Harimau Selatan meraih bekalan selesa di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sebelum ke India untuk pertemuan kedua pada 19 Oktober depan.
Katanya, Bengaluru adalah lawan berbeza di bawah kendalian ketua jurulatih baharu Albert Roca berbanding skuad yang pernah dikalahkan JDT 2-1 pada Februari tahun lalu dalam pusingan kelayakan Liga Juara-juara (ACL).
Saturday, September 24, 2016
Liga Super: JDT berarak sambut kejuaraan hatrik
JOHOR BAHRU: Trofi Liga Super yang dimenangi Johor Darul Ta'zim (JDT) diarak ke sekitar Johor Bahru sebentar tadi selepas mereka mencipta kejuaraan hatrik Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin hasil kejayaan membelasah T-Team, 5-1.
Sebelum aksi membabitkan JDT dan The Titans bermula, penyokong tuan rumah sudah pun memulakan keraian dengan melakukan alunan ombak ala 'Mexican Wave' bagi meriahkan suasana sebagai tanda menyambut kejayaan luar biasa itu. Lokasi yang dilalui malam tadi adalah Jalan Datuk Jaafar, Kebun Teh, Tun Razak, Wong Ah Fook, Gereja, Trus, Ibrahim, Pantai Lido, Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene (Jalan Skudai), Sungai Chat dan berakhir di Dataran MBJB.
Antara tetamu kenamaan yang hadir adalah Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim. Majlis penyerahan Piala Liga Super bersalut emas malam tadi disempurnakan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kepada Presiden JDT, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim. Tunku Tun Aminah kemudian menyerahkan piala berkenaan kepada kapten JDT, Safiq Rahim sebelum disambut sorakan peminat yang hadir di stadium.
Sebelum aksi membabitkan JDT dan The Titans bermula, penyokong tuan rumah sudah pun memulakan keraian dengan melakukan alunan ombak ala 'Mexican Wave' bagi meriahkan suasana sebagai tanda menyambut kejayaan luar biasa itu. Lokasi yang dilalui malam tadi adalah Jalan Datuk Jaafar, Kebun Teh, Tun Razak, Wong Ah Fook, Gereja, Trus, Ibrahim, Pantai Lido, Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene (Jalan Skudai), Sungai Chat dan berakhir di Dataran MBJB.
Antara tetamu kenamaan yang hadir adalah Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim. Majlis penyerahan Piala Liga Super bersalut emas malam tadi disempurnakan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kepada Presiden JDT, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim. Tunku Tun Aminah kemudian menyerahkan piala berkenaan kepada kapten JDT, Safiq Rahim sebelum disambut sorakan peminat yang hadir di stadium.
Friday, September 23, 2016
JDT Rehatkan Beberapa Pemain Utama Menjelang Perlawanan Berdepan T-Team
Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez, akan terus mengemudi kelab itu untuk jangka masa panjang selepas berjaya membawa pasukan menjulang kejuaraan Liga Super buat kali ketiga.
Jaminan itu diberikan pemilik pasukan, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tunku Ismail berkata tiada sebarang perancangan untuk menukar pengendali kelab dari Selatan itu pada musim depan, dan ingin mengekalkan Gomez, apatah lagi dengan kejuaraan Liga Super tiga kali berturut-turut.
Dari awal lagi, pengambilan Gomez sebagai ketua jurulatih bukan untuk jangka masa pendek dan Tunku Ismail mahu dia terus dikekalkan selepas ini bagi jangka masa yang lebih lama.
Tuesday, September 20, 2016
JDT Mara Ke Separuh Akhir Piala AFC
Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan untuk mara ke separuh akhir Piala AFC selepas menewaskan kelab Hong Kong, South China, dengan agregat 3-2 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam ini.
Berbekalkan keputusan seri 1-1 di tempat lawan, situasi itu menjadi pembakar semangat buat juara bertahan, JDT, untuk melakar kejayaan di laman sendiri.
Namun, percubaan berbahaya hanya muncul pada minit ke-32 menerusi Azamuddin Akil, namun percubaan cantiknya dari jarak 25 meter hanya singgah di palang gol South China.
Selepas kedudukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama, aksi lebih rancak berlangsung pada baki 45 minit seterusnya.
Pada minit ke-50, JDT memperolehi peluang meledak gol pertama apabila dihadiahkan sepakan penalti, malangnya sepakan Safiq Rahim ditampan penjaga gol lawan, Sang Man Fai.
Lapan minit kemudian, gol tuan rumah menjelma menerusi pemain import, Juan Martin Lucero.
Subscribe to:
Posts (Atom)